Selepas Provokasi Pengguna Jalan Raya, Profesor Madya Tampil bersuara Skip to main content

Selepas Provokasi Pengguna Jalan Raya, Profesor Madya Tampil bersuara

“MACAM ini ke sahsiah seorang doktor?”

Demikian kapsyen seorang pemandu kenderaan pada perkongsiannya di Twitter, yang meluahkan rasa geram dengan tindakan biadab seorang pemandu wanita dipercayai doktor.

Video daripada rakaman papan pemuka (dashcam) kereta yang dimuat naik di akaun @Fadzmin berdurasi lebih dua minit itu memaparkan kereta yang dipandu pemuda itu hampir sahaja bertembung dengan kereta yang dipandu ‘doktor’ berkenaan, selepas wanita tersebut membuat pusingan U secara melulu.

Mohon Maaf

Seorang profesor madya membuat permohonan maaf di atas tindakannya memaki hamun seorang pengguna jalan raya, hari ini.

Bahariah Khalid yang bertugas sebagai pensyarah di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM) memuat naik gambar bertulis perkataan ‘maaf’ di Instagram miliknya.

Wanita itu turut menulis kapsyen “Jika saya salah, saya minta maaf. Jika saya betul, saya maafkan semua. Spread the positivity. Im done. Assalamualaikum”

Terdahulu, satu video tular di media sosial apabila seorang individu dipercayai doktor mendoakan orang awam supaya dij4ngkiti C0vid-19.

Dua video berasingan yang dimuat naik di laman Twitter masing-masing berdurasi dua minit 20 saat dan 30 saat itu menyaksikan sebuah kereta yang dipercayai dipandu seorang doktor melakukan pusingan U sesuka hati di kawasan sekitar Hospital Serdang.

Tindakan wanita itu nyaris menyebabkan berlakunya kemalangan dengan kenderaan lain.

Pengguna Twitter Fadzli Amin atau @Fadzmin yang memuat naik dua video itu memaklumkan pemandu tersebut yang juga seorang doktor telah melakukan provokasi.

“@kkmm_gov @KKMPutrajaya macam ini kah sahsiah seorang doktor? Lokasi di Hospital Serdang.

“Cara dia membuat pusingan U membahayakan orang lain dan melakukan provokasi melampau. Wajarkah seorang doktor mendoakan orang lain kena (dijangkiti) Covid-19?,” ciap @Fadzmin.

Dalam pada itu, menurut sumber, pihak Hospital Serdang menafikan wanita berkenaan merupakan kakitangan atau pengamal perubatan Hospital Serdang.

Setakat pukul 2 petang hari ini, video tersebut mendapat kira-kira 1.38 juta tontonan di laman Twitter

KKM Dan Pihak H0spital Sendiri Tampil Jelaskan Perkara Sebenar

Sejak semalam, tular di media sosial mengenai sebuah rakaman dashcam yang memperlihatkan seorang pemandu melakukan pusingan U hingga mengak.ibatkan kes.usahan kepada pemandu lain.

Lebih mengg.emparkan, pemandu yang turut melakukan pr.ovakasi itu dipercayai seorang doktor.

Terbaru, menerusi satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), pemandu yang tular di media sosial itu bukan kakitangan H0spital Serdang dan KKM.

Bukan kakitangan h0spital

Menurut Pengarah H0spital Serdang, pihaknya mengambil maklum akan lsu tular di laman media sosial Twitter milik Fadzil Amin, bertarikh 2 Februari berkenaan kelakuan seorang wanita yang did.akwa doktor telah melakukan pusingan ‘u’ di lampu isyarat di hadapan hospital berkenaan serta dialog antara pemandu dan pemilik Twitter.

Oleh itu, semakan telah dibuat dan pihak hospital mendapati wanita tersebut seperti dakwaan Fadzil Amin adalah bukan kakitangan H0spital Serdang dan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Menerusi satu video berasingan yang dirakam penumpang keretanya, pemandu kereta sedan yang merupakan seorang wanita pertengahan umur itu mengamuk dan mengeluarkan kata-kata kesat ketika mereka berhenti di lampu isyarat.

Dalam riak wajah mar4h, pemandu wanita berkenaan mendoakan agar pemuda berkenaan dijangkiti wab4k C0vid-19.

Posting yang dimuat naik oleh seorang pemuda mengenai insiden di mana dia hampir bertembung dengan sebuah kereta dipandu seorang wanita dipercayai doktor.

Situasi tegang itu berlangsung selama hampir seminit sebelum kedua-duanya mula bergerak selepas lampu isyarat bertukar hjau.

Menurut pemuda tersebut, dia kesal kerana pemandu wanita berkenaan bukan sahaja melakukan pusingan U secara berbahaya malah melakukan provokasi melampau.

“Wajar ke seorang doktor doakan orang kena C0vid? Dah la u-turn macam tu, puk**** kan orang.

“So ramai yang tanya aku macam mana tahu yang dia tu doktor? Aku tahu sebab dia tunjuk dia punya stethoscope sambil cakap ‘kau nampak ni? Aku doakan korang kena Covid’. Konon nak bagitahu yang dia tu terpaling doktor,” tulisnya.

Tambahnya lagi, tindakan dia membunyikan hon adalah kerana pemandu wanita berkenaan hampir sahaja memasuki laluannya.

Wajar ke seorang doktor doakan orang kena C0vid? Dah la u-turn macam tu, puk**** kan orang.

“Pasal yang kata aku laju, please bandingkan speed kereta aku dengan kereta lain yang bergerak. Kereta depan aku lebih laju kalau nak banding dengan aku.

