Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum untuk semua pembaca di sini. Ini adalah kali pertama aku confess di sini, yang sebelum ini hanyalah sekadar silent reader sahaja.
Aku berusia 40 an, mempunyai 3 orang cahaya mata yang telah menjejak kaki ke universiti. Aku telah berkahwin selama 20 tahun. Iya, 20 tahun, lama bukan. Berkahwin dengan pilihan hati, walaupun tidak disukai ibu pada awalnya.
Aku seorang wanita berkerjaya. Bergaji agak lumayan manakala suami bekerja swasta dengan gaji yang biasa biasa sahaja. Suamiku seorang yang family man, tidak tinggal solat, selalu ke surau berjemaah dan dari segi luarannya he is perfect man dan selalu dicemburui kawan kawan aku, yang mengatakan beruntungnya aku mendapat suami seperti dia.
Iya ke sangat beruntung. Tetapi beruntung dimata orang inilah yang menyebabkan aku makan hati, berendam air mata dan bermonolog dalam duka. Dia seorang yang tidak rajin mencari nafkah. Dengan gaji yang kecik, hampir 90% terletak dibahu aku. Rumah, kereta dua buah dan tanah semuanya atas usaha aku. Semua aku yang bayar.
Perkakas rumah semuanya daripada aku, hasil gaji aku. Dia bolehlah beli paip air yang rosak. Kalau pergi bercuti, 90% aku yang tanggung.
Daripada duit minyak, hotel dan makan. Semua aku. Bercuti pun atas usaha aku demi anak anak yang bosan duduk di rumah. Bila aku mintak dia cari duit luar, aku tahu sebab dia mampu, tapi itu jadi punca perbalahan kami. Sehingga berhari hari tidak bercakap.
Daripada tahun pertama berkahwin sampai 20 tahun, inilah yang aku tanggung. Sehingga kerja dia yang bertangguh dengan orang aku yang kena selesaikan beribu ribu ringgit, demi maruah. Hutang dengan orang pun banyak. Hutang dengan aku belas belas ribu. Tunggu dapat gaji nak bayar. Belas tahun dah aku dengar ayat ni. Bila nak bayar, sebab gaji kecik.
Baju raya aku dah belas tahun tak bagi. Pakaian lain lagi lah tak. Aku yang selalu beli baju baju dia, tanpa ada terima kasih. Dia benar benar dalam zon selesa. Selesa sangat. Dia tak kisah sangat kalau duit takda samada untuk dia atau anak anak. Tak kisah langsung, sebab baginya aku ada.
Kadang kadang aku menangis sendiri. Dia tak pernah Tanya samada aku cukup duit atau tak. Tak pernah sekalipun. Nafkah aku??? RM50 sebulan pun tak dapat. Dahlah buat kerja semua benda lambat. Balik dari pejabat main game depan tv. Lepas isyak sambung game lagi sambil tengok tv. Kadang sampai jam 11 atau 12 malam.
Bila aku nak duduk dan berbincang, dia bangun. Aku pegang tangan dia, dia mintak lepaskan. Nak bincang dalam bilik tidur, dia kata penat.
Jadi, di manakah nilai aku sebagai isteri pada dia. Nak gurau senda memang taklah. Dulu dulu je ada. Akhir akhir ni, aku semakin tawar hati. Tawar sangat sangat. Aku dah feed up dengan perkahwinan toksik ini.
Selepas lama memendam luka yang tidak sembuh sembuh ini, aku nekad mintak untuk dilepaskan. Aku beritahu kepadanya supaya lepaskan aku dalam keadaan baik. Jangan siksa aku dengan perkara yang aku tak mampu menanggungnya lagi. Aku ingin lepas dari dosa dalam rumahtangga ini. Aku tak mampu lagi hadapnya. Aku ingin bahagia di hujung usia ini. Aku sungguh tidak mampu.
Betapa berdosanya aku, tidak melayannya sebagai suami, lantaran sakit dijiwa yang kian hari kian parah. Sedih dan terluka dengan sikapnya yang tidak mahu berubah.Dia merayu aku agar fikirkan anak anak. Aku kata, jangan jadikan alasan anak untuk kita kekal dalam perkahwinan ini.
Aku akan berterus terang dengan anak anak sebab mereka dah semakin dewasa dan mereka berhak tahu keadaan ibu dan ayah mereka. Aku sudah tidak boleh terus berpura pura, menanggung beban kewangan yang tidak sedikit.
Dia Tanya aku, apa syarat yang aku nak untuk dia beroleh semula cinta aku. Aku kata, tidak ada apa apa syarat, aku nak dia lepaskan aku secara baik. Itu sahaja. Aku telah berhubung dengan peguam aku untuk aku failkan percerraian ini.
Habis sahaja PKP, peguam aku akan proceed semua ni dan akan buat surat serahan kepadanya. Aku redha. Perkahwinan ini ada tempoh masa, sama ada berpisah dengan ajal atau berpisah dengan lafaz. Daripada aku menanggung der1ta yang tidak sudah ini, biarlah aku berlepas diri.
