Sempat Selfie Bersama, Suami Tergamak Tolak Isteri Hamil 7 Bulan Dari Tebing Bukit Skip to main content

Sempat Selfie Bersama, Suami Tergamak Tolak Isteri Hamil 7 Bulan Dari Tebing Bukit

Seorang suami di Turki di bawa ke mahkamah atas tuduhan membunuhh isterinya dengan cara yang tak disangka.

Sebelum melakukan perkara itu, dia dilaporkan mengambil gambar selfie bersama isterinya yang hamil tujuh bulan dan beberapa saat kemudian menolak isterinya jatuh dari tebing bukit.

Hakan Aysal, 40, telah ditangkap oleh polis dan dia dituduh menolak Semra Aysal, 32, dari tebing bukit sehingga mangsa meninggal dunia ketika mereka bercuti di Butterfly Valley, di bandar Mugla, tenggara Turki, lapor Mirror.

Semra, yang mengandung tujuh bulan, meninggal bersama bayinya yang belum lahir.

Pendakwa raya mengatakan pasangan itu sempat mengambil gambar swafoto di tebing bukit.

Menurut pendakwa raya, “kecelakaan” itu sebenarnya adalah rancangan jahat Hakan untuk menuntut wang insurans.

Dia dituduh melakukanperkara tersebut  dengan sengaja. Dalam satu dokumen pendakwaan, Hakan dikatakan telah merancang untuk ‘menggadaikan’ nyawa isterinya bagi mendapatkan wang insurans kemalangan jiwa sebanyak 400,000 lira Turki (RM250,000) yang dinamakan ke atas namanya.

Pihak pendakwa turut menyatakan bahawa alasan mereka duduk di tebing bukit selama tiga jam adalah kerana Hakan mahu memastikan bahawa tidak ada orang di sekitarnya sebelum menolaknya jatuh ke bawah.

Dokumen yang dikemukan oleh pihak pendakwa turut menyatakan bahawa Hakan telah menuntut pembayaran insurans sebanyak TRY 400,000 setelah isterinya meninggal dunia, namun ditolak oleh pihak insurans setelah siasatan terperinci dilakukan.

Manakala dalam satu wawancara video bersama dengan saudara mangsa, Naim Yolcu mengatakan bahawa ketika berkunjung ke Institut Perubatan Forensik untuk mengambil mayat isterinya, Hakan tidak keluar dari kereta dan reaksinya seperti tiada apa-apa yang berlaku.

“Setelah dia meninggal, kami baru mengetahui bahawa dia mempunyai tiga pinjaman yang Hakan ambil atas nama adik saya.

Selain itu, Hakan adalah orang yang takut dengan ketinggian, jadi sukan ekstrem apa yang boleh dilakukan olehnya jika dia takut dengan ketinggian?” kata Naim.

Hakan dalam satu soal jawab bersama mahkamah telah menafikan bahawa dia bertanggungjawab atas kematian isterinya.

“Dia meminta saya untuk memberikannya telefon. Saya bangun dan kemudian mendengar isteri saya menjerit di belakang saya ketika saya berjalan beberapa langkah untuk mendapatkan telefon dari begnya. Ketika saya menoleh, dia tidak ada di sana. Saya tidak ‘tolak isteri saya’,” katanya kepada mahkamah.

Mahkamah Jenayah Tinggi Fethiye telah memutuskan bahawa Hakan akan ditahan di atas pertuduhan tersebut.

Sumber

Comments

Popular Article

Isu Pelajar Dihina Dah Settle, Rupanya Pensyarah Sendiri Bantu Dapatkan Laptop?

Rentetan tularnya satu klip video kontroversi seolah-olah memperlekeh pelajar dari keluarga berstatus B40, seorang pensyarah kontrak kini sedang disiasat oleh pihak universiti awam di Perak. Hasil maklumat terkini mendapati sesi kuliah online tersebut sebenarnya berlangsung pada semester lalu, namun ramai pihak tertanya-tanya apakah motif ia hanya dimuat naik di laman Twitter semalam. @uitm_channel Kenyataan Naib Canselor berkenaan Isu Pelajar B40 ♬ original sound - Universiti Teknologi MARA Meskipun tuan badan belum perjelaskan cerita sebenar…ramai mula henti kecam lepas tahu kisah sebaliknya  Meskipun pihak empunya badan belum tampil menjelaskan situasi sebenar, namun kemarahan netizen tanpa disangka-sangka sudah semakin reda. Walaupun kenyataan pensyarah tersebut dikecam masyarakat seluruh negara, tetapi ramai mula hormat kepadanya semula lepas mengetahui kisah sebalik video berkenaan. Ini video tahun lepas, kawan sekelas yang tularkan…dia padam akaun lepas dah jadi viral  M

'Dia tak mabuk, tak guna phone, pakai seat belt bukti dia memandu dengan penuh tanggungjawab' - Netizen buat petisyen, desak bebaskan Sam Ke Ting

Susulan keputusan Mahkamah Tinggi Johor Bharu menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000 kerana menyebabkan kematian 8 remaja berbasikal lajak di jalan raya pada jam 3 pagi, ramai netizen menyuarakan bantahan terhadap keputusan itu. Satu petisyen juga telah diwujudkan untuk mendapatkan sokongan ramai bagi mendesak pihak berkenaan membebaskan Sam Ke Ting daripada pertuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja terbabit.  "Seperti yang dinyatakan oleh Majistret Siti Hajar Ali dalam penghakimannya pada 2019, Sam tidak berada di bawah pengaruh alkohol, tidak menggunakan telefon bimbit dan memakai tali pinggang keledar semasa memandu, membuktikan bahawa dia memandu dengan penuh tanggungjawab dan berhati-hati.  "Tetapi keadaan gelap, jalan berbukit-bukau dan berliku-liku di mana pemandu tidak dapat menjangkakan ada geng basikal lajak di jalan raya pada jam 3 pagi.  "Kami rakyat Malaysia berasa ngeri dengan hukuman yang dikenakan terhad

“Anak Speech Delay, Padan Muka” – Cikgu Ayu Mohon Maaf Ayat Guris Hati Ibu Bapa

Cikgu Ayu pada semalam sempat berkongsikan pendapatnya di TikTok ekoran isu seorang anak murid dibuang dari tadika lantaran terkencing di dalam kelas,. Beliau turut memberikan teguran secara terbuka khususnya buat sebilangan ibu bapa yang tidak menyedari tentang kepentingan mengajar anak untuk menguruskan diri sendiri sekiranya terasa hendak membuang air. Akan tetapi, kelantangan itu malah mengguris hati ramai pihak. Kalau yang faham, saya punya penerangan tu untuk parents jangan MALAS  Justeru itu, pendidik pra-sekolah ini sempat menjelaskan beliau menujukan peringatan tersebut kepada golongan ibu bapa yang bersikap malas sahaja. Kenyataan berbunyi “Anak speech delay, padan muka” pula tidak lain tidak bukan merupakan ulasan kepada perangai segelintir penjaga yang gemar membiarkan cahaya mata mereka terdedah dengan gajet secara kerap tanpa kawalan. @cikguayu_imtecer Reply to @mama.imanandikram klu yg faham i punya penerangan tu..untuk parents yg MALAS! OK. #cikguayusempoi ♬ bunyi a