Isteri Tiada Hak Ke Atas KWSP Suami Jika Suami Meninggal. Isteri Kena Tahu Skip to main content

Isteri Tiada Hak Ke Atas KWSP Suami Jika Suami Meninggal. Isteri Kena Tahu

Macam-macam pandangan netizen tentang 2% dari gaji suami masuk KWSP isteri, ada yang setuju dan ada yang tidak setuju. Tetapi kebanyakan wanita mestilah setuju. Lelaki pula ada yang setuju dan ada yang tak setuju.

Yang setuju, bagus sebab duit potongan itu nanti adalah tetap milik kita, bukan milik orang lain, tak perlu risau.

Itupun masih ramai yang gunakan KWSP untuk pelbagai perkara lain yang dibolehkan. Sehingga menyebabkan tidak ramai mempunyai wang persaraan yang mencukupi ketika bersara.

Lagipun, kalau ikutkan tugas seorang suri rumah sangat berat. Kena bangun awal pagi, masak, kejutkan anak dan suami, sediakan makanan, basuh baju, sidai baju, angkat baju, lipat baju, jaga anak, mandikan anak, susukan anak, kemas rumah, buang sampah, hantar anak sekolah, ambil anak sekolah, beli barang dapur, masak, membebel, tidurkan anak.

Jadi anggaplah 2% caruman KWSP itu sebagai penghargaan dari seorang suami terhadap pengorbanan isteri.

Buat golongan yang banyak sangat pertikaikan pasal 2% KWSP itu, anda pernah tak fikirkan kalau situasi suami meninggal tapi isteri tak berhak pun ke atas KWSP suami? Haaa, kalau masih sama-samar jemput baca perkongsian Puan Herda Johan ini.

Maksud Penama Dalam KWSP

Akak baru baca status kawan akak tentang isteri tak berhak dapat bayaran KWSP jika suami men1nggal dvnia walaupun penama adalah isteri.

Jadi akak pun search laa apa maksud penama dalam kwsp tu? Bukan semua suami sedar atau tahu atas perkara ni dan tak semua suami pun nak cerita.

Walaupun penamanya ialah isteri tapi isteri hanya sebagai pemegang amanah dengan mendapat bayaran tapi ia akan di agihkan mengikut faraid.

Bahasa mudahnya nak bagi senang urusan duit tu masuk akaun kita je pastu kita kena bahagikan pada waris yang layak. Pendek cerita ISTERI DAN ANAK TAK DAPAT 100%.

Kalau camtu fungsi penama KWSP tu apa?

Penama tu hanya sebagai wasi/pentadbir yang urus bayaran/duit KWSP tu. Pendek cerita sebagai pemegang amanah. Kita hanya pegang duit tu je pastu kena bahagi dengan waris lain.

PENAMA BUKAN HAK MILIK MUTLAK PENINGGALAN KWSP TU.

Penama ni bagi memudahkan urusan pembayaran terus kepada penama jika berlaku kematian pada ahli. Kalau takda penama, pihak waris kena dapatkan surat kuasa tadbir. Makan masa dan kos pulak. Lepas tu akan di agihkan ikut faraid.

Kalau isteri atau anak si mvti ambik semua maknanya dia makan harta batil! Menjawab la kat akhirat nanti.

Ambil Tahu Apa Itu Penama

Tapi abang akak dah bahagi % siap dalam penama? Lagi susah. Jadi lebih baik seorang penama. Jika di bahagi % pun masih tak di guna pakai dan tetap kena ikut FARAID (untuk orang islam). Pastu jika si mvti berhutang, kena settle dulu dengan duit tu bakinya pula di bahagikan ikut faraid.

Ramai yang tak tahu benda ni terutama surirumah-surirumah yang tak bekerja. Malah suami sendiri pun tak jelas. Mereka ingat, penama tu sebagai penerima 100%. Sebenarnya bukan!

Bukan gila harta. Tapi ini penting. Suri-suri semua, bincanglah dengan suami demi masa depan.

Suami mana nak biarkan isteri dan anak merempat kalau jadi apa-apa kan? Bukan semua suami mampu nak carum takaful untuk diri sendiri bagi kemudahan masa depan (tapi sebaiknya kena ada). Jadi hanya harapkan simpanan KWSP jelah.

Jadi suami-suami, silalah HIBAH kan KWSP tu untuk keperluan isteri dan anak jika korang takda satu hari nanti. Ada caranya. Boleh hibah ke unit Amanah atau Hibah Takaful.

Ini bertujuan untuk kegunaan isteri selesaikan hutang suami yang tertunggak dan keperluan kehidupan isteri dan anak kemudian hari.

Banyak cerita kita dengar, suami meninggal, isteri terpaksa tanggung hutang sedia ada dek kerana tak boleh tuntut sebab perkara ni.

Dan ada juga sebab harta, waris terdekat sanggup lupakan darah daging sendiri dan menuntut hak masing-masing. Akhirnya anak isteri si mati jadi mvngsa.

