Jadi ‘rider’ kumpul duit kahwin, pemuda sempat diajar mengucap sebelum ajal Skip to main content

Jadi ‘rider’ kumpul duit kahwin, pemuda sempat diajar mengucap sebelum ajal

Seorang penghantar makanan Foodpanda maut dalam kemalangan jalan raya selepas motosikal ditunggang dilanggar sebuah kereta yang dipandu seorang warga emas berusia 64 tahun di di Taman AST, Seremban kelmarin.

Menurut laporan Harian Metro, mangsa dikenali sebagai Muhammad Azman dalam perancangan untuk mendirikan rumah tangga selepas perayaan Aidilfitri dengan gadis pilihan hati.

Abang kepada mangsa iaitu Muhammad Ridzuan berkata, adik bongsunya melakukan kerja sampingan sebagai ‘rider’ makanan sejak bulan lalu bagi menambah wang untuk hari bahagia yang bakal tiba.

Tunang mangsa, Nurul Aishah Zainal Abidin berkata dia sempat makan tengah hari bersama-sama sebelum kejadian itu berlaku termasuk diberi RM500 oleh arwah untuk kegunaan kecemasan.

Makanan terakhir kita

Makanan terakhir kau belanja aku man. Tgh hari tadi kita makan same2 kan man.. Man terime kasih man. Terime kasih ajar...

Posted by Aesya Anaqi on Wednesday, February 17, 2021

Menjengah ke akaun Facebook milik Aishah, dia ada memuat naik posting luahan hati atas kehilangan mangsa yang berusia 30 tahun itu dan reda dengan segala ketentuan Allah SWT.

“Kita dah rancang semua sama-sama. Kita nak kahwin, nak cari rumah sewa, nak kumpul barang rumah sama-sama. Kita makan kongsi dua..”

“Tapi Allah maha mengetahui maha adil. Allah sayang kau. Aku sayang kau. Semoga kita jumpa lagi Azman. Segala nasihat kau, aku akan ingat,” coretnya.

Menurut Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd. Said Ibrahim, pemandu kereta pula tidak mengalami kecederaan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sumber: Ohmymedia

Comments

Popular Article

Senarai Lokasi Sekatan Jalan Raya Dalam Tempoh PKPB Di Selangor, Kuala Lumpur & Putrajaya

Umum mengetahui pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sudah pun dijalankan Memandangkan kes wabak Covid-19 yang semakin meningkat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya pelbagai prosedur operasi standard (SOP) telah ditetapkan sepanjang tempoh PKPB ini. Kerajaan telah menetapkan bahawa perjalanan merentas daerah dan negeri juga adalah dilarang bagi mengelakkan penularan wabak tersebut. Dalam pada itu, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) juga bersetuju untuk membenarkan maksimum 10 peratus pekerja daripada 6 tugasan yang disenaraikan untuk berada di pejabat mulai 22 Oktober ini. Antara tugasan yang dibenarkan ialah melibatkan perakaunan, kewangan, pentadbiran, perundangan, perancangan serta teknologi maklumat dan komunikasiI (ICT). Mereka yang berada di pejabat pula dihadkan berkerja selama 4 jam sahaja bermula jam 10 pagi sehingga 2 petang untuk 3 hari seminggu. Bagi majikan, mereka hanya perlu me

[VIDEO] Detik-Detik Akhir Rakaman Kembar 4 Dilahirkan, Wanita Ini Kongsi Momen Kehamilan

Kelahiran anak kembar cukup istimewa di hati ibunya. Perjalanan kehamilan tentu tidak seperti kehamilan biasa. Ibu ini kongsikan pengalamannya melalui kehamilan kembar selama 35 minggu. Ibu kepada bayi kembar empat yang tular baru-baru ini, Puan sha.rissa telah berkongsi perjalanan kehamilan beliau. Kebanyakan netizen kagum dengan ibu ini, cukup kuat menempuhi kehamilan berganda sehingga selamat melahirkan pada usia kehamilan 35 minggu. KETIKA KANDUNGAN BERUSIA 7 & 11 MINGGU Ibu hebat ini mulanya merahsiakan kandungannya ialah kandungan kembar sehinggalah terpaksa menceritakan kepada ketua kerana perlu mengambil cuti. sha.rissa “Ultrasound images at 7 & 11 weeks. I kept it a secret from my friends and colleagues about the quads until delivery. Tapi terpaksa bagitahu my boss sebab kena apply banyak cuti. So I showed him this scan pictures and he was like ”empat???” Btw, thanks boss for being so understanding.” ANTARA UBAT Dan SUPLEMEN YANG DICADANGKAN OLEH DOKTOR Puan Sha.rissa

Video - Bukan malu hidup susah! Bapa ‘lari’ ketika anak rakam sedang makan nasi kosong beri penjelasan - “Hari tu saya cuma ada RM5”

SEORANG bapa dilihat menjamah nasi putih hanya dengan kicap, itu pun baki selepas anaknya makan tengah hari! Kisah ini tular di laman Facebook apabila anak kepada lelaki berkenaan, Nik Aswan yang baru berusia 10 tahun memuat naik video bapanya di akaun TikTok miliknya. Bapanya, Ngah Misnum, 36, bagaimanapun segera memadam video tersebut sebaik sahaja mendapat tahu ia tular dalam masa beberapa jam. “Sejujurnya saya tak sangka langsung dia akan muat naik video tu sebab masa saya sedar dia tengah rakam, saya terus bangun dari tempat duduk. “Tahu-tahu tular sampai dekat Facebook, memang terkejut sangat. Saya terus ambil telefon dia dan padam video tu,” katanya kepada mStar, mengimbas kembali video yang memaparkan ‘adegan’ dirinya makan nasi tanpa lauk. Kehidupan dua beranak yang tidak meminta simpati orang ramai. Bagi mereka yang sempat menonton video tersebut, rata-rata mengakui sebak melihat kehidupan dua beranak itu yang serba sederhana tetapi bahagia. Ngah, yang berasal dari Kuala Neru