Masih ramaikah suami seperti ini?
Adakah melayan isteri, meneman isteri, membantu meringankan beban isteri yang sedang mengandung sebagai satu benda yang negatif?
Kita buat semua tu atas dasar tanggungjawab. Bukan sebab isteri mengada-ngada, saje nak bermanja atau tidak berdikari.
Saya tak bersetuju dengan cara ni. Biarlah ape orang nak kata. Saya akan layan isteri saya sebaik mungkin. Temani dia ke mana saja yang mampu. Buat apa saja untuk dia selagi daya. Kerana apa yang dia dah buat untuk saya dan keluarga tiada bandingannya.
Bukan isteri tu mengada, tapi kefahaman kita tentang apa yang mereka alami. Jika boleh kurangkan beban mereka ape salahnya kan? Bukan orang lain, isteri kita jugak.
Tak dinafikan, ada isteri yang memang suka dan mampu pergi sendiri. Tapi itu tak bermakna orang lain pun sama. Jadi tak boleh terus labelkan isteri tu mengada-ngada atau tidak berdikari.
Ada juga yang kalau meneman tu serupa tak teman, asyik dengan handphone dan tak tolong jaga anak. Last-last isteri yang rasa baik tak payah teman. Bila macam ni, jangan la suami rasa seronok sebab isteri suka berdikari. Sebenarnya isteri dah menyampah.
Sumber: Facebook
Comments
Post a Comment