Lelaki Hilang Rupanya 30 Jam Disorok Bunian Jahat. Ini Yang Lelaki Itu Nampak dan Ceritakan Skip to main content

Lelaki Hilang Rupanya 30 Jam Disorok Bunian Jahat. Ini Yang Lelaki Itu Nampak dan Ceritakan

” Dia cerita nampak pemandangan cantik seperti di tepi pantai dan ada buai­an selain terdapat pokok pisang.”

Itu kata-kata Mohd. Iskandar Mohd. Ali, 48, mengenai m1steri menyelubungi kjdian menimpa adik bongsunya, Kamarulzaman Mohd. Ali, 28, yang terperangkap selama 30 jam di dalam sebuah lubang di tepi Lebuh Raya Pasir Gudang berhampiran Taman Bukit Alif, di sini semalam.

Dalam kjdian pada pukul 11.20 pagi itu, Kamarulzaman ditemui lemah di dalam lubang sedalam kira-kira empat meter.

” Bila kami tanya, dia cerita nampak permandangan sebegi­tu.

” Penduduk sekitar juga men­dakwa kawasan belukar itu merupakan kawasan ‘keras’ dan masyarakat setempat pernah diganggu selain terlihat penampakan makhluk halus.

” Saya nak kata tidak pun benda alam ghaib ini wujud, kemungkinan dia ‘dibawa’ dan ‘disorok’ ke alam lain (bunian) sebelum dapat jumpa,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Jarak antara Taman Desa Rahmat dengan lokasi mgsa ditemui adalah kira-kira 1.5 kilometer dan merupakan kawasan belukar.

Sebelum itu, Mohd. Iskandar berkata, anak bongsu daripada enam beradik itu keluar dari ru­mah keluarga di Taman Desa Rahmat kira-kira pukul 5 pagi kelmarin.

” Ketika kjdian pada waktu Subuh, bapa mahu kejutkan dia solat tapi dia tiada dalam bilik. Bapa saya hubunginya, dia cakap nak keluar jumpa kawan di Taman Bukit Alif, kami tidak mengesyaki apa-apa.

” Dalam pukul 1.30 tengah hari (kelmarin) adik saya call cakap dia terjatuh lubang,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Mohd. Iskandar berkata, dia terus menghubungi keluarga­nya termasuk bapa sebelum bergegas mencari mgsa di kawasan yang dinyatakan sebelum membuat laporan polis selepas gagal ditemui.

KEADAAN Kamarulzaman selepas dikeluarkan dari satu lubang di Taman Bukit Alif, Johor Bahru semalam. – IHSAN BOMBA

Katanya, polis meminta bantuan pihak bomba untuk menjejaki Kamarulzaman kira-kira pukul 8.30 malam kelmarin sebelum dia ditemui pagi semalam dalam keadaan lemah dan meng­alami sedikit kecd3raan.

” Ketika ditemui, badannya teng­gelam dalam lumpur sampai paras dada, syukur dia selamat,” tambahnya.

Terdahulu, sepasukan 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin bertindak melakukan operasi mengeluarkan mgsa menggunakan tangga dan tali.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Mohd. Rafie Sareng berkata, mgsa ditemui dalam keadaan lemah serta ce­dera ringan pada bahagian kaki sebelum diserahkan kepada pihak ambuIans.

” Bomba terima panggilan daripada pihak polis untuk bantuan mencari dan menyelamat mgsa kira-kira pukul 8.30 malam kelmarin, disebabkan keadaan hari sudah gelap kita tangguhkan operasi.

” Pagi ini operasi disambung dan mgsa berjaya ditemui sebelum dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini untuk rawatan lanjut,” katanya.

Kenapa Lelaki Selalu ‘Dipilih’ Untuk Masuk Ke Alam Bunian, Bukan Perempuan?

Tidak merujuk kepada kes Acap semata-mata (kes kehilangan Azarul Mukhriz yang hilang di Bukit Broga antara buktinya), jelas individu ini, perempuan jarang menjadi pilihan kerana jin-jin ini kurang tertarik dengan wanita kerana jin-jin betina jauh lebih cantik berbanding manusia biasa.

Namun puteri-puteri diraja pula biasanya amat tertarik dengan manusia terutama lelaki yang mereka anggap sangat luar biasa. Tak hairanlah kita kerap mendengar banyak lelaki yang hilang di hutan berbanding perempuan.

Jin ini juga biasanya amat menyukai kanak-kanak yang belum baligh atau belum disunatkan kerana pada pandangan mereka, “usia ini belum kotor”. Sama juga bayi dalam kandungan turut menjadi pilihan jin-jin ini.

Ciri-ciri lelaki yang sepertimana biasanya menjadi pilihan untuk ‘dijemput’ masuk ke Alam Bunian?

Dunia bunian dipenuhi dengan segala bentuk kemewahan. Biasanya bagi jin Islam, kehidupan mereka jauh lebih zuhud dan tidak memandang kebendaan seperti emas, wang ringgit seperti mana kehidupan manusia yang memandang kebendaan sebagai faktor utama.

Biasanya lelaki yang menjadi pilihan orang bunian, adalah lelaki yang baik-baik terutama hati budinya. Lelaki ini biasanya golongan yang sangat rapat dengan emak mereka, hati lurus, amat baik ilmu agamanya untuk dijadikan sebagai pasangan hidup atau berkahwin dengan mereka di alam bunian.

