![]() |
gambar sekadar hiasan |
Pada November 2008, seorang gadis dari St. Petersburg, Rusia, Taisia Sidorova telah melalui detik-detik mencemaskan apabila terlibat dalam satu kecelakaan jalan raya yang melibatkan sebuah lori treler. Kemalangan itu telah menyebabkan tengkoraknya hancur dan sebahagian besar fragmen tulang tersepit pada bahagian otak. Nyawanya di ibaratkan seperti berada di hujung tanduk.
Gadis yang berusia 21 tahun itu mengalami kecederaan yang cukup parah. Tubuhnya berlumuran dengan darah, namun dia masih lagi bernafas. Kondisi kenderaan yang dipandunya pula hampir remuk secara total akibat rempuhan yang sangat kuat. Pasukan keselamatan kemudian berjaya mengeluarkan gadis ini dan mengejarkannya ke hospital berdekatan.
Persepsi pertama pasukan perubatan yang merawatnya mengatakan Taisia Sidorova tiada harapan untuk hidup. Dia mengalami luka berat pada bahagian kepala disebabkan hentakan yang kuat. Namun, mereka tetap cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan nyawa gadis ini.
Akibat kecelakaan itu, doktor mengesahkan Taisia mengalami pendarahan dalaman yang teruk dan lebih dari pada separuh bahagian tengkoraknya telah hancur. Sebahagian serpihan dan fragmen tulang tengkorak yang pecah itu pula telah tersepit pada bahagian otaknya.
Bagi menyelamatkan nyawa Taisia, pasukan perubatan tiada pilihan lain selain membuang separuh otak kiri nya yang telah rosak. Pembedahan itu telah dilakukan lebih daripada lapan jam, dan doktor terpaksa meletakkan plat besi bagi melindungi sebahagian lagi otaknya. Risikonya, gadis ini akan kehilangan kemampuan untuk meng analisis dan tidak mampu lagi untuk berfikir secara logik untuk seumur hidup beliau.
Dengan keadaan otaknya yang tinggal separuh, doktor menjangkakan gadis ini mungkin akan mengalami kecacatan seumur hidup. Harapan untuk melihatnya kembali normal adalah sangat tipis. Selepas pembedahan, keadaan nya dilaporkan stabil. Namun, tahap pemulihan gadis ini dikatakan agak mengejutkan.
Hanya dalam tempoh beberapa hari sahaja dia kembali sedar dan mula berbicara dengan ibu nya, Irina Sidorova. Pasukan peruba tan yang mengawasinya agak terkejut melihat perkembangan kesihatan Tai- sia yang semakin pulih. Bagaimanapun, gadis ini masih memerlukan pengawasan yang rapi daripada doktor. Sepanjang tempoh itu, dia telah menjalani beberapa siri pembedahan lanjutan.
Dalam masa yang sama, Taisia turut menjalani latihan fisioterapi seperti belajar membuat lakaran sketsa. Gadis ini tekun belajar meskipun sebelum ini dia tidak pernah mempunyai kecenderungan untuk melakukan sesuatu yang berkaitan dengan seni.
Apa yang mengejutkan ialah lakaran yang dihasilkan oleh Taisia sangat baik sedangkan dia hanya ada separuh otak saja. Ahli fisioterapi yang juga merupakan seorang guru seni, Ludmilla Ostrowski menyatakan, perkembangan itu adalah suatu keajaiban di mana seseorang yang baru sahaja terselamat daripada mati, mampu untuk melakukan hasil seni yang baik. Bagaimanapun, Ludmilla tidak menolak berkemungkinan besar Taisia mempunyai bakat artistik secara semula jadi. Namun bakat tersebut hanya mampu berkembang selepas otak kirinya dibuang.
Bagi ibunya pula, Taisia kini seolah-olah seperti seorang gadis yang baru. Bukan sahaja tingkah lakunya berubah, malah dia juga turut mempunyai kecenderungan minat yang tinggi terhadap bidang seni. Gadis ini sentiasa ingin melukis, dan hasilnya pula sangat memberangsangkan.
Menurut pakar perubatan neurologi Dr. John Freeman dari John Hopkins University, otak manusia sebenarnya mempunyai kemampuan yang sangat luar biasa. Dalam kes Taisia ini, bahagian otak kiri yang masih elok telah mengalami perkembangan untuk mengimbangi bahagian yang telah dibuang.
Dalam masa yang sama, ia turut membantu mengembangkan bakat seni dalam diri seseorang. Jelasnya, dalam sesetengah kes seperti kemalangan atau seseorang pesakit mengalami kekejangan otot tubuh yang melampau, pembedahan seumpama ini tidak dapat dielakkan. Bagaimanapun, berdasarkan kajian yang dijalankan, beliau mendapati bahawa pesakit yang menjalani pembedahan 'hemispherectomy' ini pada usia muda mempunyai peratusan yang lebih tinggi untuk pulih.
Katanya lagi, seseorang individu itu dapat berjalan, berlari, menari atau melompat tetapi dalam masa yang sama mereka akan kehilangan kemampuan tangan yang berlawanan dengan bahagian otak yang telah dibuang.
Setelah tiga tahun melalui episod duka dalam hidupnya, Taisia kini sudah mampu berjalan seperti manusia normal yang lain. Bagaimanapun, pergerakan tangan kanan dan penglihatan nya agak terbatas kerana otak kirinya telah dibuang. Namun, kekurangan itu jugalah yang menyerlahkan bakat seni luar biasa yang ada pada tangan kirinya.
Comments
Post a comment