'Dosa sedang dihalalkan atas nama gurauan' - Ustazah tegur group Riak Apa Hari Ini & respon dari admin group... Skip to main content

'Dosa sedang dihalalkan atas nama gurauan' - Ustazah tegur group Riak Apa Hari Ini & respon dari admin group...

Kemunculan Facebook Group berasaskan '... apa hari ini' semakin menjadi-jadi dan terkini, baru diwujudkan group 'Riak Apa Hari Ini' yang mengundang pelbagai reaksi netizen. 

Semakan pada group tersebut mendapati, konten yang dikongsikan hanyalah sekadar hiburan semata-mata bagi menghilangkan stress seharian. 

Namun, berlainan bagi Ustazah Asma' Harun yang berpendapat bahawa, adalah group seumpama itu terus ditutup kerana ia boleh mendatangkan kesan yang tidak baik terutamanya kepada netizen beragama Islam. 

"Mohon admin group "Riyak Apa Hari Ni' boleh tukar tajuk atau tutup terus. Pelbagai kemungkaran dan dosa sedang dihalalkan atas nama gurauan, perbualan bebas gurau senda lelaki perempuan, dedah aurat sebab nak tunjuk putih melepak dan emas sampai lengan, tunjuk harga dengan caption riyak tapi kata gurau, share pakaian dalam, dan lain-lain yang aib sangat. 

"Jangan indahkan perkataan keji 'riyak' atas nama gurauan," katanya. 

Status Ustazah Asma' Harun itu mendapat banyak reaksi netizen yang rata-rata menyokong tegurannya itu. 


Walau bagaimanapun, pihak group berkenaan mengambil keputusan untuk terus mengekalkan nama itu dan meminta mana-mana individu yang tidak berkenan dengan 'ketetapan' mereka untuk meninggalkan group tersebut. 

"Terima kasih pada yang update pasal ceramah, tarbiah dari ustazah. Selepas berbincang dengan creator, kami akan mengekalkan nama group. 

"Cuma pada yang rasa berdosa nak duduk dalam group ini, bolehlah left. Kami tak paksa ye. Sebab kalau lihat kat luar sana, banyak lagi group-group yang terlebih dari dahsyat. 

"Contohnya group janda dan duda gersang. Haa, situ dengan posting dan aksi yang lagi dahsyat dipertontonkan tanpa ditapis oleh admin. Bagaimana tu? 

"Jadi, sekali lagi kami ulang, pada yang tidak boleh nak duduk di dalam group ini nanti kena jilat api neraka boleh left ya," kata wakil group berkenaan. 

Sumber: thereporter

Comments

Popular Article

Isu Pelajar Dihina Dah Settle, Rupanya Pensyarah Sendiri Bantu Dapatkan Laptop?

Rentetan tularnya satu klip video kontroversi seolah-olah memperlekeh pelajar dari keluarga berstatus B40, seorang pensyarah kontrak kini sedang disiasat oleh pihak universiti awam di Perak. Hasil maklumat terkini mendapati sesi kuliah online tersebut sebenarnya berlangsung pada semester lalu, namun ramai pihak tertanya-tanya apakah motif ia hanya dimuat naik di laman Twitter semalam. @uitm_channel Kenyataan Naib Canselor berkenaan Isu Pelajar B40 ♬ original sound - Universiti Teknologi MARA Meskipun tuan badan belum perjelaskan cerita sebenar…ramai mula henti kecam lepas tahu kisah sebaliknya  Meskipun pihak empunya badan belum tampil menjelaskan situasi sebenar, namun kemarahan netizen tanpa disangka-sangka sudah semakin reda. Walaupun kenyataan pensyarah tersebut dikecam masyarakat seluruh negara, tetapi ramai mula hormat kepadanya semula lepas mengetahui kisah sebalik video berkenaan. Ini video tahun lepas, kawan sekelas yang tularkan…dia padam akaun lepas dah jadi viral  M

'Dia tak mabuk, tak guna phone, pakai seat belt bukti dia memandu dengan penuh tanggungjawab' - Netizen buat petisyen, desak bebaskan Sam Ke Ting

Susulan keputusan Mahkamah Tinggi Johor Bharu menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000 kerana menyebabkan kematian 8 remaja berbasikal lajak di jalan raya pada jam 3 pagi, ramai netizen menyuarakan bantahan terhadap keputusan itu. Satu petisyen juga telah diwujudkan untuk mendapatkan sokongan ramai bagi mendesak pihak berkenaan membebaskan Sam Ke Ting daripada pertuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja terbabit.  "Seperti yang dinyatakan oleh Majistret Siti Hajar Ali dalam penghakimannya pada 2019, Sam tidak berada di bawah pengaruh alkohol, tidak menggunakan telefon bimbit dan memakai tali pinggang keledar semasa memandu, membuktikan bahawa dia memandu dengan penuh tanggungjawab dan berhati-hati.  "Tetapi keadaan gelap, jalan berbukit-bukau dan berliku-liku di mana pemandu tidak dapat menjangkakan ada geng basikal lajak di jalan raya pada jam 3 pagi.  "Kami rakyat Malaysia berasa ngeri dengan hukuman yang dikenakan terhad

“Anak Speech Delay, Padan Muka” – Cikgu Ayu Mohon Maaf Ayat Guris Hati Ibu Bapa

Cikgu Ayu pada semalam sempat berkongsikan pendapatnya di TikTok ekoran isu seorang anak murid dibuang dari tadika lantaran terkencing di dalam kelas,. Beliau turut memberikan teguran secara terbuka khususnya buat sebilangan ibu bapa yang tidak menyedari tentang kepentingan mengajar anak untuk menguruskan diri sendiri sekiranya terasa hendak membuang air. Akan tetapi, kelantangan itu malah mengguris hati ramai pihak. Kalau yang faham, saya punya penerangan tu untuk parents jangan MALAS  Justeru itu, pendidik pra-sekolah ini sempat menjelaskan beliau menujukan peringatan tersebut kepada golongan ibu bapa yang bersikap malas sahaja. Kenyataan berbunyi “Anak speech delay, padan muka” pula tidak lain tidak bukan merupakan ulasan kepada perangai segelintir penjaga yang gemar membiarkan cahaya mata mereka terdedah dengan gajet secara kerap tanpa kawalan. @cikguayu_imtecer Reply to @mama.imanandikram klu yg faham i punya penerangan tu..untuk parents yg MALAS! OK. #cikguayusempoi ♬ bunyi a