Isteri Sakit Disangkanya Mengada, Alasan Malas Masak. Bila Isteri "Pergi", Aku Amat Merinduinya Skip to main content

Isteri Sakit Disangkanya Mengada, Alasan Malas Masak. Bila Isteri "Pergi", Aku Amat Merinduinya

Semoga kisah ini bagi pengajaran buat semua. Assalam semua pembaca. Pada awal Febuari 2018, salah seorang teman baik saya telah dijemput Ilahi kerana knser raahim tahap empat. Alhamdulillah arwh menderita tidak lama. Tiga bulan terlantar skit sebelum subuh arwh menghembuskan nafasnya yang terakhir dan meniinggalkan seorang putera yang masih kecil bersama dua orang puteri yang masih bersekolah dengan si suami.

Sebulan selepas pemergiannya, si suami telah datang kerumah saya bersama sekotak pakaian aruwah. Sebelum arwh pergi dia sempat berpesan kepada si suami supaya sedekahkan segala pakaian miliknya yang masih elok kepada sesiapa yang memerluukan.

Si suami tidak tahu kemana arah untuk disalurkan pakaian milik si isteri mungkin masih baru dan tidak dapat berfikir dengan jelas maka diamanahkan kepada saya.

Sewaktu saya membuka kotak itu untuk memilih pakaian yang sesuai untuk di sedekahkan seperti yang di amanahkan, tiba-tiba si suami bersuara.

“Itu jer yg arwh ada…” Saya merenung si suami kerana cuba untuk fahami apa maksud kata kata si suami itu tadi. “Semalam saya membuka almari arwh dan hanya ini sahaja yg aruwah ada.

15 tahun saya bersama arwh, lansung saya tidak pernah ambil tahu setiap kehendak aruwah isteri. Saya abaikan arw4h sehinggakan arwh s4kit pun saya tidak tahu,” katanya. Ada kekesalan di situ.

Namun saya masih tidak dapat mentafsir apa yang tersirat di sebalik keluhan si suami. Suami saya meletakkan handphone di meja mula berminat dengan cerita suami aruwah kawan saya ini.

Setiap kali arwh mengeluh skit, kurang sihat, tidak bermaya dan mengajak saya pergi ke hspital saya hanya menganggap ianya pekara remeh. Saya mengejek-ejek arwh dengan mengatakan dia dah tua.

Saya merendah-rendahkan arw4h yang dia kurang bersenam dan hanya tahu makan jer sedangkan saya aktif bersukan dan tak salah kiranya saya mengajak dia bersukan bersama sepertimana saya menggalakkan kawan kawan saya bersukan”.

“Saya juga selalu bersangka buruk bila arwh s4kit ianya semata mata alasan untuk makan luar kerana malas masak. Lalu bangun juga dia untuk masak dan mengemas kerana tidak sanggup dengar saya membebel dan kadang-kala sampai naik tangan saya ke kepala dia.

Kjamnya saya. Saya berniaga sendiri punyai banyak masa terluang namun saya terlalu berkira untuk membawa arwh ke hspital kerana saya takut akan membuang masa menunggu segala urusan pemeriksaan kesihatan.

Kejjamnya saya pada arwh. “Saya fikir bila dia sudah jadi isteri saya,saya tidak perlu lagi untuk mengambil hati dia seperti masa bercinta dulu. Namun saya lupa dia hanyalah pinjaman sementara bila-bila masa sahaja akan di ambil semula olehNya,” ujarnya panjang”.

“Benda yang lepas jangan di kenang, nanti kau sengsara dia dah pergi, redha kan. Kesian anak-anak kau,” suami saya bersuara. “Bila saya pandang anak-anak makin bertambah kekesalan saya bang.

Masa arw4h ada boleh saya kira berapa kali saya bawa dia dan anak anak berjalan-jalan. Sedangkan saya pantang diajak kawan-kawan, ke langit biru saya boleh terbang. Bila saya buka handphone arwh, boleh kira berapa sangat gambar yang diambil bersama saya.

