Mahkamah Akhirnya Putuskan Rosliza Ibrahim Bukan Muslim. Ini Sebab Yg Hakim Bagi Skip to main content

Mahkamah Akhirnya Putuskan Rosliza Ibrahim Bukan Muslim. Ini Sebab Yg Hakim Bagi

PUTRAJAYA, 5 Feb -- Seorang wanita yang dilahirkan di luar nikah, berbapakan seorang Muslim dan ibu penganut agama Buddha, berjaya dalam rayuannya di Mahkamah Persekutuan untuk diisytiharkan sebagai bukan Muslim.

Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang mengetuai panel sembilan hakim dalam penghakiman dengan keputusan majoriti 7-2 itu yang disampaikan melalui sidang dalam talian membenarkan rayuan Rosliza Ibrahim serta permohonannya.

Beliau memutuskan bahawa Rosliza bukan orang yang menganut agama Islam kerana tidak ada bukti bahawa beliau adalah seorang Islam dengan kepercayaan yang sebenar.

Tengku Maimun berkata juga tiada bukti yang menunjukkan ibu Rosliza menganut agama Islam pada masa kelahiran Rosliza kerana menganggap dirinya beragama Buddha dalam permohonan bertulis untuk kad pengenalan baharu pada 1995 dan dalam perisytiharan berkanunnya pada 2008.

Pengisytiharan yang diberikan adalah bahawa Rosliza, 38, adalah anak tak sah taraf dan bahawa ibunya yang meninggal pada 20O9, seorang Buddha, adalah ibu kandungnya

Mahkamah juga memberikan perisytiharan bahawa perkataan "ibu bapa" dalam perenggan (b) Tafsiran "Muslim" dalam Bahagian 2 Pentadbiran Agama Islam (Enakmen Negeri Selangor 2003) tidak termasuk dianggap sebagai bapa seorang anak luar nikah.

Pengisytiharan ketiga yang diberikan adalah bahawa Rosliza bukan orang yang menganut agama Islam dan Mahkamah Syariah di negeri Selangor tidak mempunyai bidang kuasa terhadapnya.

Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Rohana Yusuf dan Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Nallini Pathmanathan, Datuk Abdul Rahman Sebli, Datuk Zabariah Mohd Yusof, Datuk Mary Lim Thiam Suan dan Datuk Rhodzariah Bujang bersetuju dengan Tengku Maimun.

Hakim Besar Malaya Tan Sri Azahar Mohamed dan Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Hasnah Mohammed Hashim setuju dengan Tengku Maimun berhubung dua persoalan undang-undang itu namun berpendapat tidak boleh membuat sebarang perintah berhubung pengisytiharan yang diminta Rosliza kerana tidak mempunyai pandangan jawatankuasa fatwa.

Azahar hanya memberi pengisytiharan bahawa Rosliza, penduduk Selangor, anak luar nikah dan ibu kandungnya penganut Buddha.

Beliau berkata perkara berkaitan status agama Rosliza pada masa kelahirannya yang melangkaui bidang undang-undang Islam, memerlukan pertimbangan serius, penelitian sewajarnya dan penafsiran undang-undang yang tepat.

"Saya berpendapat bahawa untuk menghilangkan keraguan, disarankan agar Mahkamah Sivil mendapatkan pandangan para Ulama yang berkelayakan dalam bidang perundangan Islam untuk memberikan pendapat sesuai dengan hukum dan prinsip agama untuk membantu mahkamah dalam menentukan isu itu, " katanya.

Terdahulu, Tengku Maimun berkata bukti berdasarkan kedua-dua pernyataan berkanun Rosliza dan ibunya serta surat-surat pihak berkuasa agama yang menyatakan bahawa mereka tidak dapat menemui sebarang rekod perkahwinan antara ibu bapa Rosliza telah cukup menimbulkan keraguan mengenai kewujudan perkahwinan ibu bapanya.

Beliau berkata memandangkan tiada bukti daripada bapa Rosliza, pihak berkuasa agama atau orang lain yang berkaitan, tidak ada bukti bahawa ibu bapa Rosliza telah berkahwin.

Tengku Maimun berkata Rosliza merupakan anak luar nikah dan ibunya tidak pernah memeluk agama Islam, oleh itu agama bapanya tidak boleh diturunkan kepadanya (Rosliza).

Beliau berkata tiada bukti bahawa ibu Rosliza bersama-sama bersetuju untuk mengakuinya (Rosliza) sebagai seorang yang beragama Islam.

Rosliza memfailkan saman pemula pada 2015 untuk mendapatkan satu pengisytiharan bahawa beliau bukan seorang Muslim dan oleh itu Mahkamah Syariah tidak mempunyai bidang kuasa terhadapnya kerana dia mendakwa dilahirkan di luar nikah, berbapakan seorang Muslim tetapi dibesarkan sebagai penganut agama Buddha olehnya ibu yang beragama Buddha.

