Penemuan rangka manusia berusia 800 tahun dalam keadaan yang Misteri Skip to main content

Penemuan rangka manusia berusia 800 tahun dalam keadaan yang Misteri



KERJA-KERJA ekskavasi yang dijalankan di bandar Sozopol, Laut Hitam, Bulgaria telah menemui dua rangka manusia yang berusia lebih 800 tahun dalam keadaan yang sangat misteri. Rangka-rangka tersebut dikatakan puntianak. Ini berdasarkan kepada keadaan rangka yang ditusuk dengan sejenis besi pada bahagian dada mereka.

Penemuan misteri pada 14 Jun 2012 ini telah menjadi rekod baru tentang tradisi dan budaya pengebumian manusia dalam masyarakat Eropah. Kini rangka aneh itu disimpan dan dijaga rapi di Muzium Sejarah Kebangsaan (NHM) yang terletak di Sofia, Bulgaria.

Menurut Pengarah NHM, Bozhidar Dimitrov, besi yang tertusuk ke dada rangka ini dipercayai sejenis paku khas yang digunakan oleh masyarakat dahulu kala sebagai alat dalam ritual membunuh puntianak. Sebelum ini, lebih 100 rangka manusia yang ditemui di seluruh negara Bulgaria turut mengalami keadaan sedemikian. Antaranya rangka berusia beberapa abad yang ditemui di Veliko Tarnovo. Rangka ini dijumpai dalam keadaan terikat dengan empat penyepit besi dan pembakar bara turut diletakkan di atas kubur si mati.

Manakala, enam lagi rangka dari abad ke-4 dan ke-5 berjaya dikesan di perkampungan Debelt, berhampiran Sozopol, pada tahun 2004. Kesemua nya dikebumikan dalam keadaan menyeramkan dengan tengkorak, lengan dan kaki mereka dipaku.

Meskipun ia nampak seperti perbuatan brutal, namun amalan memaku mayat adalah kepercayaan masyarakat Bulgaria untuk membunuh puntianak. Jadi berita penemuan rangka manusia sebegitu bukanlah berita yang mengemparkan masyarakat Bulgaria.

Cuma apa yang dibimbangkan mereka sekarang ini ialah roh jahat ditemui di seluruh negara Bulgaria turut mengalami keadaan sedemikian. Antaranya rangka berusia beberapa abad yang ditemui di Veliko Tarnovo. Rangka ini dijumpai dalam keadaan terikat dengan empat penyepit besi dan pembakar bara turut diletakkan di atas kubur si mati.

Manakala, enam lagi rangka dari abad ke-4 dan ke-5 berjaya dikesan di perkampungan Debelt, berhampiran Sozopol, pada tahun 2004. Kesemua nya dikebumikan dalam keadaan menyeramkan dengan tengkorak, lengan dan kaki mereka dipaku.

Meskipun ia nampak seperti perbuatan brutal, namun amalan memaku mayat adalah kepercayaan masyarakat Bulgaria untuk membunuh puntianak. Jadi berita penemuan rangka manusia sebegitu bukanlah berita yang mengemparkan masyarakat Bulgaria.

Cuma apa yang dibimbangkan mereka sekarang ini ialah roh jahat Berdasarkan kepercayaan orang orang terdahulu, manusia yang berperangai buruk dan pernah melaku kan perbuatan jahat akan menjadi puntianak selepas meninggal dunia. Mereka juga percaya, hanya logam atau kayu yang ditusuk di bahagian dada si mati menjadi satu-satunya cara untuk menghalang kebangkitan mayat menjadi puntianak. Atas sebab itu, mereka meneruskan amalan ngeri ini sehingga abad ke-20.

Sejak itu, jelas Dimitrov, mayat mayat kerap ditikam dengan besi di bahagian dada mereka sebelum dikebumikan di beberapa bahagian wilayah di Bulgaria. Perbuatan itu sebenarnya harapan penduduk untuk menjauhkan mayat daripada bangun semula menjadi puntianak dan mengganggu manusia pada waktu malam.

Puntianak sangat digeruni oleh masyarakat Bulgaria. Ini kerana, dalam kepercayaan mereka, puntianak adalah makhluk jahat dan merupakan seseorang yang sangat tua. Biasanya, makan darah haiwan dan sering menyerang manusia. Selain itu, ada juga yang memberi deskripsi makhluk berkenaan sebagai kotor, bongkok dan bermata satu.

Pengalaman ngeri sebegitu menyebabkan keluarga si mati memutuskan untuk menanam mayat ahli keluarga jauh dari bandar. Keadaan ini jugalah yang menjadi sebab kenapa rangka manusia seumpama ini sering ditemui di pinggir-pinggir kota.

Menurut Zara Dimitrova dari kampung Novo Selo, mayat suaminya yang meninggal dunia empat tahun lalu juga dikebumikan jauh dari bandar. Mereka telah melakukan ritual anti puntianak di kubur suaminya.

