Anak Sedap Menyusu Macam Tak nak Lepas, Perasan Macam Ada 2 bayi, Habis tu ni Anak Siapa tengah Hisap Susu Aku. Skip to main content

Anak Sedap Menyusu Macam Tak nak Lepas, Perasan Macam Ada 2 bayi, Habis tu ni Anak Siapa tengah Hisap Susu Aku.

Baca perlahan-lahan dan ambillah Pengajaran apa yg pernah berlaku kepada saya ini. Jadikan ini sebagai panduan.

Sekadar perkongsian untuk bacaan suka-suka. Bagi mereka yang lemah semangat dan mudah terbayangkan perkara yang tidak sepatutnya, anda dinasihatkan untuk tidak meneruskan bacaan.

Risiko tanggung sendiri. Gambar-gambar yang digunakan juga hanyalah sekadar hiasan sahaja. Selamat membaca.

MAK-mak terutamanya yang menyusukan bayi. Ada cerita seram sis nak kongsi. Baru saja terjadi sebentar tadi.

Begini ceritanya. Pada dua malam ini termasuk hari ini, sis rasa b4by menyusu kuat dari kebiasaan. Sis masih belum sayaak apa-apa.

Semalam mula jam 12 hingga subuh, baby menyusu tak henti-henti. Tapi sisi tak hairanlah dengan perubahan baby sebab dalam hati kata mungkin air susu berkurangan dan baby kurang kenyang.

Tapi entah kenapa bila baby bangun jam 12 tengah malam tadi menyusu kuat sangat. Nak lepas pun dia tak nak sampai menangis-nangis.

Sis pun bangunkan kaknya suruh tengokkan sekejap, nak pergi ke tandas dan ambil air untuk minum.

Sambil minum, sis pun bagilah dengan baby air dalam gelas, mana tahu dia boleh kenyang minum air. Tapi dia tak mahu. Sis pun suruh kaknya ambil botol susu.

Niat nak bagi b4by menyusu di botol supaya hilang haus. Kesian juga kan, mana tahu air susu badan ini tak mencukupi. Tapi kak dia tak jumpa botol. Jadi, niat nak bagi menyusu guna botol tak jadi.

Tiba-tiba pula rasa lain macam dengan gaya baby ini. Mak-mak memang cepat perasan dengan perubahan anak sendiri, kan naluri seorang ibu.

Terasa nak dengar ayat-ayat ruqyah, jadi sisi pun capailah handphone, buka ayat ruqyah (utuk tidurkan bayi).

Jadi, baby pun sambung lagi menyusu dengan gaya posisi baring. Sakit puting dibuatnya. Mak-mak je yang faham bab-bab ini, lebih-lebih lagi yang susukan anak sepenuhnya.

Sampai setengah ayat ruqyah itu dipasang, baby pun terlelap dan mulutnya sudah melepaskan putinggnya. Terus sis lega. Dalam hati, bolehlah sambung tidur.

Mata sis pun sudah nak terlelap. Ayat ruqyah tadi pun sis tak sedar sebab senyap dah. Mungkin dah habis dan handphone auto off.

Tiba-tiba baby menangis. Sis pun dengan separuh mata terbuka dan samar-samar. Bilik memang dah gelap, sis tak biasa tidur dengan lampu hidup.

Adalah juga cahaya masuk sikit dari luar tingkap. Sis pun gendonglah baby dalam keadaan sis masih baring.

Angkat satu tangan, tapi lepas angkat tu dalam keadaan samar-samar, baby menangis-nangis macam nak susu lagi. Sis toleh sebelah, tengok di tilam ada lagi baby yang sama.

Alamak??!! Anak siapa pula yang aku gendong ni?! Memang dah rasa seram di situ (badan masih dalam keadaan posisi baring).

Badan sis pun tiba-tiba tak boleh bergerak, seperti ada yang menahan dan badan terasa lemah sangat.

Nak bangun, tetapi tak dapat. ‘Baby’ yang digendong pun macam tak nak dilepaskan.

Walaupun bilik itu gelap, sis masih nampak. ‘Baby’ ada dua di dalam bilik. Dalam hati ini berzikir tak henti-henti.

Posisi masih baring pegang ‘baby’ tu sebelah pula ada lagi lembaga hitam duduk di depan sis.

‘Baby’ yang menyamar serupa baby sis yang menangis-nangis. Sis nak lepaskan tetapi tak dapat. Badan pula lemah sangat. Allah saja yang tahu perasaan sis pada masa itu.

Zikir punya zikir, akhirnya ‘baby’ dan lembaga hitam yang ada di depan terus lenyap!

Cepat-cepat sis tengok anak yang dari tadi tidur nyenyak tanpa mengetahui ibunya sedang berhempas pulas menghadapi situasi mencemaskan. Syukur.

