Dua hari di Semporna, Ebit Lew sudah Islamkan 490 orang komuniti Bajau Laut Skip to main content

Dua hari di Semporna, Ebit Lew sudah Islamkan 490 orang komuniti Bajau Laut

Kehadiran pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew ke Sabah sejak beberapa hari lepas seakan memberi satu rahmat buat sesetengah masyarakat apabila memberikan bantuan kepada golongan yang amat memerlukan.

Selain daripada itu, beliau juga telah berjaya mengislamkan 490 orang penduduk kawasan atas air yang kebanyakkannya adalah masyarakat Bajau Laut.

Tiga ratus lebih lagi masuk Islam

Menurut Ebit Lew lagi, kebanyakkan daripada mereka tidak mempunyai agama dan hanya sesekali sahaja ke darat memandangkan sebahagian besar mereka tidak mempunyai negara.


Menangis bahagia sangat di Semporna 2hari disini 490 orang masuk Islam mengucap syahadah dari 4 buah kampung. Syukur...

Posted by Ebit Lew on Monday, February 1, 2021


157 orang masuk Islam pada hari pertama

Kehadiran beliau ke sana disambut baik oleh mereka dan beliau turut memberikan bantuan untuk pembinaan sekolah dan menyediakan guru bagi mengajar perkara asas seperti Membaca, menulis dan mengira (3M) serta asas Agama Islam.

Pada posting pendakwah tersebut sebelum ini, beliau telah memaklumkan seramai 157 orang masyarakat Bajau Laut dengan relah hati memeluk Islam ketika kehadirannya dan hal tersebut bertambah pada hari kedua.


Ya Allah menangis saya hari ini gembira. Seramai 157 orang mengucap syahadah. Satu kampung memeluk Islam petang ini....

Posted by Ebit Lew on Sunday, January 31, 2021


Dalam pada itu, Ebit Lew turut menzahirkan rasa terima kasih kepada beberapa pihak seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Komando 69 Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Beliau turut berterima kasih kepada Pengurusan Taman-taman Sabah  barisan NGO yang tak henti-henti memberikan bantuan bagi menjayakan misi tersebut.

Selain itu, menerusi Berita Harian, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary memaklumkan bahawa masyarakat Bajau Laut yang memeluk Islam itu akan diberikan bantuan dan bimbingan bagi memahami Islam dengan lebih mendalam.

“Kita ada penggerak iaitu ustaz bertauliah dan berkaliber untuk terus berada dengan kelompok berkenaan bagi memberikan bimbingan termasuk di Sabah, penduduk Bajau Laut itu.

Kerajaan akan bantu dari aspek bimbingan keagamaan untuk memahami secara mendalam berhubung Islam,” katanya.

Perkara tersebut diulas selepas mendapat perkhabaran seramai 157 komuniti Bajau Laut memeluk Islam ketika pendakwah terkenal Ebit Lew hadir melakukan misi kemanusiaan di Samporna Sabah semalam.

Sumber: Berita Harian (Nor Fazlina Abdul Rahim) Ebit Lew

Comments

Popular Article

JANGAN DICIUM ANAK2 YANG SEDANG TIDUR KERANA ITU SALAH SATU SEBAB ANAK KITA MENJADI DEGIL.

Apabila anak anda nakal kita selalu marahi mereka, bukan marah sebab kita tak suka tapi marah sebab kita takut tejadi apa-apa dekat mereka, tapi nak buat macam mana dah budak mestila degil. Degil-degil itu pun datang dari ayahnya jugak jadi tidak boleh kita berbuat apa-apa, lari sana lari sini tetiba senyap ,lahhh,,dah tidur bawah meja rupanya. kita yang melihat si comel tertidur pula dengan gaya bermacam ragam, aksi comel dan menawan, mesti geram dan ingin menciumnya, tahukah anda bahaya mencium anak ketika sedang tidur. Berikut penerangan ustaz ismail kamus yang mungkin perlu ada tahu. si comel ku. geramm nak cium kan. hmmm. ~ jika Anak-anak degil @ nakal ~ – Sediakan air satu jug – Baca Basmalah 786 kali – Baca surah yasin ayat 72 وَذَلَّلْنَاهَا لَهُمْ فَمِنْهَا رَكُوبُهُمْ وَمِنْهَا يَأْكُلُونَ “Dan Kami tundukkan binatang-binatang itu untuk mereka, maka sebagiannya mereka tunggangi dan sebagiannya mereka makan” Selesai baca hembus ke air & bagi anak m

Sayangilah mak sementara dia masih ada. Kerana doanya tiada hijab. Hilanglah satu rahmat bila Mak kembali kepada Pencipta-Nya.

Mak tu, Walau mulutnya marah, tapi hatinya tidak. Mak tu, Walau dia kata lantaklah kamu, tapi otaknya masih fikirkan hal kamu. Mak tu, Walau dia kata taknak makan sudah, tapi sedar² lauk kegemaran kamu ada kat atas meja. Mak tu, Walau dia kata kamu buat salah kamu tanggung sendiri, tapi dia yg tak tidur malam fikirkan masalah kamu, tahu² dia yg bagi jalan utk kamu selesaikan masalah kamu. Mak tu,  Walau dia kata kamu jahat, degil, sampai dia penat bagi nasihat, tapi dlm setiap solatnya ada doa utk kamu. Mak tu, Walau kamu dah ada keluarga sendiri, tapi dia masih risaukan kesihatan kamu. Mak tu, Walau kamu dah besar panjang & tinggal jauh darinya, tapi dia masih gembira jika dpt masakkan & sendukkan nasi ke pinggan anak²nya. Mak tu, Walau katanya dia dah tua nak rehat taknak masak dah, tapi dialah paling sibuk memasak bila tahu anaknya nak balik makan.  Mak tu, Walau nampak dia letih, tapi hatinya paling gembira bila lihat anaknya makan masakannya dgn penuh selera. M

Senarai Lokasi Sekatan Jalan Raya Dalam Tempoh PKPB Di Selangor, Kuala Lumpur & Putrajaya

Umum mengetahui pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sudah pun dijalankan Memandangkan kes wabak Covid-19 yang semakin meningkat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya pelbagai prosedur operasi standard (SOP) telah ditetapkan sepanjang tempoh PKPB ini. Kerajaan telah menetapkan bahawa perjalanan merentas daerah dan negeri juga adalah dilarang bagi mengelakkan penularan wabak tersebut. Dalam pada itu, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) juga bersetuju untuk membenarkan maksimum 10 peratus pekerja daripada 6 tugasan yang disenaraikan untuk berada di pejabat mulai 22 Oktober ini. Antara tugasan yang dibenarkan ialah melibatkan perakaunan, kewangan, pentadbiran, perundangan, perancangan serta teknologi maklumat dan komunikasiI (ICT). Mereka yang berada di pejabat pula dihadkan berkerja selama 4 jam sahaja bermula jam 10 pagi sehingga 2 petang untuk 3 hari seminggu. Bagi majikan, mereka hanya perlu me