Pakcik Kenapa Tak Pakai Topi, Tak Apa Tunggu Saman Sampai. Lain Macam Cara Saman Abg JPJ Sekarang Skip to main content

Pakcik Kenapa Tak Pakai Topi, Tak Apa Tunggu Saman Sampai. Lain Macam Cara Saman Abg JPJ Sekarang

Ala setakat pergi kedai dekat saja, nak buat apa pakai helmet.”

“Hantar anak sekolah, tak sampai 3km, tak payahlah pakai helmet. Panas dan berat.”

Itu antara alasan yang sering didengari mengapa penunggang termasuk pembonceng motosikal yang enggan menggunakan topi keleda.

Anda mesti selalu nampak penunggang motosikal tak pakai topi keledar kan? Seolah-olah sudah menjadi lumrah kat Malaysia ni. Penunggang-penunggang degil ni sudahlah tak pakai helmet, boleh main telefon sambil tangan yang sebelah lagi terhoyong-hayang cuba memandu lurus.

Ada yang lebih degil, bawa anak tiga, empat orang membonceng di hadapan dan belakang – kesemuanya tanpa toli keledar. Kalaupun anda tak sayang nyawa sendiri, nyawa anak-anak pun takkanlah tak sayang juga?

Hari ini tular di media sosial hari ini dikongsikan dari laman facebook inforoadblock JPJ/Polis dilihat satu rakaman video di mana anggota JPJ menegur beberapa penunggang motorsikal yang tidak memakai helmet.

Rakam Dan Saman

Reaksi Orang Ramai

Mesti yg kene tegur pastu suruh jln dlm hati fuhh selamat. Haritu je selamat. Esok surat saman sampai. Hahaha. Kalau bkn owner motor, menjawap la dgn owner.

Yang terima kasih tu tak tahan aku tengok.Harap si dia save video ni, bole tunjuk dekat anak cucu bila dah tua.. Kata atuk dulu siap kata terima kasih sebab diberikan saman.

Hahhhaaa bagus cara ni.. tanpa banyak soal.. terbaik JPJ..yang s.alah tetap s.alah, jangan kata p kedai depan rumah ja tak perlu pakai helmetla.

Mmg patut mcm ni pun..bagus utk b.ukti kes.alahan n bagus utk pantau anggota jgk..kalau ada provokasi drp pengguna jalanraya yg bingai pun elok jgk ada bukti rakaman mcm ni.

Berdasarkan statistik daripada Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia, pada tahun lalu, daripada 6,284 pengguna yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya, 4,128 daripadanya adalah terdiri daripada penunggang dan pembonceng motosikal. Manakala untuk tiga bulan pertama tahun ini pula, dilaporkan seramai 944 penunggang dan pembonceng meningg4l dunia akibat insiden yang sama daripada jumlah keseluruhan sebanyak 1,483 kes.

Sekarang jpj dah pasang dashcam kat motosikal…jadi bukti tu kukuh…..tiada lagi nak cuba rasuah rasuah yea….jadi hati hati lah patuhi u.ndang un.dang jalan raya….nasib polis dan jpj malaysia masih ada budi bicara.

Perlu pakai topi keledar walau hanya di jalan kampung – JPJ

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu mengingatkan penunggang motosikal supaya tidak mengabaikan keselamatan diri, dan sentiasa memakai topi keledar meskipun sewaktu menunggang motosikal di kawasan kampung.

Pengarahnya Zulkarnain Yasin berkata, ini kerana Terengganu mencatatkan peningkatan ketara kes melibatkan kesalahan tidak memakai topi keledar, dalam tempoh dua bulan tahun ini berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

“Pada Januari tahun ini, 56 kes tidak memakai topi keledar telah dicatatkan dan jumlah tersebut meningkat kepada 301 kes pada Februari. Manakala bagi tempoh sama 2019, 52 kes dicatatkan pada Januari dan meningkat kepada 108 kes bagi bulan Februari.

“Kebanyakan kes yang direkodkan berlaku di kawasan kampung. Rata-rata penunggang yang ditahan juga menggunakan alasan hanya memandu di kawasan kampung, sebab itu mereka rasa tidak perlu pakai topi keledar.

“Tetapi mereka harus ingat aspek keselamatan diri dan undang-undang tidak boleh dipandang remeh,” katanya pada sidang media sempena Ops Khas Motosikal Negeri Terengganu di pesisir

Pantai Teluk Ketapang, di sini petang Ahad.

