Dakwa hasil kerja ‘diciplak’, pemilik bunga tangan Intan Ladyana luah rasa kecewa Skip to main content

Dakwa hasil kerja ‘diciplak’, pemilik bunga tangan Intan Ladyana luah rasa kecewa

Ramai mengetahui pelakon Intan Ladyana bersama pasangan, Harris Aliff telah selamat bergelar suami isteri selepas bernikah di Pejabat Agama Islam Wilayah Kuala Lumpur semalam.

Bagaimanapun di sebalik hari bahagia mereka, ada pula terselit cerita yang kurang enak berkenaan bunga tangan ataupun ‘hand bouquet’ digayakan oleh Intan yang didakwa telah ‘diciplak’.

Ramai mengetahui pelakon Intan Ladyana bersama pasangan, Harris Aliff telah selamat bergelar suami isteri selepas bernikah di Pejabat Agama Islam Wilayah Kuala Lumpur semalam.

Bagaimanapun di sebalik hari bahagia mereka, ada pula terselit cerita yang kurang enak berkenaan bunga tangan ataupun ‘hand bouquet’ digayakan oleh Intan yang didakwa telah ‘diciplak’.

Pemilik bunga tangan itu berkata ia merupakan hasil kerja pemilik kedai bunga tangan @fleurytale.my dan bukan daripada rakan penaja @haejabudiman.co.



Memetik artikel Hot FM, Nak, pemilik kedai bunga tangan @fleurytale.my yang digelar Elissa Roslan memberitahu bahawa dia telah menerima tempahan daripada @haejabudiman.co.

Namun, dia tidak tahu bahawa mereka juga adalah pemilik bisnes bunga tangan (florist) dan merupakan penaja kepada hari pernikahan pelakon jelita tersebut.

Elissa menjelaskan lagi dia tidak mengenali individu yang menempah bunga tangan itu, pada mulanya dia menganggap tempahan bunga tangan itu ditempah untuk rakannya kerana dia enggan mengisi maklumat yang diperlukan seperti laman Instagram milikya.

“Saya dihubungi oleh seseorang yang saya tidak tahu pun dia merupakan ‘florist’ juga. Pada mulanya saya tidak tahu dan menyangka dia ingin membelinya untuk kawan.

“Biasanya untuk tempahan, saya menyediakan borang kepada para pelanggan untuk isi maklumat mereka termasuklah akaun Instagram, tetapi dia tidak mengisinya dan saya anggap dia tidak memiliki Instagram,” ujar Elissa kepada pihak Hot FM.

Bukan itu sahaja, ‘florist’ terbabit juga tidak mahu Elissa meletakkan sebarang kad yang memaparkan ‘brand’ miliknya pada bunga tangan tersebut.

“Kemudian, dia cakap tak perlu letakkan kad. Awalnya, saya macam ‘oh saya memang tak letak sebarang kad, cuma tag ‘brand’ saya sahaja’. Dan dia kata tak perlu letakkan tag ‘brand’ juga, jadi saya akur atas permintaannya,” jelas Elissa lagi.

Lebih tak disangka apabila keesokan harinya, Elissa mendapat tahu bahawa bunga tangan yang digubahnya itu dijumpai di laman ‘explore’ Instagram, tetapi hasil kerjanya itu dikreditkan kepada ‘florist’ berkenaan dan bukan mereka.

“Keesokan harinya (6 Februari), Intan ada dalam laman ‘explore’ saya dan bunga tangan itu kelihatan sangat ‘familiar’.

“Rupa-rupanya, ia memang hasil tangan saya kerana persamaan yang ditonjolkan terlalu banyak, reben pun memiliki warna sama dengan gubahan saya. Lepas itu, saya nampak ia dikreditkan kepada Haejabudiman.co,” katanya.

Ini bunga tangan original

Berikutan itu, Elissa merasakan bahawa dirinya ditipu dan kecewa kerana ‘florist’ tersebut tidak bersikap jujur dalam hal berkenaan, malah sanggup mencuri idea dan hasil tangannya.

Dalam pada itu, Elissa berkata dia sudah menghubungi ‘florist’ itu untuk mendapatkan penjelasan sebenar tentang isu berkenaan.

Menurutnya, pemilik ‘florist’ itu memohon maaf selain memberitahu bahawa dirinya kini sedang berpantang dan tidak dapat memenuhi permintaan awal sebagai penaja seperti yang dipersetujui dalam kontrak bersama Intan.

Tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan, Elissa meminta semua pihak tidak mengeluarkan kenyataan berbaur kontroversi kerana isu tersebut masih dalam siasatan mereka.

Difahamkan lagi, pihak pengurusan pelakon itu mengetahui perkara tersebut dan akan mengambil tindakan sewajarnya.

Sumber: ohmymedia

Comments

Popular Article

“Bawa Awak Ke Sini” -Ada Suara Dalam Video Tangmo, Manager Sempat Tukar Baju

Satu persatu klu atau petunjuk baru muncul bagi membongkarkan rahsia di sebalik pemergian pelakon terkenal Thailand, Tangmo Nida Patcharaveerapong. Sehingga ke hari ini, ibu kepada mendiang masih lagi yakin wujudnya unsur-unsur jenayah sekaligus menolak kenyataan rakan-rakan yang mendakwa artis tersebut tergelincir ketika ingin membuang air kecil. Netizen jumpa petunjuk baru, ada dengar suara pelik dalam video Nida  Justeru itu, ramai netizen tampil melakukan penyiasatan sendiri berbekalkan beberapa rakaman CCTV serta bukti yang sempat tular di media sosial. Terdahulu, satu video sewaktu Nida sedang minum di atas bot berkenaan telah dikeluarkan. Walau bagaimanapun, ramai mendakwa terdengar satu suara yang agak pelik setelah menggunakan satu software bagi mengurangkan bunyi muzik latar @eveapissaya พี่โมสวยมาก สวยเหมือนนางฟ้าเลย 🤍 คลิปสุดท้าย.. #แตงโม #แตงโมนิดา ♬ เสียงต้นฉบับ - Eve Apissaya Suara garang sebut bawa awak ke sini 2 kali…Polis akan siasat lebih lanjut  Hasilnya,

Hari-Hari Netizen Malaysia Minta Update Tangmo, Akak Siam Gigih Jadi Translator

Meskipun berlaku di Thailand, namun kisah pemergian pelakon terkenal Tangmo Nida Patcharaveerapong ini turut mendapat perhatian yang sangat besar di Malaysia. Mana taknya, kejadian yang disangkakan cumalah insiden malah bertukar menjadi satu penglibatan jenayah serta kecuaian melibatkan rakan-rakannya sendiri. Ramai pulak netizen Malaysia tunggu update baru tentang kisah Tangmo  Boleh dikatakan hampir kesemua video di TikTok mengenai perkembangan terbaru kisah menyayat hati tersebut menerima komen daripada rakyat Malaysia. Namun rata-rata mengharapkan ada subtitle supaya dapat memahami dengan lebih baik apakah sebenarnya yang terjadi. Lebih-lebih lagi bahasa Thailand sememangnya terkenal dengan keunikan tulisannya dan bukan mudah untuk dibaca. @tubtimcho โรเบิร์ต กระติก #แตงโมนิดา #แตงโม #โหนกระแส #แตงโมภัทรธิดา #หอนกระแส #แตงโมตกเรือ ♬ Ei Yang Wa - Boom Boom Cash Abang dan adik Tangmo nak fight…Mak Tangmo gila harta  Walau bagaimanapun, kini mereka semua sudah mampu menari

Isu Pelajar Dihina Dah Settle, Rupanya Pensyarah Sendiri Bantu Dapatkan Laptop?

Rentetan tularnya satu klip video kontroversi seolah-olah memperlekeh pelajar dari keluarga berstatus B40, seorang pensyarah kontrak kini sedang disiasat oleh pihak universiti awam di Perak. Hasil maklumat terkini mendapati sesi kuliah online tersebut sebenarnya berlangsung pada semester lalu, namun ramai pihak tertanya-tanya apakah motif ia hanya dimuat naik di laman Twitter semalam. @uitm_channel Kenyataan Naib Canselor berkenaan Isu Pelajar B40 ♬ original sound - Universiti Teknologi MARA Meskipun tuan badan belum perjelaskan cerita sebenar…ramai mula henti kecam lepas tahu kisah sebaliknya  Meskipun pihak empunya badan belum tampil menjelaskan situasi sebenar, namun kemarahan netizen tanpa disangka-sangka sudah semakin reda. Walaupun kenyataan pensyarah tersebut dikecam masyarakat seluruh negara, tetapi ramai mula hormat kepadanya semula lepas mengetahui kisah sebalik video berkenaan. Ini video tahun lepas, kawan sekelas yang tularkan…dia padam akaun lepas dah jadi viral  M