Sekarang jam 3 pagi. Menyempat lagi sis menaip kisah ini. Bukan apa, mata tak dapat lelap gara-gara kejadian itu.

Alhamdulillah semua okey sudah. Baby pun masih tidur nenyak. Sis nak cuba tidur dulu.

Pesan sis, bila bagi susu anak terutamanya yang menyusu badan, bacalah doa dulu sebelum susukan anak. Bimbang terjadi perkara yang tidak diingini.

Ada pula yang menumpang menyusu. Mujur cepat-cepat tersedar. Kalau mak-mak rasa perangai b4by kamu ganjil, kemungkinan ada sesuatu yang mengikuti.

Antara komen netizen selepas membaca perkongsian ini.

Syarifah Nadzir –Patut pun mak kita sllu pesan.. Klu menyusu baby, air susu di sblh lg jgn smpi tumpah mcm tu sja. Smbut atau tekap dgn tuala..

Kmungkinan slh stu sbb spya teda bnda lain yang mnumpang air susu ibu.. Sbb air susu ibu mcm drah juga,mnis tuk mkhluk2 halus..

Arna Edna –Saya pernah kena. Tersedar dari tido, punya tersentak, terkejut tgk muka bby saya berubah mcm buruk sgt2.

Dlm gelap smar2 gtu. Sebelum tu nmpak mcm tgn makhluk ape ntah wrna hitam,dari luar tingkap.

Cuba capai bnda kt dlm rumah. Mengucap panjang saya. Mmg msa tu baby saya asyik nangis, nk menyusu je smpai ke pagi.

Smpai skrg xtau ape bendaa tp mak penah cite tapak rmh kami tu ada ‘benda’. Wallahualam.

Firdaus Syakirin –Entah mcm mana, sayaa siap byangkan plak apa yang awk alami tu…bleh tahan jugak la seramnya…bykkan solat, zikir, baca ayat kursi dan hembus setiap penjuru bilik…

Ambik kekuatan dgn ayat2 ruqyah dr hp atau letak surah yassin…

Farizah Ismail –Aku dah baca pastu terseram. Baca komen pulak makin seram. Pandang ank yang tgh mnyusu badan ni.

Aku picit hidungnya nk suh dia lepaskn puting susu. Marah dia mngamuk2. Sah la anak aku.

Nurul Fatihah –Cerita saya lain skit .. Jd taon lepas , ank no 3 mse tu bru 4 bulan .. Suami prgi kdai , mse otw blik kate nye ade xcident tp suami xbrenti , myat dh brtutup dgn surat khabar … 5minit suami smpi umah , ank nangis xbrenti .

Ingt lapa ke ape , bg susu , dri sebelah ke sebelah tp xckup2 .. Suara mnangis pon lain mcm , sudah nye dlm kol 1pg cm tu kiteorg mndi kan baby dgn air sejuk smbil selawat , mule2 diam kjap ..

Pas tu smbg lagi nangis nye .. Suami amek serban libas dkat tapak kaki anak smbil bukak yassin …

Makin kuat tangisan nye , suami pakse bnde tu klua , jgn kacau baby lg ..Alhamdullillah bnde tu klua , bedung ank dgn serban ..Sampi pg anak tido …

Balinda Arifin –Saya dulu ank sulung mcm tu nangis Dr maghrib sampai subuh lama dlm 5 bln mcm tu.. Jenuh baca ayt ape semua..

Sampai jiran ketuk pintu panggil takut kami tertido.. Padahal dh x tau nk buat ape tgk je ank tu nangis sambil pujuk..

Pastu bunyi bnda terjun atas bumbung dn berjalan cakar2 dinding.. Mcm2 bunyi.. Seramnya bila mlm je jd mcm tu.. Last ayh mertua bwk berubat..

Pakcik tu kata kena badi myat masa keluar hospital.. Alhamdulillah bila dh berubat xde dh bnda2 kacau.. Skrg dh bsr dh ank bujang saya dh 23thn dh..

Ida Syahidah –Sama mcm saya..saya pun pernah terkena mcm sis jgk..wktu lahirkn ank ke 2 ank saya pernah admit kt wad baby hrpz2..

so hari ke 4 ank saya admit barula saya dpt tinggal di mac bsama dgn baby saya..dlm kul 2 3 pg la masa tu saya msih sdar lg..

Sedgkn mac tu penuh dgn ibu2 lain jgk..pastu bilik mac tu pun cerah sbb staff hnya ttp sbahagian lampu je.

Nak dijadikn citer saya lepas mnyusu ank saya trus letakkan baby saya lam cot baby.. Pastu nk lelapkn mata untuk rehat. Dlm keadaan sdar xsdr rasa mcm jiran sblh katil tu meraung mcm kna histeria..