Rambut sama hitam hati lain-lain. Bila mata hati setan dah terbuka luas, nafsu pun bersarang, dvrah daging sendiri pun tak heran dah.

Tu sebab kenapa ‘2%’ potong KWSP suami tu dicadangkan. Bukan sebab g1la harta tapi demi kelangsungan hidup isteri dan anak jika suami dah takda.

Fikir-fikirkanlah Akhirat Sama

Info ni bukan nak menakutkan surirumah tapi kita wajib kena tahu supaya jelas.

Sedikit pesanan Puan Herda kepada kaum mak-mak di luar sana, untuk persediaan awal mintalah suami carum takaful sebagai back-up. Jika tak mampu rancanglah dari sekarang kewangan kita.

Luahnya lagi, dia pun dah mula sedar bab ni sebab ajal maut hanya Allah yang tentukan. Bila dah tak ada, urusan dunia bukan hal si m4ti dah. Lagi-lagi bila suami dah takda si isteri sendiri menanggung anak-anak untuk teruskan kehidupan. Nak tak nak hidup kena teruskan hidup.

Sumber

Comments

Popular Article

Isu Pelajar Dihina Dah Settle, Rupanya Pensyarah Sendiri Bantu Dapatkan Laptop?

Rentetan tularnya satu klip video kontroversi seolah-olah memperlekeh pelajar dari keluarga berstatus B40, seorang pensyarah kontrak kini sedang disiasat oleh pihak universiti awam di Perak. Hasil maklumat terkini mendapati sesi kuliah online tersebut sebenarnya berlangsung pada semester lalu, namun ramai pihak tertanya-tanya apakah motif ia hanya dimuat naik di laman Twitter semalam. @uitm_channel Kenyataan Naib Canselor berkenaan Isu Pelajar B40 ♬ original sound - Universiti Teknologi MARA Meskipun tuan badan belum perjelaskan cerita sebenar…ramai mula henti kecam lepas tahu kisah sebaliknya  Meskipun pihak empunya badan belum tampil menjelaskan situasi sebenar, namun kemarahan netizen tanpa disangka-sangka sudah semakin reda. Walaupun kenyataan pensyarah tersebut dikecam masyarakat seluruh negara, tetapi ramai mula hormat kepadanya semula lepas mengetahui kisah sebalik video berkenaan. Ini video tahun lepas, kawan sekelas yang tularkan…dia padam akaun lepas dah jadi viral  M

'Dia tak mabuk, tak guna phone, pakai seat belt bukti dia memandu dengan penuh tanggungjawab' - Netizen buat petisyen, desak bebaskan Sam Ke Ting

Susulan keputusan Mahkamah Tinggi Johor Bharu menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000 kerana menyebabkan kematian 8 remaja berbasikal lajak di jalan raya pada jam 3 pagi, ramai netizen menyuarakan bantahan terhadap keputusan itu. Satu petisyen juga telah diwujudkan untuk mendapatkan sokongan ramai bagi mendesak pihak berkenaan membebaskan Sam Ke Ting daripada pertuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja terbabit.  "Seperti yang dinyatakan oleh Majistret Siti Hajar Ali dalam penghakimannya pada 2019, Sam tidak berada di bawah pengaruh alkohol, tidak menggunakan telefon bimbit dan memakai tali pinggang keledar semasa memandu, membuktikan bahawa dia memandu dengan penuh tanggungjawab dan berhati-hati.  "Tetapi keadaan gelap, jalan berbukit-bukau dan berliku-liku di mana pemandu tidak dapat menjangkakan ada geng basikal lajak di jalan raya pada jam 3 pagi.  "Kami rakyat Malaysia berasa ngeri dengan hukuman yang dikenakan terhad

“Anak Speech Delay, Padan Muka” – Cikgu Ayu Mohon Maaf Ayat Guris Hati Ibu Bapa

Cikgu Ayu pada semalam sempat berkongsikan pendapatnya di TikTok ekoran isu seorang anak murid dibuang dari tadika lantaran terkencing di dalam kelas,. Beliau turut memberikan teguran secara terbuka khususnya buat sebilangan ibu bapa yang tidak menyedari tentang kepentingan mengajar anak untuk menguruskan diri sendiri sekiranya terasa hendak membuang air. Akan tetapi, kelantangan itu malah mengguris hati ramai pihak. Kalau yang faham, saya punya penerangan tu untuk parents jangan MALAS  Justeru itu, pendidik pra-sekolah ini sempat menjelaskan beliau menujukan peringatan tersebut kepada golongan ibu bapa yang bersikap malas sahaja. Kenyataan berbunyi “Anak speech delay, padan muka” pula tidak lain tidak bukan merupakan ulasan kepada perangai segelintir penjaga yang gemar membiarkan cahaya mata mereka terdedah dengan gajet secara kerap tanpa kawalan. @cikguayu_imtecer Reply to @mama.imanandikram klu yg faham i punya penerangan tu..untuk parents yg MALAS! OK. #cikguayusempoi ♬ bunyi a