Masuk Kedai Emas Pakai Baju Selekeh, Kisah Netizen ‘Dipalau’ Penjual Skip to main content

Masuk Kedai Emas Pakai Baju Selekeh, Kisah Netizen ‘Dipalau’ Penjual

Emas dan orang perempuan memang tidak dapat dipisahkan meskipun harganya kian melambung saban tahun. Bukan semata-mata aksesori kecantikan sahaja, malahan barang kemas akan menjadi satu ‘pelaburan’ yang amat berguna di masa hadapan. Kadangkala, nilai pembelian emas juga bergantung kepada tahap layanan daripada penjual di kedai. Kalau baik, maka ‘masyuklah’ keuntungan yang boleh diraih. Jika sebaliknya, mungkin pemilik premis cuma mampu berputih mata.

Saya bawa RM9000 tapi tak dilayan…Beli kat kedai lain sampai RM12,000

Bercakap tentang pengalaman pembelian emas, pastinya anda menyimpan kisah yang berbeza, kan? Tetapi bagi seorang wanita ini, dia agak kesal kerana tidak mendapat layanan sewajarnya hanya kerana berpakaian selekeh. Walhal, di tangannya ketika itu ada wang ringgit berjumlah RM9000. Akibat terkilan, dia keluar lalu membeli di kedai lain malah berbelanja sehingga RM12,000 kerana berpuas hati dengan service yang diterima.


Staff lain semua sibuk malas layan….Ada staff baik, terus kami cukupkan RM35,000

Berikut juga merupakan sebuah cerita yang seakan-akan sama. Lelaki berkenaan dikatakan masuk ke kedai emas bersama isterinya untuk membelikan rantai buat anak mereka. Disangka bajet kecil, rupa-rupanya ia melibatkan pembelian barang kemas sebanyak RM35,000. Ada juga yang memberikan ‘pengajaran’ serta merta kepada pekerja kedai emas akibat tidak memberikan layanan sebaiknya.




Mula-mula nak bayar kad last bayar cash…Terbeliak mata tengok duit

Rata-rata kisah mendedahkan bahawa pekerja dan pemilik kedai akan berubah personaliti dan menjadi mesra selepas mengetahui jumlah belian pelanggan mereka yang cukup lumayan. Pahit untuk ditelan, namun itulah realiti yang banyak berlaku kepada sesetengah orang.




Sumber: kisahdunia

Comments

Popular Article

Isu Pelajar Dihina Dah Settle, Rupanya Pensyarah Sendiri Bantu Dapatkan Laptop?

Rentetan tularnya satu klip video kontroversi seolah-olah memperlekeh pelajar dari keluarga berstatus B40, seorang pensyarah kontrak kini sedang disiasat oleh pihak universiti awam di Perak. Hasil maklumat terkini mendapati sesi kuliah online tersebut sebenarnya berlangsung pada semester lalu, namun ramai pihak tertanya-tanya apakah motif ia hanya dimuat naik di laman Twitter semalam. @uitm_channel Kenyataan Naib Canselor berkenaan Isu Pelajar B40 ♬ original sound - Universiti Teknologi MARA Meskipun tuan badan belum perjelaskan cerita sebenar…ramai mula henti kecam lepas tahu kisah sebaliknya  Meskipun pihak empunya badan belum tampil menjelaskan situasi sebenar, namun kemarahan netizen tanpa disangka-sangka sudah semakin reda. Walaupun kenyataan pensyarah tersebut dikecam masyarakat seluruh negara, tetapi ramai mula hormat kepadanya semula lepas mengetahui kisah sebalik video berkenaan. Ini video tahun lepas, kawan sekelas yang tularkan…dia padam akaun lepas dah jadi viral  M

'Dia tak mabuk, tak guna phone, pakai seat belt bukti dia memandu dengan penuh tanggungjawab' - Netizen buat petisyen, desak bebaskan Sam Ke Ting

Susulan keputusan Mahkamah Tinggi Johor Bharu menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000 kerana menyebabkan kematian 8 remaja berbasikal lajak di jalan raya pada jam 3 pagi, ramai netizen menyuarakan bantahan terhadap keputusan itu. Satu petisyen juga telah diwujudkan untuk mendapatkan sokongan ramai bagi mendesak pihak berkenaan membebaskan Sam Ke Ting daripada pertuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja terbabit.  "Seperti yang dinyatakan oleh Majistret Siti Hajar Ali dalam penghakimannya pada 2019, Sam tidak berada di bawah pengaruh alkohol, tidak menggunakan telefon bimbit dan memakai tali pinggang keledar semasa memandu, membuktikan bahawa dia memandu dengan penuh tanggungjawab dan berhati-hati.  "Tetapi keadaan gelap, jalan berbukit-bukau dan berliku-liku di mana pemandu tidak dapat menjangkakan ada geng basikal lajak di jalan raya pada jam 3 pagi.  "Kami rakyat Malaysia berasa ngeri dengan hukuman yang dikenakan terhad

“Anak Speech Delay, Padan Muka” – Cikgu Ayu Mohon Maaf Ayat Guris Hati Ibu Bapa

Cikgu Ayu pada semalam sempat berkongsikan pendapatnya di TikTok ekoran isu seorang anak murid dibuang dari tadika lantaran terkencing di dalam kelas,. Beliau turut memberikan teguran secara terbuka khususnya buat sebilangan ibu bapa yang tidak menyedari tentang kepentingan mengajar anak untuk menguruskan diri sendiri sekiranya terasa hendak membuang air. Akan tetapi, kelantangan itu malah mengguris hati ramai pihak. Kalau yang faham, saya punya penerangan tu untuk parents jangan MALAS  Justeru itu, pendidik pra-sekolah ini sempat menjelaskan beliau menujukan peringatan tersebut kepada golongan ibu bapa yang bersikap malas sahaja. Kenyataan berbunyi “Anak speech delay, padan muka” pula tidak lain tidak bukan merupakan ulasan kepada perangai segelintir penjaga yang gemar membiarkan cahaya mata mereka terdedah dengan gajet secara kerap tanpa kawalan. @cikguayu_imtecer Reply to @mama.imanandikram klu yg faham i punya penerangan tu..untuk parents yg MALAS! OK. #cikguayusempoi ♬ bunyi a