“Pegang alat sulit, boleh dapat RM500..” – Artis dedah ada rakan2 jadi ‘sugar baby’ Skip to main content

“Pegang alat sulit, boleh dapat RM500..” – Artis dedah ada rakan2 jadi ‘sugar baby’

Sedar tak sedar, ramai individu terutama golongan remaja memilih jalan ‘pintas’ mencari pendapatan tambahan untuk lari dari kesempitan hidup sehingga ada yang sanggup menjual maruah dengan menjadi ‘sugar baby’.

Memetik laporan Kosmo Online, penyanyi Bunga Isme dan Farisha Iris mendedahkan pengalaman mereka berkawan dengan segelintir individu yang didakwa terlibat dalam kegiatan tidak bermoral berkenaan.

Menurut Bunga atau nama sebenarnya Noor Ayu Fatini, 22, rakan sekolahnya terjerumus dalam kegiatan tersebut seawal usia 17 tahun untuk meneruskan persekolahan dan terabai oleh keluarga yang berpecah-belah.

“Saya pernah rapat dengan seorang kawan perempuan. Dia pernah beritahu saya, ketika ingin menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dia berkenalan dengan seorang ‘sugar daddy’ yang menjanjikan bermacam perkara kepadanya. 

“Dia pernah beritahu saya, sekali seluk atau pegang bahagian alat sulit, dia boleh dapat wang mudah bermula RM500. Bayangkan kalau dia buat perkara-perkara lain yang lebih ‘daring’,” luah Bunga.

Dalam pada itu, Bunga turut menjelaskan bahawa rakannya melakukan perkara terbabit disebabkan kesempitan hidup dan ingin membayar yuran persekolahan serta tuisyen.

“Dia juga pernah beritahu saya, dia buat semua itu disebabkan kesempitan hidup nak bayar yuran persekolahan dan tuisyen.

“Saya tidak berada dalam kedudukan untuk menghakimi apa yang dia buat namun ini membuktikan, ada sesuatu yang tidak kena dalam tangga sosial dan budaya masyarakat kita,” jelas Bunga lagi.

Selain itu, penyanyi muda Farisha Iris pula berkongsi cerita dia juga pernah mengenal rakan yang melibatkan diri dalam kancah maksiat tersebut apabila bergelar ‘sugar baby’ sewaktu di universiti.

Jelas penyanyi berusia 22 tahun itu, faktor kesempitan hidup merupakan punca utama mengapa golongan belia memilih untuk menjadi ‘sugar baby’ demi mendapatkan kemewahan segera.

“Ada dalam kalangan rakan yang jadi ‘sugar baby’ sebab memerlukan duit. Dia tidaklah terlalu pamerkan kemewahan tetapi orang tahu dia melakukan kegiatan terkutuk sebegitu sebab mampu tinggal di rumah sewa berbanding pelajar lain yang menetap di kolej. 

“Tetapi sejujurnya perkara ini tidak sepatutnya dilakukan. Sebagai seorang pelajar yang menuntut ilmu, carilah cara lain yang lebih baik untuk menjana pendapatan,” katanya.

Terdahulu media melaporkan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) telah mengambil tindakan menyekat akses ke laman sesawang Sugarbook yang dikatakan merupakan ‘dalang’ utama dalam kegiatan ‘sugar baby’ dan ‘sugar daddy’ di Malaysia.

Sumber: Ohmymedia

Comments

Popular Article

Isu Pelajar Dihina Dah Settle, Rupanya Pensyarah Sendiri Bantu Dapatkan Laptop?

Rentetan tularnya satu klip video kontroversi seolah-olah memperlekeh pelajar dari keluarga berstatus B40, seorang pensyarah kontrak kini sedang disiasat oleh pihak universiti awam di Perak. Hasil maklumat terkini mendapati sesi kuliah online tersebut sebenarnya berlangsung pada semester lalu, namun ramai pihak tertanya-tanya apakah motif ia hanya dimuat naik di laman Twitter semalam. @uitm_channel Kenyataan Naib Canselor berkenaan Isu Pelajar B40 ♬ original sound - Universiti Teknologi MARA Meskipun tuan badan belum perjelaskan cerita sebenar…ramai mula henti kecam lepas tahu kisah sebaliknya  Meskipun pihak empunya badan belum tampil menjelaskan situasi sebenar, namun kemarahan netizen tanpa disangka-sangka sudah semakin reda. Walaupun kenyataan pensyarah tersebut dikecam masyarakat seluruh negara, tetapi ramai mula hormat kepadanya semula lepas mengetahui kisah sebalik video berkenaan. Ini video tahun lepas, kawan sekelas yang tularkan…dia padam akaun lepas dah jadi viral  M

'Dia tak mabuk, tak guna phone, pakai seat belt bukti dia memandu dengan penuh tanggungjawab' - Netizen buat petisyen, desak bebaskan Sam Ke Ting

Susulan keputusan Mahkamah Tinggi Johor Bharu menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000 kerana menyebabkan kematian 8 remaja berbasikal lajak di jalan raya pada jam 3 pagi, ramai netizen menyuarakan bantahan terhadap keputusan itu. Satu petisyen juga telah diwujudkan untuk mendapatkan sokongan ramai bagi mendesak pihak berkenaan membebaskan Sam Ke Ting daripada pertuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja terbabit.  "Seperti yang dinyatakan oleh Majistret Siti Hajar Ali dalam penghakimannya pada 2019, Sam tidak berada di bawah pengaruh alkohol, tidak menggunakan telefon bimbit dan memakai tali pinggang keledar semasa memandu, membuktikan bahawa dia memandu dengan penuh tanggungjawab dan berhati-hati.  "Tetapi keadaan gelap, jalan berbukit-bukau dan berliku-liku di mana pemandu tidak dapat menjangkakan ada geng basikal lajak di jalan raya pada jam 3 pagi.  "Kami rakyat Malaysia berasa ngeri dengan hukuman yang dikenakan terhad

“Anak Speech Delay, Padan Muka” – Cikgu Ayu Mohon Maaf Ayat Guris Hati Ibu Bapa

Cikgu Ayu pada semalam sempat berkongsikan pendapatnya di TikTok ekoran isu seorang anak murid dibuang dari tadika lantaran terkencing di dalam kelas,. Beliau turut memberikan teguran secara terbuka khususnya buat sebilangan ibu bapa yang tidak menyedari tentang kepentingan mengajar anak untuk menguruskan diri sendiri sekiranya terasa hendak membuang air. Akan tetapi, kelantangan itu malah mengguris hati ramai pihak. Kalau yang faham, saya punya penerangan tu untuk parents jangan MALAS  Justeru itu, pendidik pra-sekolah ini sempat menjelaskan beliau menujukan peringatan tersebut kepada golongan ibu bapa yang bersikap malas sahaja. Kenyataan berbunyi “Anak speech delay, padan muka” pula tidak lain tidak bukan merupakan ulasan kepada perangai segelintir penjaga yang gemar membiarkan cahaya mata mereka terdedah dengan gajet secara kerap tanpa kawalan. @cikguayu_imtecer Reply to @mama.imanandikram klu yg faham i punya penerangan tu..untuk parents yg MALAS! OK. #cikguayusempoi ♬ bunyi a