Pendakwah Gelar MK Penyanyi Bodoh, Rapkan Nama Pencipta Alam Dalam Nyanyiannya Skip to main content

Pendakwah Gelar MK Penyanyi Bodoh, Rapkan Nama Pencipta Alam Dalam Nyanyiannya


Beberapa hari yang lalu, nama penyanyi hip hop tanah air, Joe Flizzow menjadi sebutan di media sosial apabila akan berkolaborasi dengan penyanyi hip hop Korea Amerika iaitu Jay Park, serta MK K-Clique.

Berita mengenai kehadiran lagu CIAO oleh Joe Flizzow featuring MK dan Jay Park ini telah membuatkan peminat mereka teruja.

Seperti yang dijanjikan, lagu CIAO ini sudahpun dikongsikan sejak 12 tengah malam, Jumaat dan sehingga kini menjadi bualan dan trending di Youtube.

Namun begitu, seorang pendakwah bebas tampil menegurcara penyampaian  beberapa lirik dalam lagu tersebut yang menurut beliau telah mempermainkan nama Allah dengan menyebut dalam rentak rap

Berikut perkongsian Ustaz Azhar di halaman facebook milik beliau

“PENYANYI BOD0H, RAPKAN NAMA PENCIPTA ALAM INI DALAM NYANYIANNYA

Petang 29 Jan 2021 jam 0438 pm, ketika mendengar lagu di radio, berkumandang satu lagu yang mana senikata dalam lagu tersebut ada mempermainkan nama Allah dengan menyebutnya

dalam rentak RAP, haram jadah betoi…

Tajuk Lagu: CIAO

DENGAR DI MINIT 2.07

Wahai sebahagian daripada artis artis yang sedang nak cari Publisiti murahan, dengarlah apa yang saya nak katakan:>

“Kalau hangpa nak menyanyi ka, nak berguling ka, nak menyuluq ka, hangpa nak jadi lutung ka, itu hangpa punya pasai, apa ada akai, pikiaq sendiri lah”….

“Tapi tolong jangan melontarkan keb0dohan dan kebiadapan ketika hangpa nak menyanyi, bagi cerdik sama….ni sampai tak tau nak beza yang mana BOLEH yang mana TIDAK, sampai tak tau

Hukum Hakam lansung, h4ram jadah betoi lah..

“Nama Allah mana boleh di RAPkan, kalau hangpa sebut nama Allah dalam bentuk RAP depan aku, mau aku bagi penendang…

Kepada Siaran Radio, saya nak pesan kat hangpa juga…pilih lah sama lagu yang hangpa nak perdengarkan, hangpa pun satu b0doh juga, tak tau nak pilih lagu…Tua Tua Pun B0doh…

Ingatlah, sesungguhnya, ini adalah Negara Islam Malaysia, dan bukannya negara Y4hudi…

NAK BUAT APA PUN, BAGILAH CERDIK SAMA, JANGANLAH TUNJUK B0DOH SANGAT…

HORMATILAH KALAM KALAM THOYYIBA

Bagi sebahagian artis artis yang ada rasa tak puas hati dan muskil dengan apa yang saya poskan ini, bolehlah hubungi saya di talian 01**193630 Call dan Wassup


PENYANYI BODOH, RAPKAN NAMA PENCIPTA ALAM INI DALAM NYANYIANNYA Petang 29 Jan 2021 jam 0438 pm, ketika mendengar lagu...

Posted by Azhar Mohamad At on Saturday, January 30, 2021


Rata netizan bersetuju dengan teguran dari Ustaz Azhar

“Tak bolh la ayat suci al quran.,nanyi bolh tpi bia kena dngn keadaan.,tngok RAP to dengn prempuan xcukp baju.,dengn RAP pakai rantai.,sama mcm ABPH amik hadiah ucap alhmdullillah.,ckp syukur tpi pakaian xckup.,islam memang mudah.,tpi jangn amik mudah.,”

“Maaf tuan..sama2 Kita nilai aksi dlm watak ini…melampau2 Artis ni..rosakla anak2 Kita kalau mrka msih bebas bgini”

“Sokong tuan. Mengarut sangat depa ni. Sampai tak tahwan punca dah. Ikut dan saja. Yang radio tv pulak dok Siar. Habis lingkup akidah anak bangsa”

Lirik lagu yang didakwa mempermainkan nama Allah kerana ML menyebut dalam rentak rap

SEBAGAI pembuka kalendar seninya tahun depan, penyanyi rap Joe Flizzow bakal melancarkan lagu berjudul Ciao hasil kerjasama dengan penyanyi Korea Selatan, Jay Park dan bintang hip hop muda, MK pada 8 Januari lepas

Apa yang menarik, kerjasama itu membabitkan tiga negara iaitu Malaysia, Korea Selatan dan Singapura di mana komposer dan penyanyi Alyph menggalas tanggungjawab sebagai penerbit.