“Korang nampak laju sebab kereta tepi jalan tu semua parking dan tak bergerak, jadi vision kamera nampak macam kereta aku laju,” ujarnya.

Kejadian dipercayai berlaku berdekatan kawasan sebuah hospital di Serdang.

Difahamkan, insiden pertengkaran itu berpunca akibat kekeliruan sistem lampu jalan raya berdekatan kawasan kejadian.

Video yang kini meraih sehingga hampir 16,000 retweet itu mengundang reaksi yang pelbagai daripada netizen.

Ada yang mengaitkan berkemungkinan pemandu wanita berkenaan sedang tertekan dengan tugasan sebagai frontliners.

Kereta yang dipandu oleh pemandu wanita (dalam bulatan) yang sedang melakukan pusingan U.

Malah ada di antara mereka turut membuat pautan akaun Twitter KKM agar mengambil perhatian terhadap insiden berkenaan.

“Wanita tu boleh saja pandu macam biasa lepas kena hon tapi i, tulah tetap jugak nak pergi hon kereta orang ni tetiba nak serang lepas tu nak mencarut bagai,” komen seorang pelayar.

“Kena pergi belajar stress management la. Takkan la benda dari stress dekat tempat kerja, kena bawa sampai keluar?” komen pelayar lain pula.

“Bagi aku la, atas jalan ni kena peka, tak kisahlah kau betul atau salah tapi demi kebaikan nyawa korang. Dia macam sesuatu kita boleh tolak ansur walau dua-dua lampu hijau,” komen netizen yang lain pula.

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

Comments

Popular Article

Senarai Lokasi Sekatan Jalan Raya Dalam Tempoh PKPB Di Selangor, Kuala Lumpur & Putrajaya

Umum mengetahui pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sudah pun dijalankan Memandangkan kes wabak Covid-19 yang semakin meningkat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya pelbagai prosedur operasi standard (SOP) telah ditetapkan sepanjang tempoh PKPB ini. Kerajaan telah menetapkan bahawa perjalanan merentas daerah dan negeri juga adalah dilarang bagi mengelakkan penularan wabak tersebut. Dalam pada itu, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) juga bersetuju untuk membenarkan maksimum 10 peratus pekerja daripada 6 tugasan yang disenaraikan untuk berada di pejabat mulai 22 Oktober ini. Antara tugasan yang dibenarkan ialah melibatkan perakaunan, kewangan, pentadbiran, perundangan, perancangan serta teknologi maklumat dan komunikasiI (ICT). Mereka yang berada di pejabat pula dihadkan berkerja selama 4 jam sahaja bermula jam 10 pagi sehingga 2 petang untuk 3 hari seminggu. Bagi majikan, mereka hanya perlu me

[VIDEO] Detik-Detik Akhir Rakaman Kembar 4 Dilahirkan, Wanita Ini Kongsi Momen Kehamilan

Kelahiran anak kembar cukup istimewa di hati ibunya. Perjalanan kehamilan tentu tidak seperti kehamilan biasa. Ibu ini kongsikan pengalamannya melalui kehamilan kembar selama 35 minggu. Ibu kepada bayi kembar empat yang tular baru-baru ini, Puan sha.rissa telah berkongsi perjalanan kehamilan beliau. Kebanyakan netizen kagum dengan ibu ini, cukup kuat menempuhi kehamilan berganda sehingga selamat melahirkan pada usia kehamilan 35 minggu. KETIKA KANDUNGAN BERUSIA 7 & 11 MINGGU Ibu hebat ini mulanya merahsiakan kandungannya ialah kandungan kembar sehinggalah terpaksa menceritakan kepada ketua kerana perlu mengambil cuti. sha.rissa “Ultrasound images at 7 & 11 weeks. I kept it a secret from my friends and colleagues about the quads until delivery. Tapi terpaksa bagitahu my boss sebab kena apply banyak cuti. So I showed him this scan pictures and he was like ”empat???” Btw, thanks boss for being so understanding.” ANTARA UBAT Dan SUPLEMEN YANG DICADANGKAN OLEH DOKTOR Puan Sha.rissa

Video - Bukan malu hidup susah! Bapa ‘lari’ ketika anak rakam sedang makan nasi kosong beri penjelasan - “Hari tu saya cuma ada RM5”

SEORANG bapa dilihat menjamah nasi putih hanya dengan kicap, itu pun baki selepas anaknya makan tengah hari! Kisah ini tular di laman Facebook apabila anak kepada lelaki berkenaan, Nik Aswan yang baru berusia 10 tahun memuat naik video bapanya di akaun TikTok miliknya. Bapanya, Ngah Misnum, 36, bagaimanapun segera memadam video tersebut sebaik sahaja mendapat tahu ia tular dalam masa beberapa jam. “Sejujurnya saya tak sangka langsung dia akan muat naik video tu sebab masa saya sedar dia tengah rakam, saya terus bangun dari tempat duduk. “Tahu-tahu tular sampai dekat Facebook, memang terkejut sangat. Saya terus ambil telefon dia dan padam video tu,” katanya kepada mStar, mengimbas kembali video yang memaparkan ‘adegan’ dirinya makan nasi tanpa lauk. Kehidupan dua beranak yang tidak meminta simpati orang ramai. Bagi mereka yang sempat menonton video tersebut, rata-rata mengakui sebak melihat kehidupan dua beranak itu yang serba sederhana tetapi bahagia. Ngah, yang berasal dari Kuala Neru