Kata orang-orang tua, wanita hamil digalakkan melihat benda-benda positif dan baik agar tidak wujud sebarang gangguan emosi ketika membawa kandungan. Ada pula berpendapat bahawa wajah bayi yang dilahirkan itu boleh ‘terkenan’ dengan keadaan sekeliling. Tapi sebenarnya, ia hanyalah bidalan orang dulu-dulu malah setiap anak pasti akan disayangi sama rata walau apa jua rupanya kelak.
9 bulan mengandung ‘wajib’ tengok ‘Running Man‘ setiap hari
Menjengah ke ruangan TikTok lelaki di bawah, siapa sangka wajah comel anak lelakinya yang bernama Nur Ziyyad Muhammad berjaya menarik perhatian ramai. Dikatakan mempunyai fizikal wajah ala-ala orang Korea, dia mendedahkan isterinya kerap menonton rancangan ‘Running Man‘ dalam tempoh kehamilan sebelum ini. Bukan sahaja bayi kedua, malah si ayah ini turut berseloroh bahawa anak pertamanya ibarat ‘terkenan’.
@bapaknsuami0rang ❤️❤️❤️❤️ off topic
♬ Terpesona (feat. Bulan) - Gustixa
@bapaknsuami0rang Reply to @mutyaulfanurdin
♬ original sound - Bapak&SuamiOrang
@bapaknsuami0rang Dr dia saya belajar menjadi seorang bapa ❤️
♬ Monkeys Spinning Monkeys - Kevin MacLeod
Wajah anak kedua sangat mirip seperti anak pelakon Korea
Secara kebetulan, zuriat keduanya itu juga memang memiliki wajah yang sangat mirip dengan anak seorang aktres Korea, Lee Mi Do. Lihat sahaja daripada bentuk muka, mata yang serta kulit putih mulus, memang sukar untuk membezakan mereka berdua dalam sekali pandang.
@bapaknsuami0rang ##LeeMinDo sama ke? 🤣😜❤️❤️❤️
♬ I Get So Weak - larissalambert
Okey kena tengok Lee Min Ho hari-hari…Tonton kdrama setiap hari
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang terhibur mendengar penjelasan lelaki ini. Ada juga yang bergurau kononnya mereka akan sepuas-puasnya menonton kdrama sekiranya hamil suatu ketika nanti.
Sumber: Kisahdunia
Comments
Post a Comment