KUALA LUMPUR: Sebuah rakaman video memaparkan sekumpulan pekerja syarikat kurier bertindak membaling barangan di sebuah gudang tular di media sosial sejak semalam.
Dari sudut video itu dirakamkan, kelihatan jelas seorang pekerja membaling bungkusan-bungkusan barangan, selain disambut teriakan beberapa kakitangan lain seperti meluahkan rasa tidak puas hati terhadap sesuatu.
Menerusi video berdurasi 15 saat yang mula tersebar di garis masa Twitter itu, dan berdasarkan maklum balas yang berangkai-rangkai di media sosial, kakitangan syarikat berkenaan dipercayai bertindak sedemikian sebagai ‘isyarat’ kepada pihak pengurusan selepas tidak berpuas hati dengan soal komisyen dan gaji.
Bagaimanapun, lokasi kejadian tidak dapat dipastikan.
Susulan kejadian tersebut, rata-rata warganet meluahkan pelbagai reaksi termasuk mengatakan tindakan kakitangan syarikat itu membaling barangan pelanggan disifatkan sebagai tidak wajar.
Namun, segelintir mereka berharap syarikat kurier itu boleh menyelesaikan masalah gaji dengan segera, sekali gus tidak menganiaya kakitangan mereka.
Longgokan ‘parcel’ pelanggan yang masih belum dihantar didakwa di cawangan J&T Perak
Sementara itu, sebuah lagi video tular mendakwa kejadian berlaku di cawangan syarikat itu di Perak.
Menerusi video berkenaan kelihatan longgokan ‘parcel’ di gudang berkenaan yang masih belum dihantar kepada para pelanggan.
Tahukah kome. tengah kecoh sekarang J&T Perak Hold berang customer. dari info diterima pekerja semua mogok disebabkan masalah Gaji. pic.twitter.com/gwHkFDDFoM
— PERAK POWER (@iloveyouIPOH) February 5, 2021
Setakat artikel ini ditulis, tiada kenyataan rasmi dibuat oleh syarikat itu berkaitan insiden tersebut.
DI laman Facebook rasmi syarikat itu, sekadar terdapat satu muat naik dibuat pada tarikh 5 Februari yang menyatakan tentang hal operasi mereka pada Tahun Baru Cina dan juga hal kelewatan penghantaran.
DALAL PADA ITU NETIZEN MULA MENY3RANG FACEBOOK JNT
Nak mogok tu mogok jela, barang orang jangan usik
Namun begitu, ramai warganet yang tidak berpuas hati dengan mogok yang dilakukan oleh pekerja-pekerja tersebut kerana barangan yang mereka lempar dan rosakkan adalah milik pembeli dan pastinya tidak ada kena mengena dengan masalah antara mereka dan syarikat pengurusan.
Tak pasal2 boleh ke l0kap
Tak kurang juga yang meninggalkan komen dengan merasakan tindakan mereka tidak menyelesaikan masalah, tetapi membuatkan orang lain seperti penjual turut berdepan masalah andai barangan yang dibaling itu rosak akibat kemarahan yang mereka luahkan.
Rata-rata daripada mereka faham akan penganiyaan yang dihadapi pekerja syarikat perkhidmatan penghantar barangan itu. Namun, apabila ia melibatkan kerugian orang lain, ia adala satu tindakan yang tidak bertanggungjawab
Walau bagaimanapun video yang tular itu belum lagi mendapat penjelasan daripada mana-mana pihak. Lokasi yang memperlihatkan para pekerja tersebut melakukan kerosakkan juga tidak dinyatakan oleh pengguna Twitter yang memuat naik rakaman tersebut.
Melalui pemerhatian, video terbabit diperoleh menerusi aplikasi Tiktok milik seorang pengguna dikenali sebagai umiselama
Comments
Post a Comment