Mohon rentas daerah ziarah kematian, gadis kecewa dakwa polis ‘sindir’ niatnya Skip to main content

Mohon rentas daerah ziarah kematian, gadis kecewa dakwa polis ‘sindir’ niatnya

Berikutan pelaksanan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan sehingga 18 Februari akan datang, antara aktiviti yang masih dilarang adalah rentas daerah atau negeri.

Bagaimanapun, jika keadaan terlalu mendesak seperti ada kematian dan sebagainya, rakyat perlu memohon surat kebenaran daripada pihak polis.

Baru-baru ini, seorang gadis yang menggunakan nama @libertinebabe di Twitter memaklumkan bahawa salah seorang insan tersayang dalam hidupnya baru sahaja meninggal dunia.

Difahamkan lagi menerusi ciapannya itu, dia dan bapanya tinggal di daerah berlainan jadi terpaksa meminta surat rentas daerah di balai polis sebelum boleh menziarahi jenazah.

Namun begitu, gadis itu meluahkan rasa kecewa dengan mendakwa anggota polis sempat lagi ‘menyindir’ dia dan bapanya ketika di balai polis.

Tak layak jadi polis

“Biasalah nak raya Cina ni banyaklah alasan,” kata polis berkenaan seperti didakwa gadis tersebut.

Gadis itu menyifatkan polis berkenaan bersikap kurang ajar, walhal kematian insan tersayang bukan satu perkara yang boleh dijadikan bahan jenaka.

Siapa sahaja yang tak sakit hati kan, bila ada orang mempermainkan kematian insan terdekat. Memang tidak sensitif langsung!

Kematian bukan bahan lawak

Dia menegaskan bahawa anggota polis itu bertuah kerana bapanya merupakan seorang yang baik dan tidak memperbesarkan isu tersebut pada pihak atasan. Kalau tidak, ia mungkin menjadi hari terakhir anggota polis itu berkhidmat.

Kita tak minta, benda dah jadi

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut berasa marah dengan tindakan anggota polis terbabit dan ramai juga yang berkongsi pengalaman sama saat berurusan dengan anggota polis bersikap sedemikian.

Lawak bodoh

Kenapa makin ramai polis berperangai teruk?


Sebab itulah kita kena sentiasa jaga adab dalam setiap pertuturan kita… Tambahan lagi, hal-hal melibatkan kematian. Jangan pernah dibuat main!

Sumber: ohmymedia

Comments

Popular Article

JANGAN DICIUM ANAK2 YANG SEDANG TIDUR KERANA ITU SALAH SATU SEBAB ANAK KITA MENJADI DEGIL.

Apabila anak anda nakal kita selalu marahi mereka, bukan marah sebab kita tak suka tapi marah sebab kita takut tejadi apa-apa dekat mereka, tapi nak buat macam mana dah budak mestila degil. Degil-degil itu pun datang dari ayahnya jugak jadi tidak boleh kita berbuat apa-apa, lari sana lari sini tetiba senyap ,lahhh,,dah tidur bawah meja rupanya. kita yang melihat si comel tertidur pula dengan gaya bermacam ragam, aksi comel dan menawan, mesti geram dan ingin menciumnya, tahukah anda bahaya mencium anak ketika sedang tidur. Berikut penerangan ustaz ismail kamus yang mungkin perlu ada tahu. si comel ku. geramm nak cium kan. hmmm. ~ jika Anak-anak degil @ nakal ~ – Sediakan air satu jug – Baca Basmalah 786 kali – Baca surah yasin ayat 72 وَذَلَّلْنَاهَا لَهُمْ فَمِنْهَا رَكُوبُهُمْ وَمِنْهَا يَأْكُلُونَ “Dan Kami tundukkan binatang-binatang itu untuk mereka, maka sebagiannya mereka tunggangi dan sebagiannya mereka makan” Selesai baca hembus ke air & bagi anak m

Sayangilah mak sementara dia masih ada. Kerana doanya tiada hijab. Hilanglah satu rahmat bila Mak kembali kepada Pencipta-Nya.

Mak tu, Walau mulutnya marah, tapi hatinya tidak. Mak tu, Walau dia kata lantaklah kamu, tapi otaknya masih fikirkan hal kamu. Mak tu, Walau dia kata taknak makan sudah, tapi sedar² lauk kegemaran kamu ada kat atas meja. Mak tu, Walau dia kata kamu buat salah kamu tanggung sendiri, tapi dia yg tak tidur malam fikirkan masalah kamu, tahu² dia yg bagi jalan utk kamu selesaikan masalah kamu. Mak tu,  Walau dia kata kamu jahat, degil, sampai dia penat bagi nasihat, tapi dlm setiap solatnya ada doa utk kamu. Mak tu, Walau kamu dah ada keluarga sendiri, tapi dia masih risaukan kesihatan kamu. Mak tu, Walau kamu dah besar panjang & tinggal jauh darinya, tapi dia masih gembira jika dpt masakkan & sendukkan nasi ke pinggan anak²nya. Mak tu, Walau katanya dia dah tua nak rehat taknak masak dah, tapi dialah paling sibuk memasak bila tahu anaknya nak balik makan.  Mak tu, Walau nampak dia letih, tapi hatinya paling gembira bila lihat anaknya makan masakannya dgn penuh selera. M

Senarai Lokasi Sekatan Jalan Raya Dalam Tempoh PKPB Di Selangor, Kuala Lumpur & Putrajaya

Umum mengetahui pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sudah pun dijalankan Memandangkan kes wabak Covid-19 yang semakin meningkat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya pelbagai prosedur operasi standard (SOP) telah ditetapkan sepanjang tempoh PKPB ini. Kerajaan telah menetapkan bahawa perjalanan merentas daerah dan negeri juga adalah dilarang bagi mengelakkan penularan wabak tersebut. Dalam pada itu, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) juga bersetuju untuk membenarkan maksimum 10 peratus pekerja daripada 6 tugasan yang disenaraikan untuk berada di pejabat mulai 22 Oktober ini. Antara tugasan yang dibenarkan ialah melibatkan perakaunan, kewangan, pentadbiran, perundangan, perancangan serta teknologi maklumat dan komunikasiI (ICT). Mereka yang berada di pejabat pula dihadkan berkerja selama 4 jam sahaja bermula jam 10 pagi sehingga 2 petang untuk 3 hari seminggu. Bagi majikan, mereka hanya perlu me