Semuanya gambar dia dengan anak anak. Sedangkan gambar saya bersama kawan-kawan penuh dalam telefon saya. Gambar dia bersama saya lansung tiada. Bila pandang anak yang kecil yang masih menyusu tu bang, sayu jiwa saya.

Siapa antara kawan kawan saya yang telah saya banyak habiskan masa bersama boleh membuatkan anak saya tu susu pada malam malam hari”.

Siapa yang boleh tolong uruskan anak anak saya ke sekolah seperti arwh uruskan. Siapa yang boleh temankan si kecil saya bermain sehingga jam 3 ke 4 pagi kalau dia tidak mahu tidur. “Pagi ni anak saya yang pertama meminta RM50 untuk membeli barang barang kajian sekolah.

Wajib beli kerana jika tidak buat kajian tu, markah untuk peperiksaan mata pelajaran tu akan ditolak. Selama ini saya bising-bising duit belanja rumah sering tidak cukup, saya kata arwh ni boros belanja macam air dan tidak tahu berjimat.

Baru saya tahu kemana arah duit itu di salurkan. “Hari ini genap sebulan arrwh pergi dan saya kira-kira hampir RM500 ke RM700 belanja sekolah anak-anak dan makan sahaja. Bila tiap kali arrwah minta beli pakaian baru atau barang make up, saya melarangnya kerana saya rasa macam membazir.

Bila dia meminta lagi saya akan mula mengungkit pemberian belanja yang saya bagi. Barulah saya tahu ianya tidak mencukupi. Baiknya arrwah kerana dia patuh.

“Saya sering tegur arrwah kerana selekeh jer lansung tidak bergaya seperti isteri kawan-kawan saya tetapi saya lupa yang saya tidak pernah bertanya padanya tentang belanja yang saya bagi selama ini cukup atau tidak untuk membeli pakaian dan alat-alat solek.

Saya gagal menjadi suami yang baik,” katanya. Saya diam tidak dapat berkata-kata lagi. Marah, sedih dan sebagainya berlegar-legar dalam fikiran saya. Setahu saya arwh ni masa zaman bujang-bujang dulu memang cantik, bergaya dan pandai menghiaskan diri.

Patutlah semenjak dia berkahwin, hiilang semuanya dan bila saya mengusik dia hanya menjawab, “Malaslah nak makeup-makeup ni, tak ada masa dengan anak-anak lagi. Alaaa yang penting suami sayang…”

“Semalam saya buka almari arw4h, hanya ada beberapa helai sahaja pakaian yang baru, itu pun seingat saya dibeli masa nak raya tahun lepas. Lain-lain semua dah lusuh. Ada beberapa batang lipstic yang dah patah.

Dahulu masa sebelum kawin saya pernah terlihat di dalam beg kecil arrwah ada pelbagai jenis lipstik, pelbagai jenis bedak muka dan macam-macam lagi makeup yang arwh ada.

Tetapi bila dah jadi isteri saya, semuanya habis tidak berganti. 15 tahun bersama sepatutnya bukan makin berkurang namun makin bertambah.

“Masa kali pertama arrwah menjejak kaki ke rumah saya, arw4h bawa tiga beg besar pakaian semuanya cantik-cantik dan hari ini hanya sekotak sahaja yang arwh ada. Sedangkan keperluan anak anak dan saya mencukupi,” si suami mula menangis.

“Arrwah nak bekerja, saya marah. Saya tanya arw4h tidak cukup ke apa yang saya bagi dan saya kata saya mampu tanggung dia lagi. Saya ego dan aruwah pula demi menjaga ego saya daripada tercalar, arrw4h mengambil keputusan untuk diam sahaja.

Dia amanah saya sepatutnya dia dijaga, dibelai, dimanja tetapi saya abaikan kerana saya fikir sekarang bukan masa untuk semua itu. Tiap kali arwh mengeluh s4kit-s4kit badan saya suruh dia tidur dan makan ubat. Saya suruh anak-anak yang picitkan tetapi saya lupa itu adalah kewajipan saya.

Saya lupa dia hanya pinjaman sementara. Sekarang dia dah tiada. Saya rindu dengan dia. Rindu sangat -sangat. Andainya dipulangkan dia kembali saya nak habiskan masa saya bersama dia seperti masa saya bercinta dulu.

