Keluarga angkat sebak lihat ibu & bapa tiri Amir dibawa masuk ke mahkamah dan dikenakan Hukuman Gantung Skip to main content

Keluarga angkat sebak lihat ibu & bapa tiri Amir dibawa masuk ke mahkamah dan dikenakan Hukuman Gantung

Hari ini, pasangan suami isteri yang juga ibu kandung dan bapa tiri Zubaidi Amir Qusyairi, 7 telah didakwa di Mahkamah Ayer Keroh, Melaka atas pertuduhan membunuh kanak-kanak berusia tujuh tahun itu sehingga menyebabkan kematian.

Kehadiran mereka ke mahkamah telah dirakam dan mendapat liputan meluas media bagi mengetahui perkembangan semasa kes tersebut.

Sedih lihat ibu kandung & bapa tiri Amir

Melihat daripada siaran langsung yang dilakukan oleh Malaysia Gazette dan beberapa lagi portal akhbar, kakak angkat kepada allahyarham Amir meluahkan rasa sedih apabila melihat individu yang mereka kenali bergari dan masuk ke ruangan mahkamah.

Jika bukan salah mereka harap ada pembelaan

Menurut Tuhfah Nazihah Tarmidi, dia berasa sebak apabila melihat tertuduh yang dikenali sebagai Zuraida Atan (ibu kandung) dan Mohd Fadzli Abdull Razak (bapa tiri) yang sebelum ini kenal baik dengan ahli keluarga mereka kini ditahan atas tuduhan membunuh anak sendiri.

Dalam pada itu, Tuhfah turut berdoa jika mereka tidak melakukan perkara tersebut diharap pasangan itu mendapat pembelaan daripada Allah S.W.T.

Menerusi laporan Berita Harian, tertuduh Mohd Fadzli Abdull Razak dan isterinya Zuraida Atan didakwa di dua mahkamah berasingan atas dua pertuduhan iaitu membunuh dan mendera.

Pertuduhan Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua mereka sejurus kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mazana Sinin.

Sabit kesalahan, tertuduh yang merupakan ibu kandung dan bapa tiri kepada mangsa yang masing-masing berusia 32 dan 38 tahun boleh dihukum mati.

Pasangan berkenaan turut didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kesalahan Kanak-Kanak 2001 kerana mendera dan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda RM20,000 atau kedua-duanya.

Walau bagaimanapun, kedua-dua mereka mengaku tidak bersalah bagi pertuduhan itu ketika dibaca di hadapan Hakim Nariman selain tidak membenarkan sebarang jaminan.

Sumber: Ohmymedia

Comments

Popular Article

JANGAN DICIUM ANAK2 YANG SEDANG TIDUR KERANA ITU SALAH SATU SEBAB ANAK KITA MENJADI DEGIL.

Apabila anak anda nakal kita selalu marahi mereka, bukan marah sebab kita tak suka tapi marah sebab kita takut tejadi apa-apa dekat mereka, tapi nak buat macam mana dah budak mestila degil. Degil-degil itu pun datang dari ayahnya jugak jadi tidak boleh kita berbuat apa-apa, lari sana lari sini tetiba senyap ,lahhh,,dah tidur bawah meja rupanya. kita yang melihat si comel tertidur pula dengan gaya bermacam ragam, aksi comel dan menawan, mesti geram dan ingin menciumnya, tahukah anda bahaya mencium anak ketika sedang tidur. Berikut penerangan ustaz ismail kamus yang mungkin perlu ada tahu. si comel ku. geramm nak cium kan. hmmm. ~ jika Anak-anak degil @ nakal ~ – Sediakan air satu jug – Baca Basmalah 786 kali – Baca surah yasin ayat 72 وَذَلَّلْنَاهَا لَهُمْ فَمِنْهَا رَكُوبُهُمْ وَمِنْهَا يَأْكُلُونَ “Dan Kami tundukkan binatang-binatang itu untuk mereka, maka sebagiannya mereka tunggangi dan sebagiannya mereka makan” Selesai baca hembus ke air & bagi anak m

Sayangilah mak sementara dia masih ada. Kerana doanya tiada hijab. Hilanglah satu rahmat bila Mak kembali kepada Pencipta-Nya.

Mak tu, Walau mulutnya marah, tapi hatinya tidak. Mak tu, Walau dia kata lantaklah kamu, tapi otaknya masih fikirkan hal kamu. Mak tu, Walau dia kata taknak makan sudah, tapi sedar² lauk kegemaran kamu ada kat atas meja. Mak tu, Walau dia kata kamu buat salah kamu tanggung sendiri, tapi dia yg tak tidur malam fikirkan masalah kamu, tahu² dia yg bagi jalan utk kamu selesaikan masalah kamu. Mak tu,  Walau dia kata kamu jahat, degil, sampai dia penat bagi nasihat, tapi dlm setiap solatnya ada doa utk kamu. Mak tu, Walau kamu dah ada keluarga sendiri, tapi dia masih risaukan kesihatan kamu. Mak tu, Walau kamu dah besar panjang & tinggal jauh darinya, tapi dia masih gembira jika dpt masakkan & sendukkan nasi ke pinggan anak²nya. Mak tu, Walau katanya dia dah tua nak rehat taknak masak dah, tapi dialah paling sibuk memasak bila tahu anaknya nak balik makan.  Mak tu, Walau nampak dia letih, tapi hatinya paling gembira bila lihat anaknya makan masakannya dgn penuh selera. M

Senarai Lokasi Sekatan Jalan Raya Dalam Tempoh PKPB Di Selangor, Kuala Lumpur & Putrajaya

Umum mengetahui pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sudah pun dijalankan Memandangkan kes wabak Covid-19 yang semakin meningkat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya pelbagai prosedur operasi standard (SOP) telah ditetapkan sepanjang tempoh PKPB ini. Kerajaan telah menetapkan bahawa perjalanan merentas daerah dan negeri juga adalah dilarang bagi mengelakkan penularan wabak tersebut. Dalam pada itu, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) juga bersetuju untuk membenarkan maksimum 10 peratus pekerja daripada 6 tugasan yang disenaraikan untuk berada di pejabat mulai 22 Oktober ini. Antara tugasan yang dibenarkan ialah melibatkan perakaunan, kewangan, pentadbiran, perundangan, perancangan serta teknologi maklumat dan komunikasiI (ICT). Mereka yang berada di pejabat pula dihadkan berkerja selama 4 jam sahaja bermula jam 10 pagi sehingga 2 petang untuk 3 hari seminggu. Bagi majikan, mereka hanya perlu me