Biasanya inilah ciri-ciri lelaki yang mereka mahukan dan sebab itulah juga lelaki selalu menjadi pilihan untuk dipilih berbanding perempuan.

Bagaimana pula untuk mengenal pasti pintu masuk ke Alam Bunian ini?

Tentu ramai nak tahukan sama ada tempat kita hiking atau masuk ke hutan itu pintu masuk ke alam bunian atau bukan!

Biasanya apabila masuk ke hutan dan tiba-tiba kita ternampak buluh kuning, sila jauhi perkara tersebut kerana itu pintu masuk ke alam bunian.

Begitu juga kalau terjumpa pokok besar tetapi halaman bawahnya cukup bersih, seolah-olah disapu dan dijaga, elakkan juga berehat di pokok tersebut. Jika digunung pula, elak melalui lereng-lereng bukit berbatu-batu besar kerana itu juga petanda pintu masuk ke alam bunian.

Sebab itulah apabila kita memasuki satu kawasan yang baru pertama kali kita pergi, jangan sesekali bercakap besar ketika memasuki hutan kerana golongan jin ini amat tidak suka dengan mereka yang bongkak dalam berkata-kata!

Di bawah merupakan antara komen-komen yang ditinggalkan oleh pengguna Facebook mengenai Orang Bunian dan juga pengalaman mereka berhadapan situasi seperti ini:

Comments

Popular Article

Isu Pelajar Dihina Dah Settle, Rupanya Pensyarah Sendiri Bantu Dapatkan Laptop?

Rentetan tularnya satu klip video kontroversi seolah-olah memperlekeh pelajar dari keluarga berstatus B40, seorang pensyarah kontrak kini sedang disiasat oleh pihak universiti awam di Perak. Hasil maklumat terkini mendapati sesi kuliah online tersebut sebenarnya berlangsung pada semester lalu, namun ramai pihak tertanya-tanya apakah motif ia hanya dimuat naik di laman Twitter semalam. @uitm_channel Kenyataan Naib Canselor berkenaan Isu Pelajar B40 ♬ original sound - Universiti Teknologi MARA Meskipun tuan badan belum perjelaskan cerita sebenar…ramai mula henti kecam lepas tahu kisah sebaliknya  Meskipun pihak empunya badan belum tampil menjelaskan situasi sebenar, namun kemarahan netizen tanpa disangka-sangka sudah semakin reda. Walaupun kenyataan pensyarah tersebut dikecam masyarakat seluruh negara, tetapi ramai mula hormat kepadanya semula lepas mengetahui kisah sebalik video berkenaan. Ini video tahun lepas, kawan sekelas yang tularkan…dia padam akaun lepas dah jadi viral  M

'Dia tak mabuk, tak guna phone, pakai seat belt bukti dia memandu dengan penuh tanggungjawab' - Netizen buat petisyen, desak bebaskan Sam Ke Ting

Susulan keputusan Mahkamah Tinggi Johor Bharu menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000 kerana menyebabkan kematian 8 remaja berbasikal lajak di jalan raya pada jam 3 pagi, ramai netizen menyuarakan bantahan terhadap keputusan itu. Satu petisyen juga telah diwujudkan untuk mendapatkan sokongan ramai bagi mendesak pihak berkenaan membebaskan Sam Ke Ting daripada pertuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja terbabit.  "Seperti yang dinyatakan oleh Majistret Siti Hajar Ali dalam penghakimannya pada 2019, Sam tidak berada di bawah pengaruh alkohol, tidak menggunakan telefon bimbit dan memakai tali pinggang keledar semasa memandu, membuktikan bahawa dia memandu dengan penuh tanggungjawab dan berhati-hati.  "Tetapi keadaan gelap, jalan berbukit-bukau dan berliku-liku di mana pemandu tidak dapat menjangkakan ada geng basikal lajak di jalan raya pada jam 3 pagi.  "Kami rakyat Malaysia berasa ngeri dengan hukuman yang dikenakan terhad

“Anak Speech Delay, Padan Muka” – Cikgu Ayu Mohon Maaf Ayat Guris Hati Ibu Bapa

Cikgu Ayu pada semalam sempat berkongsikan pendapatnya di TikTok ekoran isu seorang anak murid dibuang dari tadika lantaran terkencing di dalam kelas,. Beliau turut memberikan teguran secara terbuka khususnya buat sebilangan ibu bapa yang tidak menyedari tentang kepentingan mengajar anak untuk menguruskan diri sendiri sekiranya terasa hendak membuang air. Akan tetapi, kelantangan itu malah mengguris hati ramai pihak. Kalau yang faham, saya punya penerangan tu untuk parents jangan MALAS  Justeru itu, pendidik pra-sekolah ini sempat menjelaskan beliau menujukan peringatan tersebut kepada golongan ibu bapa yang bersikap malas sahaja. Kenyataan berbunyi “Anak speech delay, padan muka” pula tidak lain tidak bukan merupakan ulasan kepada perangai segelintir penjaga yang gemar membiarkan cahaya mata mereka terdedah dengan gajet secara kerap tanpa kawalan. @cikguayu_imtecer Reply to @mama.imanandikram klu yg faham i punya penerangan tu..untuk parents yg MALAS! OK. #cikguayusempoi ♬ bunyi a