Gadis belum kahwin ambil anak angkat, sanggup makan pil untuk susukan Skip to main content

Gadis belum kahwin ambil anak angkat, sanggup makan pil untuk susukan

Tidak dapat disangkal lagi, mempunyai zuriat adalah impian setiap yang sudah berkahwin. Hal ini kerana kehadiran cahaya mata mampu menambah keceriaan dalam sesebuah keluarga.

Namun, berbeza pula dengan perkongsian seorang gadis di aplikasi TikTok apabila membuat keputusan untuk mengambil anak angkat meskipun belum berkahwin.

Kekuatan, cinta hati ibu

@aminahtulmarrdiah

Adoption. This is the best decision in my life. #adoption #foryou #tiktokmalaysia #ibu

♬ Rindu setengah mati cover by ramadanramli - 𝓐𝓭𝓪𝓷

Menerusi perkongsian video berdurasi satu minit itu, gadis bernama Aminahtul Mardiah telah menceritakan pengalaman mengambil anak angkat merupakan satu keputusan yang bijak kerana mampu memberi kebahagian buat hidupnya.

Aminah mengambil Eusoff selepas lima jam dia dilahirkan lalu menjaganya sehingga kini sudah berusia lapan tahun dan menjadi seorang anak yang begitu handsome.

“Ramai tanya ibu kenapa ambil awak? Belum kahwin tapi nak jaga baby. Belum kahwin tapi sanggupp ambil pil, ambil suntikan untuk susukan awak.

“Ibu tak kisah apa orang nak cakap, sebab ibu tahu, awak cinta hati ibu,” luahnya.

Selain itu, kehadiran Eusoff telah mengubah 365 darjah kehidupannya menjadi lebih kuat semangat dan tenang meskipun sedang menghadapi pelbagai cabaran dunia.

Orang lain ada anak tapi taknak jaga

Perkongsian Aminah itu telah dibanjiri komen-komen yang positif daripada warganet yang memuji kekuatan dan kegigihannya menjaga anak angkat.

Rata-rata mereka turut menjadikan gadis tersebut insprisi dalam kehidupan untuk turut sama menjaga anak angkat di masa hadapan.

“Saya pun jaga anak angkat juga”

Menitis air mata tengok, sebak!

MasyaAllah, betul orang cakap setiap dugaan pasti ada hikmahnya. Kalau dulu tak happy, sekarang makin gembira dengan kehadiran anak tercinta. Alhamdulillah

Sumber: TikTok Aminahtul Mardhiah

Comments

Popular Article

Isu Pelajar Dihina Dah Settle, Rupanya Pensyarah Sendiri Bantu Dapatkan Laptop?

Rentetan tularnya satu klip video kontroversi seolah-olah memperlekeh pelajar dari keluarga berstatus B40, seorang pensyarah kontrak kini sedang disiasat oleh pihak universiti awam di Perak. Hasil maklumat terkini mendapati sesi kuliah online tersebut sebenarnya berlangsung pada semester lalu, namun ramai pihak tertanya-tanya apakah motif ia hanya dimuat naik di laman Twitter semalam. @uitm_channel Kenyataan Naib Canselor berkenaan Isu Pelajar B40 ♬ original sound - Universiti Teknologi MARA Meskipun tuan badan belum perjelaskan cerita sebenar…ramai mula henti kecam lepas tahu kisah sebaliknya  Meskipun pihak empunya badan belum tampil menjelaskan situasi sebenar, namun kemarahan netizen tanpa disangka-sangka sudah semakin reda. Walaupun kenyataan pensyarah tersebut dikecam masyarakat seluruh negara, tetapi ramai mula hormat kepadanya semula lepas mengetahui kisah sebalik video berkenaan. Ini video tahun lepas, kawan sekelas yang tularkan…dia padam akaun lepas dah jadi viral  M

'Dia tak mabuk, tak guna phone, pakai seat belt bukti dia memandu dengan penuh tanggungjawab' - Netizen buat petisyen, desak bebaskan Sam Ke Ting

Susulan keputusan Mahkamah Tinggi Johor Bharu menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000 kerana menyebabkan kematian 8 remaja berbasikal lajak di jalan raya pada jam 3 pagi, ramai netizen menyuarakan bantahan terhadap keputusan itu. Satu petisyen juga telah diwujudkan untuk mendapatkan sokongan ramai bagi mendesak pihak berkenaan membebaskan Sam Ke Ting daripada pertuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja terbabit.  "Seperti yang dinyatakan oleh Majistret Siti Hajar Ali dalam penghakimannya pada 2019, Sam tidak berada di bawah pengaruh alkohol, tidak menggunakan telefon bimbit dan memakai tali pinggang keledar semasa memandu, membuktikan bahawa dia memandu dengan penuh tanggungjawab dan berhati-hati.  "Tetapi keadaan gelap, jalan berbukit-bukau dan berliku-liku di mana pemandu tidak dapat menjangkakan ada geng basikal lajak di jalan raya pada jam 3 pagi.  "Kami rakyat Malaysia berasa ngeri dengan hukuman yang dikenakan terhad

“Anak Speech Delay, Padan Muka” – Cikgu Ayu Mohon Maaf Ayat Guris Hati Ibu Bapa

Cikgu Ayu pada semalam sempat berkongsikan pendapatnya di TikTok ekoran isu seorang anak murid dibuang dari tadika lantaran terkencing di dalam kelas,. Beliau turut memberikan teguran secara terbuka khususnya buat sebilangan ibu bapa yang tidak menyedari tentang kepentingan mengajar anak untuk menguruskan diri sendiri sekiranya terasa hendak membuang air. Akan tetapi, kelantangan itu malah mengguris hati ramai pihak. Kalau yang faham, saya punya penerangan tu untuk parents jangan MALAS  Justeru itu, pendidik pra-sekolah ini sempat menjelaskan beliau menujukan peringatan tersebut kepada golongan ibu bapa yang bersikap malas sahaja. Kenyataan berbunyi “Anak speech delay, padan muka” pula tidak lain tidak bukan merupakan ulasan kepada perangai segelintir penjaga yang gemar membiarkan cahaya mata mereka terdedah dengan gajet secara kerap tanpa kawalan. @cikguayu_imtecer Reply to @mama.imanandikram klu yg faham i punya penerangan tu..untuk parents yg MALAS! OK. #cikguayusempoi ♬ bunyi a