Menurut fakta kes, pada 1994, bapanya mengemukakan permohonan kad pengenalan bagi pihak Rosliza dan dalam permohonannya, dia menyatakan agama anak perempuannya itu sebagai Islam dan mencatatkan keturunan ibu Rosliza sebagai orang Melayu

Pada 1995, bapanya mengemukakan permohonan kad pengenalan baharunya sendiri dan mencatatkan agamanya sebagai Islam dan telah berkahwin. Sebulan sebelumnya pada tahun yang sama, ibu Rosliza mengemukakan permohonannya untuk mendapatkan kad pengenalan baharu yang mencatatkan agamanya sebagai Buddha, keturunannya sebagai orang Cina dan status perkahwinannya sebagai berkahwin.

Pada 22 Jun 2017, Mahkamah Tinggi Shah Alam menolak saman pemula itu atas alasan bukti yang dikemukakan pemohon hanya menunjukkan bahawa tiada pendaftaran perkahwinan dibuat dan perkara itu tidak membuktikan bahawa perkahwinan itu tidak berlaku.

Wanita itu kemudiannya merayu namun gagal setelah rayuannya ditolak Mahkamah Rayuan pada 25 April 2018.

Pada 20 Jan tahun lepas, Mahkamah Persekutuan membenarkan permohonan Rosliza untuk mendapatkan kebenaran untuk merayu terhadap dua isu perundangan yang perlu diputuskan mahkamah.

Sumber: BERNAMA

Comments

Popular Article

Senarai Lokasi Sekatan Jalan Raya Dalam Tempoh PKPB Di Selangor, Kuala Lumpur & Putrajaya

Umum mengetahui pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sudah pun dijalankan Memandangkan kes wabak Covid-19 yang semakin meningkat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya pelbagai prosedur operasi standard (SOP) telah ditetapkan sepanjang tempoh PKPB ini. Kerajaan telah menetapkan bahawa perjalanan merentas daerah dan negeri juga adalah dilarang bagi mengelakkan penularan wabak tersebut. Dalam pada itu, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) juga bersetuju untuk membenarkan maksimum 10 peratus pekerja daripada 6 tugasan yang disenaraikan untuk berada di pejabat mulai 22 Oktober ini. Antara tugasan yang dibenarkan ialah melibatkan perakaunan, kewangan, pentadbiran, perundangan, perancangan serta teknologi maklumat dan komunikasiI (ICT). Mereka yang berada di pejabat pula dihadkan berkerja selama 4 jam sahaja bermula jam 10 pagi sehingga 2 petang untuk 3 hari seminggu. Bagi majikan, mereka hanya perlu me

[VIDEO] Detik-Detik Akhir Rakaman Kembar 4 Dilahirkan, Wanita Ini Kongsi Momen Kehamilan

Kelahiran anak kembar cukup istimewa di hati ibunya. Perjalanan kehamilan tentu tidak seperti kehamilan biasa. Ibu ini kongsikan pengalamannya melalui kehamilan kembar selama 35 minggu. Ibu kepada bayi kembar empat yang tular baru-baru ini, Puan sha.rissa telah berkongsi perjalanan kehamilan beliau. Kebanyakan netizen kagum dengan ibu ini, cukup kuat menempuhi kehamilan berganda sehingga selamat melahirkan pada usia kehamilan 35 minggu. KETIKA KANDUNGAN BERUSIA 7 & 11 MINGGU Ibu hebat ini mulanya merahsiakan kandungannya ialah kandungan kembar sehinggalah terpaksa menceritakan kepada ketua kerana perlu mengambil cuti. sha.rissa “Ultrasound images at 7 & 11 weeks. I kept it a secret from my friends and colleagues about the quads until delivery. Tapi terpaksa bagitahu my boss sebab kena apply banyak cuti. So I showed him this scan pictures and he was like ”empat???” Btw, thanks boss for being so understanding.” ANTARA UBAT Dan SUPLEMEN YANG DICADANGKAN OLEH DOKTOR Puan Sha.rissa

Video - Bukan malu hidup susah! Bapa ‘lari’ ketika anak rakam sedang makan nasi kosong beri penjelasan - “Hari tu saya cuma ada RM5”

SEORANG bapa dilihat menjamah nasi putih hanya dengan kicap, itu pun baki selepas anaknya makan tengah hari! Kisah ini tular di laman Facebook apabila anak kepada lelaki berkenaan, Nik Aswan yang baru berusia 10 tahun memuat naik video bapanya di akaun TikTok miliknya. Bapanya, Ngah Misnum, 36, bagaimanapun segera memadam video tersebut sebaik sahaja mendapat tahu ia tular dalam masa beberapa jam. “Sejujurnya saya tak sangka langsung dia akan muat naik video tu sebab masa saya sedar dia tengah rakam, saya terus bangun dari tempat duduk. “Tahu-tahu tular sampai dekat Facebook, memang terkejut sangat. Saya terus ambil telefon dia dan padam video tu,” katanya kepada mStar, mengimbas kembali video yang memaparkan ‘adegan’ dirinya makan nasi tanpa lauk. Kehidupan dua beranak yang tidak meminta simpati orang ramai. Bagi mereka yang sempat menonton video tersebut, rata-rata mengakui sebak melihat kehidupan dua beranak itu yang serba sederhana tetapi bahagia. Ngah, yang berasal dari Kuala Neru