Bagaikan tiada kesudahannya, semakin banyak isu ‘penyewa dari nereka’ yang sering kita dengar lebih-lebih lagi susulan penangan PKP. Dek kerana sikap sambil lewa mereka, akibatnya tuan rumah terpaksa berputih mata tanggung kos kerugian yang sangat besar. Siapa sangka dilema tersebut turut dihadapi oleh seorang gadis ini apabila rumah milik keluarganya ditinggalkan dalam keadaan bersepah dan kotor seperti kandang khinzir.
Terkejut tengok keadaan rumah yang ditinggalkan penyewa…bil air tertunggak RM300
Menerusi perkongsian video di TikTok @ayintanx, awalnya gadis berkenaan mahu melihat keadaan rumah yang ditinggalkan oleh sebuah keluarga. Sebaik sampai, pintu rumah dibiarkan tidak berkunci selain masih terdapat beberapa ‘harta’ milik penyewa tersebut di luar. Tak cukup dengan itu, dia turut mendapati bil air dibiar tertunggak sehingga lebih RM300.
@ayintanx Nak tahu keadaan rumah bila disewa belike 👍##fypシ
♬ bunyi asal - ayintanx
@ayintanx Balas kepada @emanwhuutt kalau berminat untuk part 3 sila kolej😉👍##fypシ##memberipengajaranbaginaksewarumahorang!##rasasedardiri!
♬ bunyi asal - ayintanx
@ayintanx Balas kepada @rslxdingtf argh cannot lah ,sedih lah macam ni l😭harap video ni bagi sedar dekat orang yang sewa yang tidak bertanggungjawab 😔##fypシシ
♬ bunyi asal - ayintanx
Suis lampu pecah, dinding pula habis diconteng… sekali bil elektrik melambung lebih RM3k
Turut kelihatan persekitaran rumah berkenaan yang ditinggalkan dalam keadaan teruk. Selain barangan rumah dirosakkan, dinding juga penuh dengan hasil contengan serta sisa makanan yang dibiarkan bersepah di lantai. Lebih menyakitkan hati lagi apabila mereka tinggalkan sekali bil elektrik yang mencecah sehingga ribuan ringgit.
@ayintanx Balas kepada @aimy_20104 satu pengajaran ya😔🙏🏻saya tak niat nak bukak aib🥺berminat part ke 5 sila komen okey##fypシ
♬ bunyi asal - ayintanx
@ayintanx Balas kepada @piscesboy_e ##fypシ##rasasedardiri
♬ bunyi asal - ayintanx
Datang jumpa konon akan langsaikan segala bil…bila check masih tertunggak
Difahamkan, sebelum berpindah penyewa berkenaan datang berjumpa keluarganya dan memaklumkan akan melangsaikan segala bil namun sehingga kini ia masih belum dijelaskan. Terkilan dengan nasib menimpanya, Ayin berharap orang ramai boleh jadikan kisahnya sebagai pengajaran.
@ayintanx Amik satu pengajaran okey ##fypシ##jadikannyesatupengajaran🤗
♬ bunyi asal - ayintanx
sumber: kisahdunia
Comments
Post a Comment