Guru umpama lilin yang membakar diri demi menerangi orang lain. Maksudnya, seorang guru sanggup berkorban masa dan tenaga demi memastikan anak didiknya berjaya dalam kehidupan.
Semalam, guru yang tular berhubung gaya bahasanya diperlekehkan sewaktu mengajar di DidikTV, ada memuat naik status di laman Facebook miliknya.
Menurut guru yang dikenali sebagai Rafidah Rahmat itu, dia mengakui akan kelemahan diri dan berjanji akan memperbaiki kemahiran bahasanya demi mendidik anak bangsa.
Saya bangga jadi guru
Semoga dipermudahkan segala urusan dan kesulitan yg berlaku buat diriku dan semua rakan muka buku.. Saya akui kelemahan yg berlaku dan bersedia utk belajar dan memperbaikinya.. Saya bangga jadi Guru❤
Posted by Rafidah Rahmat on Wednesday, February 17, 2021
“Semoga dipermudahkan segala urusan dan kesulitan yang berlaku buat diriku dan semua rakan muka buku,”
“Saya akui kelemahan yang berlaku dan bersedia untuk belajar dan memperbaikinya. Saya bangga jadi guru,” luah cikgu Rafidah.
Lantaran itu, ‘posting’ cikgu Rafidah menarik perhatian warganet dimana rata-rata mereka memberikan kata-kata positif dan semangat buat dirinya agar terus berjuang mendidik anak bangsa.
Berdebar walaupun rakaman
17.2.2021 Slot saya pukul 11 pagi nanti....Makin berdebar pulak...padahal rakaman je pun..hehehe
Posted by Rafidah Rahmat on Tuesday, February 16, 2021
Terima kasih cikgu, jangan mengalah!
Semoga cikgu ceria selalu
Jangan pedulikan orang tak beradab
Terdahulu, seorang penyampai radio (DJ) dikecam warganet apabila selepas memuat naik video di aplikasi TikTok dimana seakan-akan memperlekeh sebutan bahasa Inggeris guru tersebut yang mengajar subjek Sains.
Bagaimanapun, DJ dikenali sebagai Yusuf Shukri itu telah tampil memohon maaf kepada cikgu Rafidah dan digantung tugas buat sementara waktu.
Sumber: Facebook Rafidah Rahmat
Comments
Post a Comment