Lumrah hidup berumah tangga, suami isteri mestilah saling melengkapi antara satu sama lain. Sesungguhnya jodoh yang baik takkan datang secara tiba-tiba. Ia perlu disulami dengan usaha serta kesungguhan seseorang itu juga dalam berubah jadi lebih baik.
Nak isteri yang solehah…tapi diri sendiri tak diajar menjadi soleh
Saudara Firdaus Shakirin menegur sesetengah lelaki yang pada mulut sahaja ingin memiliki seorang isteri solehah, tetapi diri sendiri langsung tiada usaha agar dibentuk jadi ‘imam’ yang bagus. Hal ini kerana selepas berkahwin, tidak boleh bergantung harap pada isteri saja sedangkan tanggungjawab suami diabai begitu saja.
Isteri dah tunaikan segala tanggungjawab…sedangkan si suami asyik menguji dirinya
Dia terpanggil menjelaskan perkara ini memandangkan ia adalah antara punca masalah rumah tangga pada zaman sekarang. Apabila suami jenis lepas tangan, tak mustahil nanti hidup isteri boleh tersasar walaupun asalnya baik gara-gara sering diuji kesabarannya.
Lelaki pun kena usaha jadi lebih baik…sepatutnya tunaikan tanggungjawab pada keluarga
Justeru, lelaki sebagai ketua keluarga perlu memimpin isteri dan seluruh keluarga secara amnya. Dia menegaskan para suami patut menunaikan segala kewajipan tanpa perlu disuruh atau diingatkan oleh isteri, barulah semakin dihormati juga.
Sumber: viralnewsupdates
Comments
Post a Comment