Perasanla jgk ada staff nurse prgi kt hjung katil tu.. saya pun dalam keadaan mamai mls la peduli apa yang trjd sbb rasa cm lth dan ngantk sgt.

Tiba2 saya terasa ada lembaga dtg tindih saya pastu main angkat2 bhagian kaki katil. Masa tu saya memg dah sdar tp nk bsuara xblh rasa mcm berat sgt mulut ni.

Pastu siap ada ‘baby’ satu lg lg sdg mnyusu susu bdn saya sdgkn saya trg2 nmpk baby saya sdg tdo lena dlm cot baby.

Lepas bc ayat2 ruqyah lam hati baca punye baca brla lembaga tu xkcau dan ‘baby’ kt sblh saya tu xde..alhamdulillah esknye baby saya leh discaj.

Klau x rase xsanggup dah nk ddk kt mac tu untuk semalaman lg. Ni lah slh satu pngalamn berhantu yang xleh saya lupakn.

Comments

Popular Article

Isu Pelajar Dihina Dah Settle, Rupanya Pensyarah Sendiri Bantu Dapatkan Laptop?

Rentetan tularnya satu klip video kontroversi seolah-olah memperlekeh pelajar dari keluarga berstatus B40, seorang pensyarah kontrak kini sedang disiasat oleh pihak universiti awam di Perak. Hasil maklumat terkini mendapati sesi kuliah online tersebut sebenarnya berlangsung pada semester lalu, namun ramai pihak tertanya-tanya apakah motif ia hanya dimuat naik di laman Twitter semalam. @uitm_channel Kenyataan Naib Canselor berkenaan Isu Pelajar B40 ♬ original sound - Universiti Teknologi MARA Meskipun tuan badan belum perjelaskan cerita sebenar…ramai mula henti kecam lepas tahu kisah sebaliknya  Meskipun pihak empunya badan belum tampil menjelaskan situasi sebenar, namun kemarahan netizen tanpa disangka-sangka sudah semakin reda. Walaupun kenyataan pensyarah tersebut dikecam masyarakat seluruh negara, tetapi ramai mula hormat kepadanya semula lepas mengetahui kisah sebalik video berkenaan. Ini video tahun lepas, kawan sekelas yang tularkan…dia padam akaun lepas dah jadi viral  M

'Dia tak mabuk, tak guna phone, pakai seat belt bukti dia memandu dengan penuh tanggungjawab' - Netizen buat petisyen, desak bebaskan Sam Ke Ting

Susulan keputusan Mahkamah Tinggi Johor Bharu menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000 kerana menyebabkan kematian 8 remaja berbasikal lajak di jalan raya pada jam 3 pagi, ramai netizen menyuarakan bantahan terhadap keputusan itu. Satu petisyen juga telah diwujudkan untuk mendapatkan sokongan ramai bagi mendesak pihak berkenaan membebaskan Sam Ke Ting daripada pertuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja terbabit.  "Seperti yang dinyatakan oleh Majistret Siti Hajar Ali dalam penghakimannya pada 2019, Sam tidak berada di bawah pengaruh alkohol, tidak menggunakan telefon bimbit dan memakai tali pinggang keledar semasa memandu, membuktikan bahawa dia memandu dengan penuh tanggungjawab dan berhati-hati.  "Tetapi keadaan gelap, jalan berbukit-bukau dan berliku-liku di mana pemandu tidak dapat menjangkakan ada geng basikal lajak di jalan raya pada jam 3 pagi.  "Kami rakyat Malaysia berasa ngeri dengan hukuman yang dikenakan terhad

“Anak Speech Delay, Padan Muka” – Cikgu Ayu Mohon Maaf Ayat Guris Hati Ibu Bapa

Cikgu Ayu pada semalam sempat berkongsikan pendapatnya di TikTok ekoran isu seorang anak murid dibuang dari tadika lantaran terkencing di dalam kelas,. Beliau turut memberikan teguran secara terbuka khususnya buat sebilangan ibu bapa yang tidak menyedari tentang kepentingan mengajar anak untuk menguruskan diri sendiri sekiranya terasa hendak membuang air. Akan tetapi, kelantangan itu malah mengguris hati ramai pihak. Kalau yang faham, saya punya penerangan tu untuk parents jangan MALAS  Justeru itu, pendidik pra-sekolah ini sempat menjelaskan beliau menujukan peringatan tersebut kepada golongan ibu bapa yang bersikap malas sahaja. Kenyataan berbunyi “Anak speech delay, padan muka” pula tidak lain tidak bukan merupakan ulasan kepada perangai segelintir penjaga yang gemar membiarkan cahaya mata mereka terdedah dengan gajet secara kerap tanpa kawalan. @cikguayu_imtecer Reply to @mama.imanandikram klu yg faham i punya penerangan tu..untuk parents yg MALAS! OK. #cikguayusempoi ♬ bunyi a