Saya nak kotakan janji saya pada dia bahawa dia akan menjadi wanita paling bahagia bila menjadi isteri saya”.

“Saya tahu bukan harta dan kekayaan yang arrwah inginkan tetapi perhatian dan kasih sayang saya. Saya kesal kerana selama ini arrwah menjadi tempat saya melepaskan penat dan amarah saya.

Saya kesal kerana selama ini menjadi suami yang terlalu berkira dengan isteri sedangkan isteri adalah punca rezeki suami. Masa saya tahu aruwah s4kit masa itu sudah terlambat. Pagi tu dia mengadu perut dia s4kit sangat.

Saya marahkan dia kerana tidak menjaga makan. Tetapi bila saya lihat dia tidak bermaya dan bila saya periksa nadi dia semakin menurun, saya terus bawa dia ke hspital.

“Masa dalam kereta mulut saya tak henti-henti menyumpah dia dan mengatakan dia menyusahkan saya, nak diet sampai tak makan dan ambil supplement yang bukan-bukan sampai s4kit macam ni. Masa tu saya sangat marah pada aruwah sampai saya terlepas kata”.

“Asyik s4kit jer tapi tak mmpus-mampus jugak.” “Bila nurse bagitahu dia kena tahan ward saya lagi berangin dan menunjal-nunjal kepala dia, saya terpaksa batalkan aktiviti badminton saya pada petang itu kerana terpaksa menjaga anak-anak di rumah.

“Tiga hari aruwah w4rded. Jarang sekali saya menjenguk dia. Hanya waktu melawat tengah hari sahaja bawa anak-anak datang melepas rindu. Baru saya tahu susahnya bangun malam buatkan susu, mandi

Bila dktor mengesahkan isteri saya mengidap knnser raahim tahap 4, semuanya dah terlambat kerana ianya telah merebak sepenuhnya,” katanya. Si suami berhenti seketika untuk menyapu air mata yang mula membasahi pipi.

Secawan teh yang dihidangkan langsung tidak berusik. Suami saya merenung tajam ke arah muka suami arwh kawan saya. Mungkin menanti apa lagi cerita yang bakal akan keluar dari mulut suami kawan saya.

“Sewaktu dia skit, saya cuba menjadi suami yang baik. Ajak dia pergi jalan-jalan. Tetapi dia menolak. Dia tidak mahu susahkan saya menolak kerusi roda. Saya ajak dia makan makanan kegemaran dia.

Dia makan namun tidak mampu untuk menelan dengan riangnya. Saya ajak bergurau bermesra seperti dulu-dulu dia lesu tak bermaya. Runtun hati saya melihat wanita yang saya sayang, saya cintai menderita.

“Tiap kali dia s4kit, saya ajak pergi hspital dia menolak, dia kata dia dah tahu dia s4kit apa, tak perlu buang masa dan duit lagi. Saya ajak dia pergi berubat kampung jika tidak mahu ke hspital. Dia menolak kerana itu akan menangguh masa untuk dia mngal.

Allahu, rupanya arrwah terasa dengan kata-kata saya. Saya melutut depan dia, mohon maaf, mohon ampun dan dia kata dah lama memaafkan kesilapan saya namun itu tidak mampu membasuh dosa saya pada arwh.

“Saya mula memeluk dia sewaktu tidur, saya tahu saya akan kehiilangan dia dan waktu itu makin hampir. Sumpah demi Tuhan saya sayangkan arwh cuma saya lupa dia hanya pinjaman lalu saya abaikan dia.

Saya tidak hargai kehadiran dia dalam hidup saya. “Sekarang satu-satunya wanita yang amat saya kasihi dah tiada. Dia dah tinggalkam saya bersama jutaan kenangan dan kisah suka duka kami sepanjang percintaan di bangku sekolah hingga ke jinjang pelamin.” katanya.

Saya merenung muka suami kawan saya itu, terpancar kekesalan di situ. Dia menceritakan pada saya bukanlah untuk membuka pekung di dada.

