Kasih dan doa seorang ibu sememangnya amat berharga dan tidak akan ada penggantinya. Namun, ada juga anak yang sanggup mengabaikan tanggungjawab menjaga mereka ketika mereka sudah dimamah usia.
Ditinggal tepi jalan
Menerusi perkongsian daripada Facebook Lembaga Zakat Selangor, pihak mereka telah mendapat laporan seorang warga emas yang kudung kakinya ditinggalkan bersama pakaian dan juga lampin pakai buang di tepi jalan.
Susulan daripada itu, pihak Skuad Saidina Umar (SSU) Zakat Selangor serta Ketua Operasi Agihan Daerah Kuala Langat bertindak segera turun pada jam 8.30 malam tadi bagi menyantuni wanita ini.
AIR MATA IBU BERLINANGAN BILA DITINGGALKAN DI TEPI JALAN. Kami menerima info dari orang awam yang terjumpa seorang...
Posted by Lembaga Zakat Selangor on Saturday, February 20, 2021
Anak tak dapat jaga ibu
Menerusi info yang diperoleh, wanita tersebut masih mempunyai waris dan pihak LZS dapat menghubungi mereka. Walau bagaimanapun, pihak keluarga tidak dapat memberi kerjasama.
Tambah LZS, mereka dapat menghubungi anak wanita tersebut dan bersetuju untuk membawa pulang ibunya, namun sekitar jam 3 pagi dia membuat keputusan tidak boleh menjaga ibu lagi.
Jadi, pihak polis terpaksa menghubungi pusat jagaan warga emas yang datang menaiki ambulans untuk membawa ibu ini ke hospital bagi pemeriksaan kesihatan dan saringan Covid-19.
Terima kasih LZS
Perkongsian tersebut sudah tentu membuat warganet berasa hiba melihat kondisi warga emas berkenaan yang tidak berdaya dibuang oleh anak sendiri.
Rata-rata mereka menzahirkan rasa kasihan dan berharap wanita tersebut diberi rawatan sebaiknya dan mendapat perhatian yang lebih baik di rumah kebajikan berbanding anak sendiri.
Kita tak tahu apa masalah, tapi tergamaknya
Sebak rasa bila ibu masih mendoakan anaknya
Sumber: ohmymedia
Comments
Post a Comment