Aktres jelita, Intan Ladyana sah bergelar isteri kepada pelakon kacak Harris Alif di pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Kuala Lumpur pagi ini dengan sekali lafaz.
Berita gembira tersebut dikongsi menerusi laman sosial Instagram radio Gegar sebentar tadi dengan memuat naik sekeping gambar berbusana sedondon.
Pasangan merpati sejoli berkenaan kelihatan sama cantik, sama padan mengenakan busana tradisional Melayu berwarna ‘off white’.
Terdahulu, Intan dan Harris merancang untuk melangsungkan majlis perkahwinan pada Mac akan datang namun terpaksa dipercepatkan kerana kekangan tertentu.
Alhamdulillah. Barakallah, selamat pengantin baru Intan dan Harris! Semoga ikatan yang dibina berkekalan hingga ke syurga hendakNya. Amin!
Sumber: Instagram Gegar , Sony Music Malaysia
Comments
Post a Comment