Tidak dinafikan, perpisahan dalam rumah tangga akan memberikan impak besar terhadap ahli keluarga terutamanya anak-anak. Apalagi jika masih kecil, keretakan hubungan antara ibu dan ayah menjadikan mereka trauma selain gagal mendapatkan kasih sayang secukupnya. Itulah juga hakikat pahit yang terpaksa ditelan oleh seorang gadis ini.
Ditinggalkan ayah sejak usia setahun lepas berpisah dengan ibu
Tular di TikTok beberapa perkongsian video luahan duka Nur Nashazleen Nabila Che Ramzul Zaman apabila ditinggalkan bapa sejak usianya setahun. Meskipun sudah lama ditinggalkan, saban hari perasaan rindukan kasih sayang dari seorang bapa itu semakin kuat.
@aleenaramzul im sorry for crying too much #fyp #foryoupage #fypシ #shoudlbeme
♬ Rindu setengah mati cover by ramadanramli - 𝓐𝓭𝓪𝓷
Bertahun pendam tapi saya tak mampu untuk menahan lagi…saya rindu sangat pada ayah
Menerusi portal mStar, gadis berusia 17 tahun ini mengakui sudah tidak mampu menahan rindu sehinggakan terpaksa meluahkan isi hati mahu bertemu bapanya. Apa yang menyedihkan lagi saat melihat kebahagiaan rakan-rakannya bersama bapa masing-masing. Walau bagaimanapun, Aileen bersyukur kerana dibesarkan oleh ibu dengan penuh kasih sayang dan kehidupan yang serba mencukupi.
Sehari sebelum hari jadi, saya ada mesej…tapi ayah seen je
Dalam pada itu, gadis yang menetap di Kuantan, Pahang ini turut berkongsi moment duka yang berlaku pada minggu lalu. Jelas Aileen, sehari sebelum sambutan ulang tahun kelahirannya dia ada mengirimkan mesej kepada si ayah namun tiada sebarang respon diterima.
@aleenaramzul based on true story #fyp #foryoupage #fypシ #shouldbeme
♬ 1000 tahun - H J
Sumber: Kisahdunia
Comments
Post a Comment