Habsah Hassan, Yusry Abdul Halim & Nora terima gelaran Datuk Skip to main content

Habsah Hassan, Yusry Abdul Halim & Nora terima gelaran Datuk

Bersempena dengan Hari Wilayah Persekutuan pada hari ini, beberapa nama besar dalam industri seni telah dikurniakan Pingat Panglima Mahkota Wilayah yang mebawa gelaran Datuk.

Antaranya ialah penyanyi terkenal iaitu Nora Ariffin, Yusry Abdu Halim dan Habsah Hassan. Ketiga-tiga nama besar ini menerima pingat PMW daripada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riáyatuddin Al-Mustafa Billah Shah sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan hari ini.

“Kalau suami ada pasti dia paling gembira”

Menerusi Astro Awani, penyanyi yang popular dengan lagu Samudera, Nora Ariffin 47 menzahirkan rasa syukur kepada Allah S.W.T diatas penganugerahan ini dan tidak menyangka diberi gelaran Datuk ketika dihubungi.

“Kalaulah Abang Johan (Allahyarham Johan Nawawi) masih ada, dia lah orang yang paling gembira atas kurniaan ini.” Katanya

Kurniaan yang sangat istimewa

Selain daripada itu, pengiat seni dan penulis lirik terkenal, Habsah Hassan, 72 mengakui tidak mampu berkata apa-apa selain meluahkan rasa syukur kerana diberi kurniaan PMW ini.

Menurutnya, gelaran tersebut begitu istimewa kerana memberi motovasi kepadanya untuk terus lebih giat bekarya pada masa akan datang.

“Ini adalah kurniaan yang amat istimewa. Saya menjunjung kasih atas kurniaan daripada Yang di-Pertuang Agong. Tentu sekali anugerah kebesaran ini akan memberi motivasi kepada saya untuk terus berkarya,” kata Habsah lagi ketika dihubungi.

Yusry juga bergelar Datuk

Sementara itu, Yusry Abdul Halim yang berjaya dengan karya-karya bersama kumpulan KRU sebelum bergerak lebih serius dalam bidang pengarahan turut menjadi antara 335 penerima Darjah Kebesaran, Pingat dan Bintang Wilayah Persekutuan.

Menerusi Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa, beliau memaklumkan bahawa penguniaan ini adalah sebagai bentuk penghargaan diatas sumbangan besar penggiat seni dan budaya kepada masyarakat.

Namun begitu, penyempurnaan Istiadat Pengurniaan Darjat Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan bagi tahun ini  masih dalam perancangan berikutan situasi semasa yang sedang bergelut dengan pandemik Covid-19.

Sumber: Astro Awani (Saharudin Musthafa)

Comments

Popular Article

“Bawa Awak Ke Sini” -Ada Suara Dalam Video Tangmo, Manager Sempat Tukar Baju

Satu persatu klu atau petunjuk baru muncul bagi membongkarkan rahsia di sebalik pemergian pelakon terkenal Thailand, Tangmo Nida Patcharaveerapong. Sehingga ke hari ini, ibu kepada mendiang masih lagi yakin wujudnya unsur-unsur jenayah sekaligus menolak kenyataan rakan-rakan yang mendakwa artis tersebut tergelincir ketika ingin membuang air kecil. Netizen jumpa petunjuk baru, ada dengar suara pelik dalam video Nida  Justeru itu, ramai netizen tampil melakukan penyiasatan sendiri berbekalkan beberapa rakaman CCTV serta bukti yang sempat tular di media sosial. Terdahulu, satu video sewaktu Nida sedang minum di atas bot berkenaan telah dikeluarkan. Walau bagaimanapun, ramai mendakwa terdengar satu suara yang agak pelik setelah menggunakan satu software bagi mengurangkan bunyi muzik latar @eveapissaya พี่โมสวยมาก สวยเหมือนนางฟ้าเลย 🤍 คลิปสุดท้าย.. #แตงโม #แตงโมนิดา ♬ เสียงต้นฉบับ - Eve Apissaya Suara garang sebut bawa awak ke sini 2 kali…Polis akan siasat lebih lanjut  Hasilnya,

Pagi Baru Saja Beli Pregnancy Test, Wanita Terkejut Malam Terus Lahirkan Anak

Anak adalah anugerah yang paling terindah buat setiap ibu bapa. Walau bagaimanapun, di luar sana ramai sekali pasangan yang belum dikurniakan rezeki menimang zuriat sendiri. Malah ada yang sudah berusaha melakukan segala cara selama bertahun-tahun. Anugerah terindah di akhir tahun yang tak disangka-sangka  Samalah juga dengan situasi yang dialami sepasang suami isteri ini apabila masih lagi belum mempunyai anak meskipun sudah menikah selama 10 tahun. Namun kisah seterusnya cukup luar biasa apabila wanita berkenaan hanya sedar tentang kehamilannya ketika kandungan sudah pun mencecah 9 bulan. @raangju.l anugerah terindah diakhir tahun yg ga disangka²🥺😇makasih buat @bidanzulfa sudah membantu persalinanku# masyaallahtabarakallah❤️🥰 # pejuanggarisdua ♬ original sound - Elita Kurnia Pagi beli pregnancy test, petang rasa perut memulas dan malam terus melahirkan  Menerusi satu video di TikTok Bidan Zulfa, terdahulu kliennya itu sempat membeli satu pregnancy test pada awal pagi dan

Hari-Hari Netizen Malaysia Minta Update Tangmo, Akak Siam Gigih Jadi Translator

Meskipun berlaku di Thailand, namun kisah pemergian pelakon terkenal Tangmo Nida Patcharaveerapong ini turut mendapat perhatian yang sangat besar di Malaysia. Mana taknya, kejadian yang disangkakan cumalah insiden malah bertukar menjadi satu penglibatan jenayah serta kecuaian melibatkan rakan-rakannya sendiri. Ramai pulak netizen Malaysia tunggu update baru tentang kisah Tangmo  Boleh dikatakan hampir kesemua video di TikTok mengenai perkembangan terbaru kisah menyayat hati tersebut menerima komen daripada rakyat Malaysia. Namun rata-rata mengharapkan ada subtitle supaya dapat memahami dengan lebih baik apakah sebenarnya yang terjadi. Lebih-lebih lagi bahasa Thailand sememangnya terkenal dengan keunikan tulisannya dan bukan mudah untuk dibaca. @tubtimcho โรเบิร์ต กระติก #แตงโมนิดา #แตงโม #โหนกระแส #แตงโมภัทรธิดา #หอนกระแส #แตงโมตกเรือ ♬ Ei Yang Wa - Boom Boom Cash Abang dan adik Tangmo nak fight…Mak Tangmo gila harta  Walau bagaimanapun, kini mereka semua sudah mampu menari