Nilai wang hantaran sering menjadi perbincangan bagi pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga. Bagaimanapun, semua itu bergantung kepada kerelaan hati oleh kedua-dua belah pihak.
Menerusi perkongsian video di aplikasi TikTok, seorang lelaki telah memuat naik mengenai adik lelakinya yang bakal berkahwin dan mengumpul wang hantaran sejumlah RM20,000.
Usaha mengumpul wang hantaran
@manjaboy90 alhamdulillah...
♬ original sound - 🕸KroNoLoC🕸
Menerusi video berdurasi 20 saat itu, dia menunjukkan beberapa keping wang telah dijadikan perhiasan hantaran untuk diberikan kepada pengantin perempuan.
Perkahwinan Suluk Bajau
@manjaboy90 ok ni pengantin lelaki adikku.. usahanya simpan 20k utk hantran.. alhamdulillah doa baik2 ja ya..
♬ original sound - puakaTiktok
Meskipun jumlah itu sangat banyak, namun berkat usaha kuat dan tidak putus semangat adik lelakinya berjaya mengumpul demi menghalalkan pasangan pilihan hatinya.
“Ok ini pengantin lelaki adikku. Usahanya simpan RM20,000 untuk hantaran. Alhamdulillah. Doa baik-baik sahaja ya,” tulisnya.
Tak pelik pun zaman sekarang RM20,000
Walau bagaimanapun, perkongsiannya itu dibanjiri pelbagai komen netizen dimana ada yang bersetuju dan sebaliknya kerana disifatkan agak tidak mampu bagi segelintir individu.
Selain itu, terdapat juga warganet berkata tidak hairanlah zaman serba moden ini dengan jumlah hantaran yang ditetapkan oleh keluarga pihak perempuan.
Pandai ke jaga suami sampai RM20,000?
Alhamdulillah rezeki masing-masing! Paling penting tahu tanggungjawab sebagai seorang isteri. Semoga masjid yang dibina kekal hingga ke syurga dan bahagia sentiasa.
Sumber:Ohmymedia
Comments
Post a Comment