Baru-baru ini, media Indonesia melaporkan mengenai penduduk di sebuah kampung yang terletak Kabupaten Tuban, Jawa Timur menjadi ‘jutawan segera’ dengan membeli 176 buah kereta baru.
Menerusi laporan Liputan6, penduduk kampung itu menjadi ‘crazy rich’ apabila hampir kesemua mereka menerima wang pampasan dimana sebuah kilang minyak akan dibina di kawasan tersebut.
“Ada lebih kurang 176 buah kereta baru yang dibeli oleh mereka, itu belum lagi kereta yang lama. Mereka membeli dengan menggunakan wang pampasan projek kilang. Satu orang ada yang beli dua sampai tiga kereta,” jelas penduduk kampung di situ.
Seramai 280 penduduk atau pemilik tanah bersetuju tanah mereka dijual dan digunakan untuk pembangunan projek tersebut dengan harga yang telah dipersetujui oleh Kantor Jasa Penilai Publik (KJPP).
Rata-rata penduduk kampung berkenaan mendapat wang pampasan sebanyak satu juta dan paling sedikit adalah sebanyak ratusan ribu sahaja.
Selain itu, menjengah ke akaun TikTok milik seorang pemuda bernama Rizki, dapat dilihat sebanyak 17 buah kereta baru telah tiba memasuki kampung tersebut.
Sumber: borakdaily
Comments
Post a Comment