Bapa Derita Penyakit KuIit , Anak Sedlh MeIihat Bapa Tahan Sakit Setiap Hari Skip to main content

Bapa Derita Penyakit KuIit , Anak Sedlh MeIihat Bapa Tahan Sakit Setiap Hari

Kuala Lumpur: Hati anak mana tidak sedih apabila melihat bapa yang dulunya sihat, kini terlantar di wad akibat penyakit kulit, psoriasis.

Siti Nabilah Mohd Izani, 27, berkata, lebih menyedihkan apabila penyakit bapanya, Mohd Izani Mustafa, 59, kini semakin serius dan hampir menyebabkan masalah pada buah pinggang.

Kisah Mohd Izani yang menetap di Kampung Batang Gergaji Apal, Besut, Terengganu mendapat perhatian warganet selepas anak kelimanya, Muhammad Najmi, 21, berkongsi luahan selain mengharapkan ada pakar kulit dapat merawat bapanya menerusi ciapan di Twitter, baru-baru ini.

Bercerita lanjut, Siti Nabilah berkata, bapanya sudah menghidap penyakit itu sejak 30 tahun lalu namun keadaannya masih terkawal sebelum ini

"Abah sudah lama ada penyakit itu tetapi dulu tidak teruk dan masih boleh berjalan lagi.

"Namun, keadaannya tiba-tiba menjadi teruk ini apabila kulitnya menjadi kemerahan dan menggelupas manakala tangan serta kaki tidak dapat bergerak hingga memaksanya dimasukkan ke Hospital Besut pada 6 Februari lalu bagi mendapatkan rawatan.

"Menurut pakar, penyakit abah tidak boleh dirawat dan dia kini bertahan dengan ubat dalam dos yang tinggi tetapi ia sedikit sebanyak memberi kesan kepada buah pinggangnya," katanya ketika dihubungi Harian Metro

Siti Nabilah berkata, buat masa ini, ibunya, Sharifah Radiah Mat Ali, 54, yang menemani dan menguruskan bapanya di hospital.

Menurutnya, bapanya masih boleh mandi dan bersentuhan dengan air cuma dalam suhu yang tidak terlalu panas atau sejuk.

"Abah juga tidak boleh terdedah dengan cuaca panas atau berada dalam tempat terlalu sejuk.

"Menurut ibu, masalah kulit abah agak serius kerana keluar lendir daripada liang romanya.

"Kami sekeluarga amat sedih melihat keadaan abah kerana dia dulunya seorang yang suka bergurau dan ceria tapi kini terpaksa menahan sakit setiap hari," katanya.

Siti Nabilah berkata, dia sekeluarga ada perancangan untuk berikhtiar dengan cara lain iaitu membawa bapanya ke pusat perubatan swasta seandainya keadaan jadi bertambah serius.

"Namun, masalah kami adalah kewangan untuk rawatan jangka masa panjang kerana kos perubatan di situ (hospital swasta) tentunya tinggi.

"Jadi, kami amat berbesar hati jika ada individu yang sudi menawarkan bantuan daripada segi wang ringgit," katanya.

Orang ramai yang berhasrat menghulurkan sumbangan boleh menghubungi Siti Nabilah di talian 019-985 8671 atau menyalurkan bantuan ke akaun Maybank, Mohd Izani Mustafa, 153010366126.

Sumber: harianmetro

Comments

Popular Article

“Bawa Awak Ke Sini” -Ada Suara Dalam Video Tangmo, Manager Sempat Tukar Baju

Satu persatu klu atau petunjuk baru muncul bagi membongkarkan rahsia di sebalik pemergian pelakon terkenal Thailand, Tangmo Nida Patcharaveerapong. Sehingga ke hari ini, ibu kepada mendiang masih lagi yakin wujudnya unsur-unsur jenayah sekaligus menolak kenyataan rakan-rakan yang mendakwa artis tersebut tergelincir ketika ingin membuang air kecil. Netizen jumpa petunjuk baru, ada dengar suara pelik dalam video Nida  Justeru itu, ramai netizen tampil melakukan penyiasatan sendiri berbekalkan beberapa rakaman CCTV serta bukti yang sempat tular di media sosial. Terdahulu, satu video sewaktu Nida sedang minum di atas bot berkenaan telah dikeluarkan. Walau bagaimanapun, ramai mendakwa terdengar satu suara yang agak pelik setelah menggunakan satu software bagi mengurangkan bunyi muzik latar @eveapissaya พี่โมสวยมาก สวยเหมือนนางฟ้าเลย 🤍 คลิปสุดท้าย.. #แตงโม #แตงโมนิดา ♬ เสียงต้นฉบับ - Eve Apissaya Suara garang sebut bawa awak ke sini 2 kali…Polis akan siasat lebih lanjut  Hasilnya,

Pagi Baru Saja Beli Pregnancy Test, Wanita Terkejut Malam Terus Lahirkan Anak

Anak adalah anugerah yang paling terindah buat setiap ibu bapa. Walau bagaimanapun, di luar sana ramai sekali pasangan yang belum dikurniakan rezeki menimang zuriat sendiri. Malah ada yang sudah berusaha melakukan segala cara selama bertahun-tahun. Anugerah terindah di akhir tahun yang tak disangka-sangka  Samalah juga dengan situasi yang dialami sepasang suami isteri ini apabila masih lagi belum mempunyai anak meskipun sudah menikah selama 10 tahun. Namun kisah seterusnya cukup luar biasa apabila wanita berkenaan hanya sedar tentang kehamilannya ketika kandungan sudah pun mencecah 9 bulan. @raangju.l anugerah terindah diakhir tahun yg ga disangka²🥺😇makasih buat @bidanzulfa sudah membantu persalinanku# masyaallahtabarakallah❤️🥰 # pejuanggarisdua ♬ original sound - Elita Kurnia Pagi beli pregnancy test, petang rasa perut memulas dan malam terus melahirkan  Menerusi satu video di TikTok Bidan Zulfa, terdahulu kliennya itu sempat membeli satu pregnancy test pada awal pagi dan

Hari-Hari Netizen Malaysia Minta Update Tangmo, Akak Siam Gigih Jadi Translator

Meskipun berlaku di Thailand, namun kisah pemergian pelakon terkenal Tangmo Nida Patcharaveerapong ini turut mendapat perhatian yang sangat besar di Malaysia. Mana taknya, kejadian yang disangkakan cumalah insiden malah bertukar menjadi satu penglibatan jenayah serta kecuaian melibatkan rakan-rakannya sendiri. Ramai pulak netizen Malaysia tunggu update baru tentang kisah Tangmo  Boleh dikatakan hampir kesemua video di TikTok mengenai perkembangan terbaru kisah menyayat hati tersebut menerima komen daripada rakyat Malaysia. Namun rata-rata mengharapkan ada subtitle supaya dapat memahami dengan lebih baik apakah sebenarnya yang terjadi. Lebih-lebih lagi bahasa Thailand sememangnya terkenal dengan keunikan tulisannya dan bukan mudah untuk dibaca. @tubtimcho โรเบิร์ต กระติก #แตงโมนิดา #แตงโม #โหนกระแส #แตงโมภัทรธิดา #หอนกระแส #แตงโมตกเรือ ♬ Ei Yang Wa - Boom Boom Cash Abang dan adik Tangmo nak fight…Mak Tangmo gila harta  Walau bagaimanapun, kini mereka semua sudah mampu menari