Over Confident Depan Ibu Mentua, Terus Cancel Bila Kantoi Tak Reti Masak Skip to main content

Over Confident Depan Ibu Mentua, Terus Cancel Bila Kantoi Tak Reti Masak

“Nak jadi menantu nanti pandai masak tak?” Ini merupakan antara soalan lazim yang ditanya kepada bakal pengantin perempuan. Biasalah ibu bapa mana yang tak risau nak bagi anak bujangnya pada orang lain, kalau boleh serba serbi kena cukup supaya kebajikan suami sentiasa terjaga.

Masak depan ibu mentua…gigih pantau dari tepi 

Baru-baru ini, tular sebuah video di aplikasi TikTok mengenai seorang wanita yang kononnya sedang memasak sambil diperhatikan ibu mentuanya. Ibarat pengawas peperiksaan, dia memantau segala tindak-tanduknya dalam mengendalikan bahan serta alat memasak di dapur.

Pasrah tengok cara goreng telur…tak pecahkan kulit, tabur gula penuh 1 kuali 

Namun tanpa rasa bersalah, wanita tersebut bukan saja meletakkan beberapa biji telur tanpa dipecahkan. Malah paling mencuit hati apabila dia turut menuang sepeket gula hingga penuh kuali yang digunakan. Gara-gara tindakan yang langsung tak terduga itu, ibu mentuanya terus mengalihkan pandangan dan tutup muka tanda kecewa.

@smiemiezachannel

#life #lifehacks #cooking #funny

♬ original sound - Smie Mieza Channel

Lebur hantaran RM20k kalau masak begitu…mungkin ni sebenarnya ujian untuk mentua, tengok berapa lama boleh cool 

Gelagat masak tak jadi itu nyata telah mengundang rasa terhibur rata-rata netizen di ruangan komen. Selain menyifatkan level masak begini tak berbaloi untuk hantaran tinggi, mereka turut berseloroh barangkali yang sedang diuji adalah ibu mentua tersebut.

Sumber: kisahdunia

Comments

Popular Article

Isu Pelajar Dihina Dah Settle, Rupanya Pensyarah Sendiri Bantu Dapatkan Laptop?

Rentetan tularnya satu klip video kontroversi seolah-olah memperlekeh pelajar dari keluarga berstatus B40, seorang pensyarah kontrak kini sedang disiasat oleh pihak universiti awam di Perak. Hasil maklumat terkini mendapati sesi kuliah online tersebut sebenarnya berlangsung pada semester lalu, namun ramai pihak tertanya-tanya apakah motif ia hanya dimuat naik di laman Twitter semalam. @uitm_channel Kenyataan Naib Canselor berkenaan Isu Pelajar B40 ♬ original sound - Universiti Teknologi MARA Meskipun tuan badan belum perjelaskan cerita sebenar…ramai mula henti kecam lepas tahu kisah sebaliknya  Meskipun pihak empunya badan belum tampil menjelaskan situasi sebenar, namun kemarahan netizen tanpa disangka-sangka sudah semakin reda. Walaupun kenyataan pensyarah tersebut dikecam masyarakat seluruh negara, tetapi ramai mula hormat kepadanya semula lepas mengetahui kisah sebalik video berkenaan. Ini video tahun lepas, kawan sekelas yang tularkan…dia padam akaun lepas dah jadi viral  M

'Dia tak mabuk, tak guna phone, pakai seat belt bukti dia memandu dengan penuh tanggungjawab' - Netizen buat petisyen, desak bebaskan Sam Ke Ting

Susulan keputusan Mahkamah Tinggi Johor Bharu menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000 kerana menyebabkan kematian 8 remaja berbasikal lajak di jalan raya pada jam 3 pagi, ramai netizen menyuarakan bantahan terhadap keputusan itu. Satu petisyen juga telah diwujudkan untuk mendapatkan sokongan ramai bagi mendesak pihak berkenaan membebaskan Sam Ke Ting daripada pertuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja terbabit.  "Seperti yang dinyatakan oleh Majistret Siti Hajar Ali dalam penghakimannya pada 2019, Sam tidak berada di bawah pengaruh alkohol, tidak menggunakan telefon bimbit dan memakai tali pinggang keledar semasa memandu, membuktikan bahawa dia memandu dengan penuh tanggungjawab dan berhati-hati.  "Tetapi keadaan gelap, jalan berbukit-bukau dan berliku-liku di mana pemandu tidak dapat menjangkakan ada geng basikal lajak di jalan raya pada jam 3 pagi.  "Kami rakyat Malaysia berasa ngeri dengan hukuman yang dikenakan terhad

“Anak Speech Delay, Padan Muka” – Cikgu Ayu Mohon Maaf Ayat Guris Hati Ibu Bapa

Cikgu Ayu pada semalam sempat berkongsikan pendapatnya di TikTok ekoran isu seorang anak murid dibuang dari tadika lantaran terkencing di dalam kelas,. Beliau turut memberikan teguran secara terbuka khususnya buat sebilangan ibu bapa yang tidak menyedari tentang kepentingan mengajar anak untuk menguruskan diri sendiri sekiranya terasa hendak membuang air. Akan tetapi, kelantangan itu malah mengguris hati ramai pihak. Kalau yang faham, saya punya penerangan tu untuk parents jangan MALAS  Justeru itu, pendidik pra-sekolah ini sempat menjelaskan beliau menujukan peringatan tersebut kepada golongan ibu bapa yang bersikap malas sahaja. Kenyataan berbunyi “Anak speech delay, padan muka” pula tidak lain tidak bukan merupakan ulasan kepada perangai segelintir penjaga yang gemar membiarkan cahaya mata mereka terdedah dengan gajet secara kerap tanpa kawalan. @cikguayu_imtecer Reply to @mama.imanandikram klu yg faham i punya penerangan tu..untuk parents yg MALAS! OK. #cikguayusempoi ♬ bunyi a