Bapa Dah Tiada, Ibu Pula Kahwin Lain. Dua Beradik Ulang Alik Angkut Pasir Sungai Demi ‘Istana’ Impian Skip to main content

Bapa Dah Tiada, Ibu Pula Kahwin Lain. Dua Beradik Ulang Alik Angkut Pasir Sungai Demi ‘Istana’ Impian

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikulnya. Mungkin itu pepatah menggambarkan kegigihan dua beradik dalam membina rumah mereka sendiri.

Demi memiliki ‘istana’ impian, dua beradik berulang-alik mengangkut pasir dari anak sungai di Kampung Panggong, Pasir Puteh, sejak dua bulan lalu.

Mohd Hakim Hakimi Mohd Rusdi, 25, dan adiknya, Mohd Haizu Naimi, 21, mengambil pasir di sungai kira-kira 50 meter dari rumah bagi membuat batu-bata untuk mendirikan kediaman di tanah pusaka arwh nenek mereka, Rakiah Daud.

Mohd Hakim berkata, mereka berniat mendirikan rumah kerana sebelum ini dia, Haizu dan seorang lagi adik mereka, Nurin Amalin, 14, menumpang arwh nenek selepas kematian bapa, Rusdi Hassan pada 2010.

Menurutnya, ibu saudara mereka yang berstatus ibu tunggal turut tinggal di rumah nenek ketika itu.

Katanya, ibu mereka pula berkahwin lain dan mengikut suami manakala abang sulung, Mohd Hafiz, 27, berhijrah ke Kuala Lumpur.

” Dulu tak apa ada nenek, bila nenek meninggI dnia, kami rasa tak manis tinggal bersama ibu saudara dan anak-anaknya yang semakin membesar.

” Lagipun saya terfikir sampai bila nak menumpang orang, arwh pula bagi kami buat rumah di tanah pusaka yang lama ditinggalkan.

” Jadi saya ambil keputusan buat rumah sendiri dengan bantuan adik dan kawan-kawan,” katanya ketika ditemui di kampung itu.

Mohd Hakimi berkata, setiap kali mempunyai duit lebih, dia akan membeli simen dan mengaut pasir di sungai yang bermula sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu.

Pernah buat permohonan pinjaman tapi tiada jawapan..

Katanya, dia yang berkerja kampung tidak mempunyai wang cukup untuk membina rumah selain cuba membuat permohonan kediaman namun tidak pernah mendapat jawapan.

” Syarat nak buat rumah bukan mudah, sebab tu saya dan adik cuba mana kami mampu dan mulakan sikit-sikit kerana kami perlukan rumah untuk berdikari,” katanya.

Sementara itu, ibu saudara mereka, Wan Norhasnida Wan Nordin, 33, berkata, impian membina rumah sudah lama diluahkan Mohd Hakimi.

Katanya, sebelum ini dia tinggal bersama tiga beradik itu dan empat anaknya berusia antara 6 hingga 15 tahun di Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di tanah milik saudara mereka.

” Lepas mak meninggI, Hakimi sering memberitahu mahu rumah sendiri.

” Dia sanggup buat sikit-sikit di tapak asal rumah mak dan saya berharap ada pihak bantu mereka capai impian nak ada rumah sendiri,” katanya.

Comments

Popular Article

Senarai Lokasi Sekatan Jalan Raya Dalam Tempoh PKPB Di Selangor, Kuala Lumpur & Putrajaya

Umum mengetahui pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sudah pun dijalankan Memandangkan kes wabak Covid-19 yang semakin meningkat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya pelbagai prosedur operasi standard (SOP) telah ditetapkan sepanjang tempoh PKPB ini. Kerajaan telah menetapkan bahawa perjalanan merentas daerah dan negeri juga adalah dilarang bagi mengelakkan penularan wabak tersebut. Dalam pada itu, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) juga bersetuju untuk membenarkan maksimum 10 peratus pekerja daripada 6 tugasan yang disenaraikan untuk berada di pejabat mulai 22 Oktober ini. Antara tugasan yang dibenarkan ialah melibatkan perakaunan, kewangan, pentadbiran, perundangan, perancangan serta teknologi maklumat dan komunikasiI (ICT). Mereka yang berada di pejabat pula dihadkan berkerja selama 4 jam sahaja bermula jam 10 pagi sehingga 2 petang untuk 3 hari seminggu. Bagi majikan, mereka hanya perlu me

[VIDEO] Detik-Detik Akhir Rakaman Kembar 4 Dilahirkan, Wanita Ini Kongsi Momen Kehamilan

Kelahiran anak kembar cukup istimewa di hati ibunya. Perjalanan kehamilan tentu tidak seperti kehamilan biasa. Ibu ini kongsikan pengalamannya melalui kehamilan kembar selama 35 minggu. Ibu kepada bayi kembar empat yang tular baru-baru ini, Puan sha.rissa telah berkongsi perjalanan kehamilan beliau. Kebanyakan netizen kagum dengan ibu ini, cukup kuat menempuhi kehamilan berganda sehingga selamat melahirkan pada usia kehamilan 35 minggu. KETIKA KANDUNGAN BERUSIA 7 & 11 MINGGU Ibu hebat ini mulanya merahsiakan kandungannya ialah kandungan kembar sehinggalah terpaksa menceritakan kepada ketua kerana perlu mengambil cuti. sha.rissa “Ultrasound images at 7 & 11 weeks. I kept it a secret from my friends and colleagues about the quads until delivery. Tapi terpaksa bagitahu my boss sebab kena apply banyak cuti. So I showed him this scan pictures and he was like ”empat???” Btw, thanks boss for being so understanding.” ANTARA UBAT Dan SUPLEMEN YANG DICADANGKAN OLEH DOKTOR Puan Sha.rissa

Video - Bukan malu hidup susah! Bapa ‘lari’ ketika anak rakam sedang makan nasi kosong beri penjelasan - “Hari tu saya cuma ada RM5”

SEORANG bapa dilihat menjamah nasi putih hanya dengan kicap, itu pun baki selepas anaknya makan tengah hari! Kisah ini tular di laman Facebook apabila anak kepada lelaki berkenaan, Nik Aswan yang baru berusia 10 tahun memuat naik video bapanya di akaun TikTok miliknya. Bapanya, Ngah Misnum, 36, bagaimanapun segera memadam video tersebut sebaik sahaja mendapat tahu ia tular dalam masa beberapa jam. “Sejujurnya saya tak sangka langsung dia akan muat naik video tu sebab masa saya sedar dia tengah rakam, saya terus bangun dari tempat duduk. “Tahu-tahu tular sampai dekat Facebook, memang terkejut sangat. Saya terus ambil telefon dia dan padam video tu,” katanya kepada mStar, mengimbas kembali video yang memaparkan ‘adegan’ dirinya makan nasi tanpa lauk. Kehidupan dua beranak yang tidak meminta simpati orang ramai. Bagi mereka yang sempat menonton video tersebut, rata-rata mengakui sebak melihat kehidupan dua beranak itu yang serba sederhana tetapi bahagia. Ngah, yang berasal dari Kuala Neru