Meniti hari-hari bersalin khususnya buat anak pertama, suami sewajarnya memberikan semangat agar isteri tenang melalui proses itu. Memang benar ramai bakal ibu berharap untuk beranak secara normal. Namun bagi sesetengah situasi, mereka terpaksa melahirkan bayi dengan kaedah Czer meskipun tidak bersedia. Ketika inilah tekanan akan menjadi semakin memuncak memikirkan keperitan yang bakal dilalui.
Suami yang tak bersalin tu la yang cakap isterinya tak perlu ubat bius
Malang nasib seorang wanita ini saat hendak melahirkan anak, si suami nampaknya tidak mahukan sebarang penggunaan bius ketika operate dijalankan. Tindakan itu disifatkan sebagai mementingkan diri apalagi usia kandungan si isteri sudah melepasi overdue iaitu 40 minggu 8 hari.
Lepas 4 jam dalam labour room, isteri minta segala ubat dan bius
Tetapi, situasi berubah serta merta apabila wanita terbabit sudah beberapa jam berada di dalam labour room. Segala ubat dan bius berkaitan telah diminta kerana tidak dapat menanggung keperitan yang semakin dirasai. Cukup dengan persetujuan si isteri sahaja, proses itu segera dibuat memandangkan bayi juga berada dalam situasi getir.
Kerja macam nak gila jadi pakar bius…Suruh sunat suami pun confirm minta bius
Abdul Jabbar Ismail yang merupakan seorang petugas kesihatan juga mengakui kelu lidah mendengar kisah itu. Nyatanya permintaan menjalankan operation tanpa bius adalah tidak masuk akal.
Sumber: kisahdunia
Comments
Post a Comment