Sering Menghulurkan Bantuan, Ini 7 Perniagaan Ustaz Ebit Lew Yang Mungkin Orang Tak Tahu Skip to main content

Sering Menghulurkan Bantuan, Ini 7 Perniagaan Ustaz Ebit Lew Yang Mungkin Orang Tak Tahu

Sebut sahaja nama Ustaz Ebit Lew, pasti kita akan mengenali seorang ustaz yang lemah lembut tutur katanya dan terkenal dengan ayatnya “Allah Sayang Kita”.

Ustaz Ebit Liew atau nama sebenar beliau Ebit Irawan bin Ibrahim Lew juga dikenali umum sebagai seorang ustaz berbangsa Cina yang dermawan

Apakah perniagaan yang diusahakan beliau sehingga mampu membantu orang lain dengan mudah?

Baru-baru ini, telah kecoh isu tentang harta kekayaan Ustaz Ebit Lew ini di media sosial. Ramai yang mempertikaikan dari mana datangnya wang beliau yang banyak.

Di sini, kami kongsikan perniagaan Ustaz Ebit Lew yang mungkin ramai tak tahu.

1. Motivator dan Seminar

Ustaz Ebit juga pernah bekerja dengan Dato Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah dan Profesor Hanim sebagai motivator dan juga trainer.

“Saya mula kerja dengan Dato Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah dan Prof Hanim. Sebagai trainer atau motivator. Program korporat team building selama 4 tahun.”. Pendedahan ini boleh dibaca di Facebook Ebit Liew.

Setelah mempunyai ilmu yang mantap, barulah beliau memulakan program motivasinya yang sendiri di bawah syarikat Transform Education & Training Sdn Bhd dengan produk yang terkenal iaitu seminar motivasi kekeluargaan Keluarga Sunnah.

Boleh layari www.transformjiwa.com untuk maklumat program terkini mereka.

2. Kafe Paramount Coffee House

Tahukah anda, rangkaian kafe Paramount Coffee House juga adalah perniagaan keluarga Ustaz Ebit Liew. Mengikut semakan kami, perniagaan ini sudah bermula sejak tahun 2015 lagi di atas nama Azmy bin Ibrahim Lew.

Kini, restorannya telah mempunyai 3 cawangan. Makanan pun boleh dikatakan agak sedap dan harganya pun berpatutan.

3. Butik Pakaian Busana Muslim

Pernah dengar nama Kurta Sapoor atau Jubah Uwais? Ianya juga merupakan produk daripada perniagaan butik milik Ustaz Ebit Lew yang diberi nama Elew’s Design.

Butik ini terletak di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, Selangor

4. Rancangan Talk Show

Rancangan ‘talk show’ Ustaz Ebit Lew juga telah bertapak selama dua tahun di Astro Oasis (Door to Door Ebit Lew) dan TV Al Hijrah (A bit With Ebit). Ini pastinya dapat meningkatkan lagi populariti Ustaz Ebit Liew.

Berapa royalti pihak Astro dan TV Al Hijrah bayar kepada beliau itu wallahualam.

5. Penulis Buku

Selain daripada itu, buku-buku karya penulisan beliau juga masih laris dijual walaupun sudah 8 tahun di pasaran. Kesemuanya ada 9 buah buku yang ditulis oleh Ustaz Ebit Lew. Antaranya adalah  Isteriku Bidadari, Tangisan Umat, Menulusuri Cinta, Perjalanan Hidayah Umat dan 11 Amalan Memiliki Kekayaan.

6. Pendakwah di Media Sosial

Beliau juga meraih sumber pendapatannya melalui Youtube. Dikatakan melalui Youtube sahaja, pendapatannya mencecah ribuan ringgit sebulan.

7. Pasaraya ElewSmart

Ustaz Ebit juga telah menggemparkan negara kerana telah membuka pasaraya ElewSmart yang menawarkan harga barangan yang murah dan menyediakan ‘Food Bank’ bagi mereka yang memerlukan.

Kini, ElewSmart dengan tagline “Saudaraku, Murah” telah mempunyai 10 cawangan di sekitar Lembah Klang. (Bandar Baru Bangi, Kajang, Cyberjaya, Sg. Buloh, Balakong Cheras, Shah Alam, Damansara, Prima Gombak, Gombak Traders dan Subang Perdana)

Semoga sifat beliau yang pemurah kerana menggunakan harta dan kekayaannya untuk membantu insan yang memerlukan dapat diteladani.