Dalam upacara itu, kaki si mati diikat menggunakan tali kasut dan diletak kan dalam keranda supaya ia tidak bangun menjadi puntianak. Kemudian mereka melaungkan sesuatu supaya semangat si mati tenteram dan tidak bertukar menjadi makhluk yang ditakuti itu.

Tambahnya lagi, dia masih ingat ketika itu mereka terpaksa berdiam diri tanpa bercakap sepatah pun sepanjang perjalanan balik ke rumah. Kononnya dengan berbuat begitu ia dapat mengelakkan mayat suami mengikut mereka pulang.

Kata Dimitrov, inilah bukti kepercayaan pelik dan tahyul daripada tradisi peninggalan nenek moyang mereka. Namun, apa yang membanggakan ialah hasil penemuan arkeologi tersebut telah memberi kesan positif ke atas industri pelancongan di Bulgaria. Kini, para peminat puntianak berduyun-duyun datang ke Bulgaria semata-mata untuk mencari makhluk menakutkan itu.

Comments

Popular Article

Isu Pelajar Dihina Dah Settle, Rupanya Pensyarah Sendiri Bantu Dapatkan Laptop?

Rentetan tularnya satu klip video kontroversi seolah-olah memperlekeh pelajar dari keluarga berstatus B40, seorang pensyarah kontrak kini sedang disiasat oleh pihak universiti awam di Perak. Hasil maklumat terkini mendapati sesi kuliah online tersebut sebenarnya berlangsung pada semester lalu, namun ramai pihak tertanya-tanya apakah motif ia hanya dimuat naik di laman Twitter semalam. @uitm_channel Kenyataan Naib Canselor berkenaan Isu Pelajar B40 ♬ original sound - Universiti Teknologi MARA Meskipun tuan badan belum perjelaskan cerita sebenar…ramai mula henti kecam lepas tahu kisah sebaliknya  Meskipun pihak empunya badan belum tampil menjelaskan situasi sebenar, namun kemarahan netizen tanpa disangka-sangka sudah semakin reda. Walaupun kenyataan pensyarah tersebut dikecam masyarakat seluruh negara, tetapi ramai mula hormat kepadanya semula lepas mengetahui kisah sebalik video berkenaan. Ini video tahun lepas, kawan sekelas yang tularkan…dia padam akaun lepas dah jadi viral  M

'Dia tak mabuk, tak guna phone, pakai seat belt bukti dia memandu dengan penuh tanggungjawab' - Netizen buat petisyen, desak bebaskan Sam Ke Ting

Susulan keputusan Mahkamah Tinggi Johor Bharu menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000 kerana menyebabkan kematian 8 remaja berbasikal lajak di jalan raya pada jam 3 pagi, ramai netizen menyuarakan bantahan terhadap keputusan itu. Satu petisyen juga telah diwujudkan untuk mendapatkan sokongan ramai bagi mendesak pihak berkenaan membebaskan Sam Ke Ting daripada pertuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja terbabit.  "Seperti yang dinyatakan oleh Majistret Siti Hajar Ali dalam penghakimannya pada 2019, Sam tidak berada di bawah pengaruh alkohol, tidak menggunakan telefon bimbit dan memakai tali pinggang keledar semasa memandu, membuktikan bahawa dia memandu dengan penuh tanggungjawab dan berhati-hati.  "Tetapi keadaan gelap, jalan berbukit-bukau dan berliku-liku di mana pemandu tidak dapat menjangkakan ada geng basikal lajak di jalan raya pada jam 3 pagi.  "Kami rakyat Malaysia berasa ngeri dengan hukuman yang dikenakan terhad

“Anak Speech Delay, Padan Muka” – Cikgu Ayu Mohon Maaf Ayat Guris Hati Ibu Bapa

Cikgu Ayu pada semalam sempat berkongsikan pendapatnya di TikTok ekoran isu seorang anak murid dibuang dari tadika lantaran terkencing di dalam kelas,. Beliau turut memberikan teguran secara terbuka khususnya buat sebilangan ibu bapa yang tidak menyedari tentang kepentingan mengajar anak untuk menguruskan diri sendiri sekiranya terasa hendak membuang air. Akan tetapi, kelantangan itu malah mengguris hati ramai pihak. Kalau yang faham, saya punya penerangan tu untuk parents jangan MALAS  Justeru itu, pendidik pra-sekolah ini sempat menjelaskan beliau menujukan peringatan tersebut kepada golongan ibu bapa yang bersikap malas sahaja. Kenyataan berbunyi “Anak speech delay, padan muka” pula tidak lain tidak bukan merupakan ulasan kepada perangai segelintir penjaga yang gemar membiarkan cahaya mata mereka terdedah dengan gajet secara kerap tanpa kawalan. @cikguayu_imtecer Reply to @mama.imanandikram klu yg faham i punya penerangan tu..untuk parents yg MALAS! OK. #cikguayusempoi ♬ bunyi a