Bagi penggemar drama bersiri kepolisian, Gerak Khas pastinya mengenali watak Detiktif Lim yang kini sudah naik pangkat dengan memegang jawatan sebagai Sub Inspektor Lim.
Watak tersebut telah dimainkan dengan begitu baik oleh Farid Amirul Hisham Abdullah sehingga dia lebih dikenali dengan nama watak berbanding nama aslinya.
Pelakon Gerak Khas nikah
Dalam satu perkongsian yang dibuat oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Al Bakri, beliau memaklumkan telah terserempak dengan Farid Amirul di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) yang baru selesai melangsungkan pernikahan.
Sempat bergambar dengan menteri
Menurut Menteri Agama, beliau secara tidak sengaja bertemu dengan pelakon tersebut bersama isteri sebelum mengambil gambar bersama.
Dikesempatan itu, beliau turut mendoakan agar hubungan pernikahan mereka terus berkekalan hingga ke akhir hayat dan dikurniakan zurit yang soleh serta solehah
Tahniah buat ‘Sub Inspektor Lim’
Diakhir perkongsian tersebut, Dr Zulkifli sempat berseloroh dengan mengatakan DCP Datuk Helmi dan Detektif Lingam tentunya berasa gembira dengan perkhabaran tersebut.
Justeru itu, ruangan komen di Facebook beliau telah dihujani dengan ucapan tahniah buat Farid Amirul dan isteri diatas pernikahannya itu.
Sumber: Dr Zulkifli Al Bakri
Comments
Post a Comment