Dalam pada itu, Zulkarnain berkata, 114 notis saman melibatkan pelbagai kesalahan telah dikeluarkan dalam Ops Khas Motosikal Negeri Terengganu, yang dijalankan pada 9 hingga 14 Feb lepas di sepanjang jalan pesisir pantai di Kuala Nerus.

Sumber:  trendingsangat

Comments

Popular Article

Isu Pelajar Dihina Dah Settle, Rupanya Pensyarah Sendiri Bantu Dapatkan Laptop?

Rentetan tularnya satu klip video kontroversi seolah-olah memperlekeh pelajar dari keluarga berstatus B40, seorang pensyarah kontrak kini sedang disiasat oleh pihak universiti awam di Perak. Hasil maklumat terkini mendapati sesi kuliah online tersebut sebenarnya berlangsung pada semester lalu, namun ramai pihak tertanya-tanya apakah motif ia hanya dimuat naik di laman Twitter semalam. @uitm_channel Kenyataan Naib Canselor berkenaan Isu Pelajar B40 ♬ original sound - Universiti Teknologi MARA Meskipun tuan badan belum perjelaskan cerita sebenar…ramai mula henti kecam lepas tahu kisah sebaliknya  Meskipun pihak empunya badan belum tampil menjelaskan situasi sebenar, namun kemarahan netizen tanpa disangka-sangka sudah semakin reda. Walaupun kenyataan pensyarah tersebut dikecam masyarakat seluruh negara, tetapi ramai mula hormat kepadanya semula lepas mengetahui kisah sebalik video berkenaan. Ini video tahun lepas, kawan sekelas yang tularkan…dia padam akaun lepas dah jadi viral  M

'Dia tak mabuk, tak guna phone, pakai seat belt bukti dia memandu dengan penuh tanggungjawab' - Netizen buat petisyen, desak bebaskan Sam Ke Ting

Susulan keputusan Mahkamah Tinggi Johor Bharu menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000 kerana menyebabkan kematian 8 remaja berbasikal lajak di jalan raya pada jam 3 pagi, ramai netizen menyuarakan bantahan terhadap keputusan itu. Satu petisyen juga telah diwujudkan untuk mendapatkan sokongan ramai bagi mendesak pihak berkenaan membebaskan Sam Ke Ting daripada pertuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja terbabit.  "Seperti yang dinyatakan oleh Majistret Siti Hajar Ali dalam penghakimannya pada 2019, Sam tidak berada di bawah pengaruh alkohol, tidak menggunakan telefon bimbit dan memakai tali pinggang keledar semasa memandu, membuktikan bahawa dia memandu dengan penuh tanggungjawab dan berhati-hati.  "Tetapi keadaan gelap, jalan berbukit-bukau dan berliku-liku di mana pemandu tidak dapat menjangkakan ada geng basikal lajak di jalan raya pada jam 3 pagi.  "Kami rakyat Malaysia berasa ngeri dengan hukuman yang dikenakan terhad

“Anak Speech Delay, Padan Muka” – Cikgu Ayu Mohon Maaf Ayat Guris Hati Ibu Bapa

Cikgu Ayu pada semalam sempat berkongsikan pendapatnya di TikTok ekoran isu seorang anak murid dibuang dari tadika lantaran terkencing di dalam kelas,. Beliau turut memberikan teguran secara terbuka khususnya buat sebilangan ibu bapa yang tidak menyedari tentang kepentingan mengajar anak untuk menguruskan diri sendiri sekiranya terasa hendak membuang air. Akan tetapi, kelantangan itu malah mengguris hati ramai pihak. Kalau yang faham, saya punya penerangan tu untuk parents jangan MALAS  Justeru itu, pendidik pra-sekolah ini sempat menjelaskan beliau menujukan peringatan tersebut kepada golongan ibu bapa yang bersikap malas sahaja. Kenyataan berbunyi “Anak speech delay, padan muka” pula tidak lain tidak bukan merupakan ulasan kepada perangai segelintir penjaga yang gemar membiarkan cahaya mata mereka terdedah dengan gajet secara kerap tanpa kawalan. @cikguayu_imtecer Reply to @mama.imanandikram klu yg faham i punya penerangan tu..untuk parents yg MALAS! OK. #cikguayusempoi ♬ bunyi a