Dalam setiap perhubungan, tak semua akan berakhir dengan kegembiraan. Namun, sebagai seorang yang beriman kita perl redha dan percaya dengan ketentuan Illahi yang sememangnya tepat.
Walaupun sukar untuk melepaskan kekasih hati yang selama ini dijaga tetapi pemuda ini perlu juga lakukan kerana kekasihnya sudah berpaut hati dengan yang lain.
Bismillah, luka yang tiada pengubat, dalam perancangan nak bertunang bulan 2 ni, tapi hati ni hancur bila dapat tahu kau keluar dengan ex kau, bukan sekali, tapi dah banyak kali belakang aku, semoga korang berbahagia hingga ke jannah okay 💔😊 sapa nak? Aku nak jual ☺️ pic.twitter.com/ZXUFg3S6bI
— Kal 🇲🇾 (@HeykalRaZumie) February 12, 2021
Luka yang tiada pengubat
Begitulah antara luahan hati pemuda tersebut apabila hasratnya ingin mengahwini wanita yang dicintainya tidak kesampaian oleh kerana orang ketiga yang hadir dalam perhubungan antara mereka
Tolong jangan kecam
Namun begitu, pemuda tersebut turut meminta agar pengikutnya di Twitter supaya tidak mengecam apa yang dilakukan oleh wanita terbabit kerana baginya itu adalah takdir yang di tertulis
Ramai yang nk beli cincin
Dalam masa yang sama, dia turut memuat naik status mengatakan bahawa cincin itu akan dikembalikan semula kepada si pemakainya dan dia tiada keinginan ingin menjualnya walaupun ada beberapa pengikutnya ingin membeli cincin tersebut
'Hati Aku dah Mati'
Peribahasa mengatakan 'terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya'. peribahasa ini memungkinkan begitulah situasi yang terjadi dalam perhubungan mereka sebelum ini dan dia juga ada memuat naik status yang mengatakan perempuan tersebut ingin kembali kepadanya.
Namun apakan daya, sisa baki sakit ditinggalkan masih tertinggal dalam hati pemuda itu kerana menurutnya dia dah tak ada perasaan cinta itu walaupun sudah berjuta kali dipujuk.
Sumber: redaksi
Comments
Post a Comment