Pernah Bergelar Jutawan, Lelaki Ini Ceritakan Bagaimana Dia Boleh Jatuh Terduduk Sampai Jadi Gelandangan Skip to main content

Pernah Bergelar Jutawan, Lelaki Ini Ceritakan Bagaimana Dia Boleh Jatuh Terduduk Sampai Jadi Gelandangan

Hidup ibarat roda, adakala kita diatas dan adakala kita dibawah.

Itu pepatah atau nasihat yang seringkali kita dengar tentang lumrah hidup yang pasti terjadi kepada setiap manusia.

Mungkin saat ini kita berada dalam selesa, serba serbi mencukupi, namun bila-bila masa saja boleh berubah dan kehilangan apa yang dimiliki dalam waktu yang singkat.

Perkongsian ini menceritakan kisah yang benar-benar berlaku dalam masyarakat kita mengenai individu yang dahulunya bergelar jutawan, namun kini hidup gelandangan.

Dulu pendapatan jutaan ringgit, kini gelandangan

” Saya pernah berpendapatan jutaan ringgit, menaiki penerbangan kelas pertama dan tidur di hotel lima bintang.

” Namun, dalam sekelip mata Allah SWT uji saya apabila semua itu hilang malah pernah hidup bergelandangan serta mengharapkan belas ihsan orang lain.”

Itu luahan Johari, 50-an, apabila melalui perubahan 180 darjah dalam kehidupannya selepas gagal dalam perniagaan kira-kira 10 tahun lalu. Akibatnya, dia bergelandangan selama setahun.

Johari berkata, ia tempoh paling sukar buat dirinya serta keluarga namun dia tetap bersyukur ‘peringatan’ Allah SWT itu diterimanya sebelum dijemput menghadap-Nya.

” Biasalah, ketika senang, adakalanya kita lupa siapa yang memberi rezeki dan nikmat. Ada yang mengatakan saya menjadi mangsa iri hati orang lain namun jika benar, saya sudah lama memaafkan individu terbabit.

” Ini semua aturan ditetapkan Tuhan dan saya sebagai hamba reda dan bersyukur,” katanya.

Menceritakan kisahnya, Johari berkata, dia serta keluarganya pernah hidup mewah, malah berkawan rapat dengan orang kenamaan.

Jatuh terduduk selepas bisnes hartanah tidak menjadi

” Namun, ia sekelip mata berubah apabila perniagaan dalam bidang hartanah seolah-olah ‘tidak menjadi’ menyebabkan saya kerugian besar kira-kira 10 tahun lalu.

” Lebih menyedihkan, isteri tercinta meninggI dunia pada 2008. Saya cukup ‘terduduk’ ketika itu malah bergelandangan kerana tiada sumber pendapatan selain untuk makan minum,” katanya.

Menurut Johari, yang menjadi kekuatannya ialah dua anaknya yang kini melanjutkan pengajian di universiti.

Kata Johari, selepas setahun bergelandangan, dia diambil bekerja sebagai penyelaras bagi kerja-kerja kebajikan di lapangan oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

” Saya kini tinggal di rumah pusaka. Saya lebih gembira sekarang ini, apa yang saya lakukan sekarang memberi erti cukup besar buat saya serta keluarga,” katanya.

Menurut Johari, aturan ditetapkan Allah SWT sangat hebat.

” Alhamdulillah, anak saya diberi rezeki untuk berjaya dalam hidup, Insya Allah.

” Anak perempuan kini menuntut dalam bidang seni bina di universiti di Perancis manakala anak bongsu di universiti tempatan,” katanya.

Menurut Johari, hubungan mereka kini bertambah erat.

” Walaupun hari ini saya tidak berpendapatan jutaan ringgit namun saya bahagia dan bersyukur kerana dapat membantu orang kurang bernasib baik terutamanya rakan-rakan gelandangan,” katanya.

Sumber:hmetro

Ujian penentu darjat insan di sisi-Nya

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu) lagi Maha Pengampun, (bagi orang yang bertaubat).” (Surah al-Mulk, ayat 2)

Antara tanda kekuasaan Allah SWT dan kehebatan pentadbiran-Nya jelas kelihatan pada mati dan hidup. Sunnah al-mawt wal hayat dipamerkan kepada manusia bersama matlamat yang diciptakan kerananya iaitu menguji siapakah manusia yang paling baik amalannya.

