Pengacara dan penyampai radio, Nor Shafiza Iskandar Azizan atau lebih mesra dikenali sebagai Feeya Iskandar telah selamat melahirkan bayi lelaki petang tadi di sebuah pusat perubatan di Seri Kembangan.
Berita gembira itu dikongsi oleh suaminya, Nurashid Wahab menerusi sebuah posting dimuat naik di laman sosial Instagram milik Feeya.
BoBoiBoy kuasa tiga!
“Alhamdulillah, isteri saya selamat melahirkan anak lelaki. Nombor 3 ni lain macam sikit ya keluarnya, sampai kena vakum sebabnya muka dia ke atas.
“Tapi syukur ‘mummy’ dan ‘baby’ baik-baik sahaja. Terima kasih yang mendoakan. Baby boy keluar secara normal sebelum maghrib tadi. 3.38kg,” tulis Rashid di ruangan kapsyen.
Posting berkenaan dibanjiri oleh pengikut Feeya selain rakan selebriti juga mengambil kesempatan mengucapkan tahniah selepas selamat menimang cahaya mata ketiga.
Tahniah Feeya dan suami
Penyampai radio berusia 32 tahun itu turut dikurniakan dua cahaya mata lelaki sebelum ini iaitu Adam Malique dan Nuh Aryyan hasil perkahwinan dengan suaminya pada 6 Mei 2015. Tahniah Cik Piah!
Sumber: ohmymedia
Comments
Post a Comment