Justeru, Joe atau nama sebenarnya Johan Ishak, 41, teruja lebih untuk lagu itu.

Menurutnya, untuk diri sendiri, karya itu bakal menampilkan dimensi berbeza dalam corak penghasilan karyanya.

Dia bakal menunjukkan sisi dirinya yang lebih santai dan tidak serius sebagaimana lagu terdahulunya.

“Banyak yang membuatkan saya teruja dengan lagu ini sebenarnya. Peminat akan nampak Joe Flizzow yang agak berbeza disebabkan lirik saya gunakan bahasa pasar terkini.

“Jika dibandingkan dengan contohnya lagu Kuasa saya sebelum ini, liriknya lebih kepada penggunaan bahasa Melayu yang rasmi. Bagaimanapun, dalam lagu Ciao, saya berevolusi demi memastikan liriknya lebih dekat dengan percakapan seharian serta slanga pasar terkini.

“Bagi saya, itulah resmi yang akan sentiasa berubah dalam pasaran lagu hip hop. Demi kekal relevan, kita kena menggunakan bahasa yang lebih terkini dan tidak anak tirikan bahasa pasar,” katanya.

Berikut video klip yang di maksudkan. Lagu berjudul CIAO nyanyian oleh Joe Flizzow dan MK Click


Ciao Hip Hop slanga pasar

Berkongsi mengenai penghasilan lagu itu, Joe berkata, ia sebuah karya yang cukup istimewa kerana menggandingkan generasi berbeza. Paling menyeronokkannya lagu itu terhasil daripada ikatan persahabatan bersama Jay Park dan MK.

Menurutnya, aspek itu jugalah yang memberikan makna tersendiri terhadap kerjasama terbabit. Mana tidak, pembabitan Jay Park sendiri semestinya mampu meninggalkan impak apalagi dia dikenali seluruh dunia.

“Kerjasama menerusi lagu ini ibarat jambatan yang menghubungkan antara generasi berbeza serta berlainan negara. Penghasilannya pun sangat mudah walaupun ditulis sewaktu dalam tempoh krisis Covid-19 ini.

“Ketika itu, kami masing-masing berjauhan di mana MK berada di Kota Kinabalu, manakala Jay Park pula di luar negara. Bagaimanapun, ia siap dalam beberapa hari selepas mereka menghantar rakaman masing-masing kepada saya semula,” katanya.

Mengulas bagaimana kerjasama itu terjadi, Joe berkata, dia memang sudah lama menanti peluang dan masa untuk bekerja dengan dua penyanyi terbabit. Akhirnya, impian itu terlaksana dengan penghasilan lagu Ciao.

“Saya dan Jay Park memang sudah lama kenal serta rapat. Biasalah dalam komuniti hip hop ini, kami akan saling bertukar lagu. Dalam albumnya pun, dia ada jemput saya untuk bekerjasama.

“Jadi, ini masa untuk saya pula jemput dia memandangkan ramai peminat saya mungkin cuma kenal dia sebagai penyanyi. Tapi hakikatnya, sebagai penyanyi rap pun, dia memang handal.

“Manakala dengan MK, saya kenalnya ketika menghasilkan 16 Baris dan saya tumpang gembira dengan setiap kejayaannya bersama K-Clique. Untuk projek ini, saya terfikir untuk memasukkan dia juga berikutan sudah jumpa lagu terbaik,” katanya.

Mengenai harapan Ciao, Joe Flizzow juga yakin lagu itu akan pergi jauh secara semula jadi di seluruh dunia berikutan kerjasama terbina itu.

Menurutnya, dengan bantuan pengaruh Jay Park dan MK, pastinya capaian pendengar itu lebih luas.

“Lagu ini memiliki personaliti berbeza yang masing-masing cukup kuat. Semuanya terpulang kepada sejauh mana ia akan didengar menerusi pelbagai platform penstriman muzik yang ada sekarang.

“Jay Park sendiri memiliki kekuatan peminat yang cukup luar biasa di seluruh dunia. Saya yakin dengan bantuan daripada aspek itu, tentu sekali ia mampu menembusi pelbagai pasaran di luar.

“Bagi saya, ini adalah sebuah lagu yang bakal membuktikan karya hip hop Asia sangat dahsyat. Misi kami untuk lagu ini tidak lain untuk menunjukkan kualiti artis Asia bukan calang-calang,” katanya.