Ayat itu menyatakan, hidup di dunia selalu berhadapan dengan kesusahan dan ujian. Manusia tidak seharusnya hilang pedoman dalam hidup bagi memastikan diri mereka lulus ujian kerana ujian tidak mengenal kedudukan atau memilih antara seorang dengan seorang yang lain.

Orang baik diuji, orang jahat juga diuji, begitu juga Mukmin dan kafir juga diuji. Keadilan pemimpin diuji, kesetiaan rakyat juga diuji. Hidup dan mati itu juga adalah ujian daripada Allah SWT.

(Gambar di atas adalah sekadar hiasan).

Comments

Popular Article

Isu Pelajar Dihina Dah Settle, Rupanya Pensyarah Sendiri Bantu Dapatkan Laptop?

Rentetan tularnya satu klip video kontroversi seolah-olah memperlekeh pelajar dari keluarga berstatus B40, seorang pensyarah kontrak kini sedang disiasat oleh pihak universiti awam di Perak. Hasil maklumat terkini mendapati sesi kuliah online tersebut sebenarnya berlangsung pada semester lalu, namun ramai pihak tertanya-tanya apakah motif ia hanya dimuat naik di laman Twitter semalam. @uitm_channel Kenyataan Naib Canselor berkenaan Isu Pelajar B40 ♬ original sound - Universiti Teknologi MARA Meskipun tuan badan belum perjelaskan cerita sebenar…ramai mula henti kecam lepas tahu kisah sebaliknya  Meskipun pihak empunya badan belum tampil menjelaskan situasi sebenar, namun kemarahan netizen tanpa disangka-sangka sudah semakin reda. Walaupun kenyataan pensyarah tersebut dikecam masyarakat seluruh negara, tetapi ramai mula hormat kepadanya semula lepas mengetahui kisah sebalik video berkenaan. Ini video tahun lepas, kawan sekelas yang tularkan…dia padam akaun lepas dah jadi viral  M

'Dia tak mabuk, tak guna phone, pakai seat belt bukti dia memandu dengan penuh tanggungjawab' - Netizen buat petisyen, desak bebaskan Sam Ke Ting

Susulan keputusan Mahkamah Tinggi Johor Bharu menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000 kerana menyebabkan kematian 8 remaja berbasikal lajak di jalan raya pada jam 3 pagi, ramai netizen menyuarakan bantahan terhadap keputusan itu. Satu petisyen juga telah diwujudkan untuk mendapatkan sokongan ramai bagi mendesak pihak berkenaan membebaskan Sam Ke Ting daripada pertuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja terbabit.  "Seperti yang dinyatakan oleh Majistret Siti Hajar Ali dalam penghakimannya pada 2019, Sam tidak berada di bawah pengaruh alkohol, tidak menggunakan telefon bimbit dan memakai tali pinggang keledar semasa memandu, membuktikan bahawa dia memandu dengan penuh tanggungjawab dan berhati-hati.  "Tetapi keadaan gelap, jalan berbukit-bukau dan berliku-liku di mana pemandu tidak dapat menjangkakan ada geng basikal lajak di jalan raya pada jam 3 pagi.  "Kami rakyat Malaysia berasa ngeri dengan hukuman yang dikenakan terhad

“Anak Speech Delay, Padan Muka” – Cikgu Ayu Mohon Maaf Ayat Guris Hati Ibu Bapa

Cikgu Ayu pada semalam sempat berkongsikan pendapatnya di TikTok ekoran isu seorang anak murid dibuang dari tadika lantaran terkencing di dalam kelas,. Beliau turut memberikan teguran secara terbuka khususnya buat sebilangan ibu bapa yang tidak menyedari tentang kepentingan mengajar anak untuk menguruskan diri sendiri sekiranya terasa hendak membuang air. Akan tetapi, kelantangan itu malah mengguris hati ramai pihak. Kalau yang faham, saya punya penerangan tu untuk parents jangan MALAS  Justeru itu, pendidik pra-sekolah ini sempat menjelaskan beliau menujukan peringatan tersebut kepada golongan ibu bapa yang bersikap malas sahaja. Kenyataan berbunyi “Anak speech delay, padan muka” pula tidak lain tidak bukan merupakan ulasan kepada perangai segelintir penjaga yang gemar membiarkan cahaya mata mereka terdedah dengan gajet secara kerap tanpa kawalan. @cikguayu_imtecer Reply to @mama.imanandikram klu yg faham i punya penerangan tu..untuk parents yg MALAS! OK. #cikguayusempoi ♬ bunyi a