Selepas mendapat kecaman teruk daripada warganet, pemandu wanita yang videonya tular memaki hamun pengguna jalan raya lain dalam satu insiden pada Selasa lalu, akhirnya memohon maaf semalam.
Wanita yang dikenali sebagai Prof Madya Dr Bahariah Khalid itu memohon maaf secara terbuka melalui laman sosial Instagram miliknya, @bahariahkhalid_
“Jika saya salah, saya minta maaf. Jika saya betul, saya maafkan semua. Sebarkan positiviti,” tulisnya di ruangan kapsyen.
@kkmm_gov @KKMPutrajaya macam ni ke sahsiah seorang doktor? Lokasi di hospital serdang. Cara dia uturn membahayakan orang lain dan melakukan provokasi yang melampau. Wajar ke seorang doktor doakan orang kena covid? pic.twitter.com/AvuCadtPLO
— Fadzli Amin (@Fadzmin_) February 2, 2021
Terdahulu, dia telah menjadi perhatian ramai warganet sejak videonya menghamburkan kata-kata kesat kepada seorang pemandu lain menjadi tular di serata laman sosial.
Video berdurasi lebih dua minit berkenaan dikongsi seorang pengguna Twitter @Fadzmin_ memperlihatkan kereta yang dipandu wanita itu yang membuat pusingan U hampir bertembung dengan kereta pemuda tersebut.
Sumber: Ohmymedia
Comments
Post a Comment