Pendakwah Gelar Lagu Nyanyian Mawi & AC Mizal ‘Lagu Kepala H0tak’

Sebelum ini lagu nyanyian Mawi dan AC Mizal juga tidak terkecuali menerima kritikan dari seorang pendakwah menggelarkan lagu nyanyian Mawi dan Datuk AC Mizal iaitu berjudul Al-Haq sebagai ‘Lagu Kepala H0tak’ dalam sebuah tazkirah yang disampaikan

Pendakwah yang difahakam seorang Ustaz itu mend4kwa cara penyampaian AC Mizal yang meminta keampunan dari Allah dalam bentuk ‘rapping’ adalah tidak sesuai dan dianggap b1adap.

“Lirik pertama elok, tapi bila part rapping tu ada ke minta ampung dengan Tuhan begitu? B1adap! Tak pernah Nabi berdoa begitu,” katanya.

Video tersebut dikongsi oleh Mawi dalam akaun Instagram miliknya. Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata tidak bersetuju dengan penilaian pendakwah tersebut terhadap lagu berkenaan.

Sumber: Trandingsangat, facebook

Comments

Popular Article

Senarai Lokasi Sekatan Jalan Raya Dalam Tempoh PKPB Di Selangor, Kuala Lumpur & Putrajaya

Umum mengetahui pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sudah pun dijalankan Memandangkan kes wabak Covid-19 yang semakin meningkat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya pelbagai prosedur operasi standard (SOP) telah ditetapkan sepanjang tempoh PKPB ini. Kerajaan telah menetapkan bahawa perjalanan merentas daerah dan negeri juga adalah dilarang bagi mengelakkan penularan wabak tersebut. Dalam pada itu, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) juga bersetuju untuk membenarkan maksimum 10 peratus pekerja daripada 6 tugasan yang disenaraikan untuk berada di pejabat mulai 22 Oktober ini. Antara tugasan yang dibenarkan ialah melibatkan perakaunan, kewangan, pentadbiran, perundangan, perancangan serta teknologi maklumat dan komunikasiI (ICT). Mereka yang berada di pejabat pula dihadkan berkerja selama 4 jam sahaja bermula jam 10 pagi sehingga 2 petang untuk 3 hari seminggu. Bagi majikan, mereka hanya perlu me

[VIDEO] Detik-Detik Akhir Rakaman Kembar 4 Dilahirkan, Wanita Ini Kongsi Momen Kehamilan

Kelahiran anak kembar cukup istimewa di hati ibunya. Perjalanan kehamilan tentu tidak seperti kehamilan biasa. Ibu ini kongsikan pengalamannya melalui kehamilan kembar selama 35 minggu. Ibu kepada bayi kembar empat yang tular baru-baru ini, Puan sha.rissa telah berkongsi perjalanan kehamilan beliau. Kebanyakan netizen kagum dengan ibu ini, cukup kuat menempuhi kehamilan berganda sehingga selamat melahirkan pada usia kehamilan 35 minggu. KETIKA KANDUNGAN BERUSIA 7 & 11 MINGGU Ibu hebat ini mulanya merahsiakan kandungannya ialah kandungan kembar sehinggalah terpaksa menceritakan kepada ketua kerana perlu mengambil cuti. sha.rissa “Ultrasound images at 7 & 11 weeks. I kept it a secret from my friends and colleagues about the quads until delivery. Tapi terpaksa bagitahu my boss sebab kena apply banyak cuti. So I showed him this scan pictures and he was like ”empat???” Btw, thanks boss for being so understanding.” ANTARA UBAT Dan SUPLEMEN YANG DICADANGKAN OLEH DOKTOR Puan Sha.rissa

Video - Bukan malu hidup susah! Bapa ‘lari’ ketika anak rakam sedang makan nasi kosong beri penjelasan - “Hari tu saya cuma ada RM5”

SEORANG bapa dilihat menjamah nasi putih hanya dengan kicap, itu pun baki selepas anaknya makan tengah hari! Kisah ini tular di laman Facebook apabila anak kepada lelaki berkenaan, Nik Aswan yang baru berusia 10 tahun memuat naik video bapanya di akaun TikTok miliknya. Bapanya, Ngah Misnum, 36, bagaimanapun segera memadam video tersebut sebaik sahaja mendapat tahu ia tular dalam masa beberapa jam. “Sejujurnya saya tak sangka langsung dia akan muat naik video tu sebab masa saya sedar dia tengah rakam, saya terus bangun dari tempat duduk. “Tahu-tahu tular sampai dekat Facebook, memang terkejut sangat. Saya terus ambil telefon dia dan padam video tu,” katanya kepada mStar, mengimbas kembali video yang memaparkan ‘adegan’ dirinya makan nasi tanpa lauk. Kehidupan dua beranak yang tidak meminta simpati orang ramai. Bagi mereka yang sempat menonton video tersebut, rata-rata mengakui sebak melihat kehidupan dua beranak itu yang serba sederhana tetapi bahagia. Ngah, yang berasal dari Kuala Neru