Tapi dia ingin kongsi bersama kisah dia dan isteri ‘pinjaman’ sementaranya supaya menjadi satu tauladan kepada para suami di luar sana. Sesungguhnya apa yang kita ada bukan milik kita. Semuanya hanya pinjaman. Hargailah

Comments

Popular Article

Isu Pelajar Dihina Dah Settle, Rupanya Pensyarah Sendiri Bantu Dapatkan Laptop?

Rentetan tularnya satu klip video kontroversi seolah-olah memperlekeh pelajar dari keluarga berstatus B40, seorang pensyarah kontrak kini sedang disiasat oleh pihak universiti awam di Perak. Hasil maklumat terkini mendapati sesi kuliah online tersebut sebenarnya berlangsung pada semester lalu, namun ramai pihak tertanya-tanya apakah motif ia hanya dimuat naik di laman Twitter semalam. @uitm_channel Kenyataan Naib Canselor berkenaan Isu Pelajar B40 ♬ original sound - Universiti Teknologi MARA Meskipun tuan badan belum perjelaskan cerita sebenar…ramai mula henti kecam lepas tahu kisah sebaliknya  Meskipun pihak empunya badan belum tampil menjelaskan situasi sebenar, namun kemarahan netizen tanpa disangka-sangka sudah semakin reda. Walaupun kenyataan pensyarah tersebut dikecam masyarakat seluruh negara, tetapi ramai mula hormat kepadanya semula lepas mengetahui kisah sebalik video berkenaan. Ini video tahun lepas, kawan sekelas yang tularkan…dia padam akaun lepas dah jadi viral  M

'Dia tak mabuk, tak guna phone, pakai seat belt bukti dia memandu dengan penuh tanggungjawab' - Netizen buat petisyen, desak bebaskan Sam Ke Ting

Susulan keputusan Mahkamah Tinggi Johor Bharu menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000 kerana menyebabkan kematian 8 remaja berbasikal lajak di jalan raya pada jam 3 pagi, ramai netizen menyuarakan bantahan terhadap keputusan itu. Satu petisyen juga telah diwujudkan untuk mendapatkan sokongan ramai bagi mendesak pihak berkenaan membebaskan Sam Ke Ting daripada pertuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja terbabit.  "Seperti yang dinyatakan oleh Majistret Siti Hajar Ali dalam penghakimannya pada 2019, Sam tidak berada di bawah pengaruh alkohol, tidak menggunakan telefon bimbit dan memakai tali pinggang keledar semasa memandu, membuktikan bahawa dia memandu dengan penuh tanggungjawab dan berhati-hati.  "Tetapi keadaan gelap, jalan berbukit-bukau dan berliku-liku di mana pemandu tidak dapat menjangkakan ada geng basikal lajak di jalan raya pada jam 3 pagi.  "Kami rakyat Malaysia berasa ngeri dengan hukuman yang dikenakan terhad

“Anak Speech Delay, Padan Muka” – Cikgu Ayu Mohon Maaf Ayat Guris Hati Ibu Bapa

Cikgu Ayu pada semalam sempat berkongsikan pendapatnya di TikTok ekoran isu seorang anak murid dibuang dari tadika lantaran terkencing di dalam kelas,. Beliau turut memberikan teguran secara terbuka khususnya buat sebilangan ibu bapa yang tidak menyedari tentang kepentingan mengajar anak untuk menguruskan diri sendiri sekiranya terasa hendak membuang air. Akan tetapi, kelantangan itu malah mengguris hati ramai pihak. Kalau yang faham, saya punya penerangan tu untuk parents jangan MALAS  Justeru itu, pendidik pra-sekolah ini sempat menjelaskan beliau menujukan peringatan tersebut kepada golongan ibu bapa yang bersikap malas sahaja. Kenyataan berbunyi “Anak speech delay, padan muka” pula tidak lain tidak bukan merupakan ulasan kepada perangai segelintir penjaga yang gemar membiarkan cahaya mata mereka terdedah dengan gajet secara kerap tanpa kawalan. @cikguayu_imtecer Reply to @mama.imanandikram klu yg faham i punya penerangan tu..untuk parents yg MALAS! OK. #cikguayusempoi ♬ bunyi a