Dulu aku fikir, lelaki yang baik dan tidak tinggal solat adalah baik sebagai suami. Tapi ternyata aku silap.Itu tanggungjawabnya dengan A1lah, tapi diabaikan tanggungjawab sebagai suami.
Aku juga bukan buat keputusan terburu buru, lama aku berfikir. Bermunajat dikeheningan malam dan mohon petunjuk dari AIlah. Semoga AlIah kurniakan yang terbaik untuk aku serta untuk dia juga. Percerraian ini adalah diharuskan sekiranya ia tidak lagi menjadi syurga untuk kita sebagai isteri.
Jangan lihat isu percerraian sebagai semuanya negatif. Ada orang yang bercerrai tapi tetap bahagia. Jangan paksa diri kalau tidak boleh meneruskan rumahtangga. Kalau suami dan isteri tidak boleh lagi bersama melalui rumahtangga, maka bercerrai itu jalan penyelesaian terbaik.
Jangan kerana sebab anak anak semata, suami atau isteri, paksa diri untuk telan segala derita dan kepahitan asalkan tidak bercerrai. Andai kata segala usaha telah dilakukan, maka bercerrai. Jangan lihat percerraian itu negatif belaka. Ingat dan sedarilah, walaupun bercerrai tapi tetap ada bahagianya juga.
Percerraian juga ada positifnya, ia sebagai satu jalan keluar. Bagi yang bercerrai anda masih boleh melalui kehidupan dengan bahagia. Belum tentu dengan mengekalkan perkahwinan anda bahagia dan tidak semestinya orang yang bercerrai akan derita. Bahagia dan derita letaknya dihati. Kita boleh pilih nak rasa yang mana.
AlIah berikan panas terik, rupanya ada teduh yang menanti, AlIah berikan hujan dan petir, rupanya ada pelangi sebagai ganti. Bersangka baiklah kepada AlIah dengan tiap takdir Nya.
Reaksi Warganet
Nur Hela –Bila minta cerai, disuruh pikir pasal anak anak. Padahal diri tu risau ‘mesin atm’ nak lari. 20tahun dah cukup lama sis. Kalau bela kambing sepasang, sekarang awak dah jadi usahawan kambing yang berjaya. Tapi malangnya, awak bela biawak..Biawak ni kan nak sembelih makan tak boleh. Nak jual tak boleh. Hari hari curi makan lauk kita. Alih alih kita yang sakit hati. Eh sori tersilap bukak channel nat geo wild.
Nurul Syafinaz –Sebab tu saya pegang kata kata ayah saya, perempuan tak bole tanggung keluarga sebab mereka akan berkira. Saya ada ijazah, suami pula SPM.. Selepas kahwin, saya dapt tawaran kerja PJJ tapi saya tolak sebab saya taknak berjauhan dengan suami. Duit, biar suami yang cari. Saya ada duit sendiri, cuma saya minta semua duit gaji dia untuk saya uruskan..
Jadi takde isu suami gaji kecil, sebab duit dia semua suami bagi. Jadi hidup ikut kemampuan suami. Kalau ada lebih, belilah barang barang apa sume sendiri
Yang penting bahagia. Alhamdulillah 9tahun usia perkahwinan dengan sepasang anak.
Hiedayah Lee -AlIahu. Such a strong woman. Saya baca pun rasa penat, sesak dada. Moga dipermudahkan segalanya buat puan.Sepatutnya di awal perkahwinan, tugas suami letakkan di bahu suami. Bukan puan untuk memikulnya walau apa jua alasan. Jadi pengajaran buat kami semua.
Para suami janganlah ambil kesempatan atas kebaikan isteri. If tak mampu mewahkan anak isteri, cukuplah jangan bebankan mereka. Bahagia itu bila kita saling membantu, tolak ansur, dan berkasih sayang tanpa syarat.
Azmalaili Abd Rahman –Saya usia 46 berkahwin 24 tahun. Macam macam dugaan yang dihadap, pernah rasa nak dok sendiri.
Tak lain semuanya perihal kewangan sikap dan tanggugjawab. Satu ketika AIlah hadirkan ilham untuk memohon kepadaNya
“Ya Allah engkau tutupkan mata hatiku untuk melihat segala kekurangannya.
Engkau bukakanlah pintu hatiku melihat segala kebaikanya. Dan engkau bukakanlah mata hatiku melihat segala kelemahan dan kekurangan diri ku. Ya AlIah hadirkanlah rasa cintaku kepada suamiku kerana mencari redhaMu”
Alhamdulillah setelah berbelas tahun on and of perasaan, akhirnya rasa tenang dan redha.
Sekarang kehidupan bahagia sehingga anak perasaan, katanya Ayah dah tak kedekut.Dalam hidup kita bukan mahu kaya tetapi bahagia yang diredhai, insyaAIlah kaya itu apabila kita telah rasa cukup.
Selagi kita rasa betul, ego yang tinggi terlupa dibumi kita berpijak, bahagia itu tidak akan kita perolehi kerana ia adalah anugerah dariNya.
Semoga TT akan temui jalan pulang yang sebenar. Kredit edisimedia
Comments
Post a Comment