“Begitulah rezeki Allah beri. Tapi saya yakin Allah beri semua sekali. 2 perkara penting. Rajin dan Yakin. Tiada tempat dunia dan akhirat untuk orang malas.” – Ustaz Ebit Liew

Sumber: Majalahlabur

Comments

Popular Article

Isu Pelajar Dihina Dah Settle, Rupanya Pensyarah Sendiri Bantu Dapatkan Laptop?

Rentetan tularnya satu klip video kontroversi seolah-olah memperlekeh pelajar dari keluarga berstatus B40, seorang pensyarah kontrak kini sedang disiasat oleh pihak universiti awam di Perak. Hasil maklumat terkini mendapati sesi kuliah online tersebut sebenarnya berlangsung pada semester lalu, namun ramai pihak tertanya-tanya apakah motif ia hanya dimuat naik di laman Twitter semalam. @uitm_channel Kenyataan Naib Canselor berkenaan Isu Pelajar B40 ♬ original sound - Universiti Teknologi MARA Meskipun tuan badan belum perjelaskan cerita sebenar…ramai mula henti kecam lepas tahu kisah sebaliknya  Meskipun pihak empunya badan belum tampil menjelaskan situasi sebenar, namun kemarahan netizen tanpa disangka-sangka sudah semakin reda. Walaupun kenyataan pensyarah tersebut dikecam masyarakat seluruh negara, tetapi ramai mula hormat kepadanya semula lepas mengetahui kisah sebalik video berkenaan. Ini video tahun lepas, kawan sekelas yang tularkan…dia padam akaun lepas dah jadi viral  M

'Dia tak mabuk, tak guna phone, pakai seat belt bukti dia memandu dengan penuh tanggungjawab' - Netizen buat petisyen, desak bebaskan Sam Ke Ting

Susulan keputusan Mahkamah Tinggi Johor Bharu menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000 kerana menyebabkan kematian 8 remaja berbasikal lajak di jalan raya pada jam 3 pagi, ramai netizen menyuarakan bantahan terhadap keputusan itu. Satu petisyen juga telah diwujudkan untuk mendapatkan sokongan ramai bagi mendesak pihak berkenaan membebaskan Sam Ke Ting daripada pertuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja terbabit.  "Seperti yang dinyatakan oleh Majistret Siti Hajar Ali dalam penghakimannya pada 2019, Sam tidak berada di bawah pengaruh alkohol, tidak menggunakan telefon bimbit dan memakai tali pinggang keledar semasa memandu, membuktikan bahawa dia memandu dengan penuh tanggungjawab dan berhati-hati.  "Tetapi keadaan gelap, jalan berbukit-bukau dan berliku-liku di mana pemandu tidak dapat menjangkakan ada geng basikal lajak di jalan raya pada jam 3 pagi.  "Kami rakyat Malaysia berasa ngeri dengan hukuman yang dikenakan terhad

“Anak Speech Delay, Padan Muka” – Cikgu Ayu Mohon Maaf Ayat Guris Hati Ibu Bapa

Cikgu Ayu pada semalam sempat berkongsikan pendapatnya di TikTok ekoran isu seorang anak murid dibuang dari tadika lantaran terkencing di dalam kelas,. Beliau turut memberikan teguran secara terbuka khususnya buat sebilangan ibu bapa yang tidak menyedari tentang kepentingan mengajar anak untuk menguruskan diri sendiri sekiranya terasa hendak membuang air. Akan tetapi, kelantangan itu malah mengguris hati ramai pihak. Kalau yang faham, saya punya penerangan tu untuk parents jangan MALAS  Justeru itu, pendidik pra-sekolah ini sempat menjelaskan beliau menujukan peringatan tersebut kepada golongan ibu bapa yang bersikap malas sahaja. Kenyataan berbunyi “Anak speech delay, padan muka” pula tidak lain tidak bukan merupakan ulasan kepada perangai segelintir penjaga yang gemar membiarkan cahaya mata mereka terdedah dengan gajet secara kerap tanpa kawalan. @cikguayu_imtecer Reply to @mama.imanandikram klu yg faham i punya penerangan tu..untuk parents yg MALAS! OK. #cikguayusempoi ♬ bunyi a