Aku Fikir Nak Gugurkan Je Kandungan Sebab Tak Nak Ada Zuriat Dengan Orang Gila Skip to main content

Aku Fikir Nak Gugurkan Je Kandungan Sebab Tak Nak Ada Zuriat Dengan Orang Gila

4 hari selepas aku kahwin, suami aku bangun pagi dalam pukul 5 mengamuk macam orang gila. aku terkejut dengan situasi demikian dengan makan roti mencangkung, makan sampah mencangkung, lompat tangga macam beruk.

Foto sekadar hiasan. Hampir 5 tahun suami aku sembuh dari penyakit skizofenia. Dari makan ubat dos tinggi sampai dos rendah. Sepanjang 5 tahun perkahwinan ini segala susah payah kami lalui bersama. Dari rumah kosong sampai penuh barang. Dari tidak mampu beli rumah sampai la kami menunggu masa rumah kami siap. Hidup kami semua lengkap tapi tuhan sahaja yang mengetahui.

Hari ini genap sebulan lebih suami aku diserang penyakit mental yang dulu buat kali kedua. Penyakit yang kian membiak. Nampak luaran seperti normal sekali datang penyakit tidak tertanggung aku nak menghadapinya dengan dua orang anak yang masih kecil. yang sulung serusia 4 tahun sangat manja dengan papanya dan si adik baru 1 tahun 8 bulan belum mengerti apa apa lagi

ini bukan kali pertama dia diserang penyakit ini tapi adalah kali kedua aku rasainya. kali pertama 4 hari selepas aku kawin. dia bangun pagi dalam pukul 5 mengamuk macam orang gila. aku terkejut dengan situasi demikian dengan makan roti mencangkung, makan sampah mencangkung, lompat tangga macam beruk. aku tengok jer, aku tak tahu nk buat apa. sedangkan masa itu kami abru saja menyewa rumah. baru satu malam kami tidur.

petang tu kami dtg rumah sewa kemas bersih bersama, tup tup bangun pagi buta dia jadi orang gila. aku terkejut tergamam tak tau nak buat apa. hanya aku call adik dia suh dtg tengok. jiran semua datang marah aku cakap kenapa bawak orang gila datang kawasan ini. aku diam seperti orang bodoh. itulah kisah mula mula kau mengenali orang sakit mental ini

bermula dari saat itu lah aku rasa aku nin dah tersalah pilih, nasib aku malang aku ditipu. bodohkan dari awal awal lagi aku tidak cerai. mula mula mmg aku hendak bercerai tapi bila aku tau aku hamil 1 bulan lebih, aku ada terfikir nak gugurkan je sebab tak nak zuriat dengan orang gila. 5 bula selepas itu suami aku sembuh. itu pun selepas dia kelar tangan buat kali kedua dan dimasukkan ke wad mental selama seminggu.

macam macam rintangan aku tempuh. aku pernah dipukul sampai lebam, hidung berdarah, dia pernah kencing atas muka aku. utk serangan kali ke dua ni tepat pada hari lahirnya ke 32 tahun. sakit dengan tiba tiba tapi seminggu sebelum tu 2 3 hari dia tidak tidur malam siapkan drawing. dia bekerja sebagai pelukis plan.

bermula dari sakit aku terus hantar dia ke rumah keluarganya. rumah keluarganya didiami adik beradiknya yang belum kawin. maknya telah meninggal dunia 4 tahun lepas. si ayah tinggal di rumah satu lagi dengan mak tirinya yang baru. rumah ayah mertua aku tidak jauh dari rumah aku. sepanjang suami aku sakit, tidak sekali pun dia datang bertanya khabar. adik beradik pulak main tolak ke tepi hantar suami aku ke rumah. alasanya suami aku akan sembuh sekiranya berada di sisi isteri dan anak.

aku pulak fobia trauma peristiwa dahulu dia pernah pukul aku. aku takut, tidur pun tidur ayam. takut dia pukul aku dan anak anak. yelah penyakit mental bahaya. suka pukul baling barang, pecahkan barang, sepak orang. aku tak tau nak jelaskn mcam mana. aku pernah terdetik dalam hati, kalau sekali lagi dia sakit, aku nekad aku nak bercerai kerana penyakit mental ni x akan sembuh.

sekarang kau dan anak anak sedang berehat di kampung aku. si adik seronok riang gembira, si abang nampak macam rindukan papanya. aku pula masih lagi bersedih entahla aku rasa seperti mimpi tiada ribut tapi semua hancur sekelip mata.sekarang aku tengah cekal hati untuk bercerai.

aku rasa selepas ini aku nak kerje apa nak bagi anak aku makan apa dengan tiada kereta, tiada rumah. si anak pula masih terkejut tiba tiba papanya tiada. tiada yang suapkan dia orang makan tiada orang yang hantar dia pergi mengaji, yang dodoikan mereka pada waktu malam. aku pn dalam proses untuk menerima kehilangannya. orang yang selalu tolong aku pergi beli lauk, tolong pergi mesin kelapam tolong sidai baju, tolong mandikan anak.

sekarang suami aku berada di rumah keluarganya, aku suruh dia berehat di sana sampai betul betul sembuh. selepas dia sembuh baru aku jalankan proses penceraian. doakan aku kuar nak tempuh dugaan besar ini. aku tulis sekadar luahan hati. mak ayah aku pun tahu pasal ini. selama ini aku simpan sorang je tak mahu orang lain tahu dan risau. tak nak mereka tahu menantu mereka gila

untuk pengetahuan korang, aku kenal suami aku sejak dari belajar di politeknik. aku tengok dia belajar elok normal tak mcm orang gila. lepas kawin baru aku tahu yang dia dari kecil dibesarkan oleh opah dan atok. manakala ayah dan ibunya kerja di kl. dia ada 8 orang adik beradik. 4 dibesarkan di kg dan 4 lagi oleh mak ayahnya.

dengar cerita pn macam pelik pening juga aku pikir kenapa, mengapa ada mak ayah sebegitu. pandai buat tapi malas jaga. alasan tiada duit tiada pengasuh. aku pernah tanya mak dia kenapa tinggalkan dia dari kecil lagi. hanya diam tanpa jawapan. aku rasa suami aku berpenyakit dari kecil lagi kerana stress kot.

doakan aku dipermudahkan segala urusan ya.

Komen warganet.


Comments

Popular Article

“Bawa Awak Ke Sini” -Ada Suara Dalam Video Tangmo, Manager Sempat Tukar Baju

Satu persatu klu atau petunjuk baru muncul bagi membongkarkan rahsia di sebalik pemergian pelakon terkenal Thailand, Tangmo Nida Patcharaveerapong. Sehingga ke hari ini, ibu kepada mendiang masih lagi yakin wujudnya unsur-unsur jenayah sekaligus menolak kenyataan rakan-rakan yang mendakwa artis tersebut tergelincir ketika ingin membuang air kecil. Netizen jumpa petunjuk baru, ada dengar suara pelik dalam video Nida  Justeru itu, ramai netizen tampil melakukan penyiasatan sendiri berbekalkan beberapa rakaman CCTV serta bukti yang sempat tular di media sosial. Terdahulu, satu video sewaktu Nida sedang minum di atas bot berkenaan telah dikeluarkan. Walau bagaimanapun, ramai mendakwa terdengar satu suara yang agak pelik setelah menggunakan satu software bagi mengurangkan bunyi muzik latar @eveapissaya พี่โมสวยมาก สวยเหมือนนางฟ้าเลย 🤍 คลิปสุดท้าย.. #แตงโม #แตงโมนิดา ♬ เสียงต้นฉบับ - Eve Apissaya Suara garang sebut bawa awak ke sini 2 kali…Polis akan siasat lebih lanjut  Hasilnya,

Pagi Baru Saja Beli Pregnancy Test, Wanita Terkejut Malam Terus Lahirkan Anak

Anak adalah anugerah yang paling terindah buat setiap ibu bapa. Walau bagaimanapun, di luar sana ramai sekali pasangan yang belum dikurniakan rezeki menimang zuriat sendiri. Malah ada yang sudah berusaha melakukan segala cara selama bertahun-tahun. Anugerah terindah di akhir tahun yang tak disangka-sangka  Samalah juga dengan situasi yang dialami sepasang suami isteri ini apabila masih lagi belum mempunyai anak meskipun sudah menikah selama 10 tahun. Namun kisah seterusnya cukup luar biasa apabila wanita berkenaan hanya sedar tentang kehamilannya ketika kandungan sudah pun mencecah 9 bulan. @raangju.l anugerah terindah diakhir tahun yg ga disangka²🥺😇makasih buat @bidanzulfa sudah membantu persalinanku# masyaallahtabarakallah❤️🥰 # pejuanggarisdua ♬ original sound - Elita Kurnia Pagi beli pregnancy test, petang rasa perut memulas dan malam terus melahirkan  Menerusi satu video di TikTok Bidan Zulfa, terdahulu kliennya itu sempat membeli satu pregnancy test pada awal pagi dan

Hari-Hari Netizen Malaysia Minta Update Tangmo, Akak Siam Gigih Jadi Translator

Meskipun berlaku di Thailand, namun kisah pemergian pelakon terkenal Tangmo Nida Patcharaveerapong ini turut mendapat perhatian yang sangat besar di Malaysia. Mana taknya, kejadian yang disangkakan cumalah insiden malah bertukar menjadi satu penglibatan jenayah serta kecuaian melibatkan rakan-rakannya sendiri. Ramai pulak netizen Malaysia tunggu update baru tentang kisah Tangmo  Boleh dikatakan hampir kesemua video di TikTok mengenai perkembangan terbaru kisah menyayat hati tersebut menerima komen daripada rakyat Malaysia. Namun rata-rata mengharapkan ada subtitle supaya dapat memahami dengan lebih baik apakah sebenarnya yang terjadi. Lebih-lebih lagi bahasa Thailand sememangnya terkenal dengan keunikan tulisannya dan bukan mudah untuk dibaca. @tubtimcho โรเบิร์ต กระติก #แตงโมนิดา #แตงโม #โหนกระแส #แตงโมภัทรธิดา #หอนกระแส #แตงโมตกเรือ ♬ Ei Yang Wa - Boom Boom Cash Abang dan adik Tangmo nak fight…Mak Tangmo gila harta  Walau bagaimanapun, kini mereka semua sudah mampu menari