Terpikat kegigihan suami ‘pancing’ hati, Syanie sah bergelar isteri kali ketiga Skip to main content

Terpikat kegigihan suami ‘pancing’ hati, Syanie sah bergelar isteri kali ketiga

Setelah setahun menjalin cinta, pelakon dan pelawak Syanie Hisham selamat bergelar isteri kepada pilihan hatinya seorang duda Zahiril Hafiz Mohammed Nor pagi tadi.

Menerusi laporan BH Online, majlis yang serba ringkas itu diadakan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

“Tiada wang hantaran disediakan. Sebaliknya, mas kahwin dalam bentuk gelang emas.  Syanie hanya menyarungkan cincin ke jari manis suami sebagai tanda temeterai ikatan. 

“Alhamdulillah, majlis berlangsung sempurna seadanya,” kata pelakon filem Senario The Movie itu.

Aktres yang berusia 47 tahun itu berkata, dia dan suami yang merupakan seorang perunding kewangan sebelum ini berhasrat menganjurkan majlis resepsi pada Ahad ini, namun terpaksa ditunda.

Selain itu, Syanie yang sebelum ini pernah mengalami kegagalan rumah tangga sebanyak dua kali turut mengakui bukan mudah untuk membuka hatinya menerima lamaran lelaki.

“Namun, kejujuran dan keikhlasan Zahiril membuka hati saya untuk kembali menikmati kemanisan ini. Jika diikutkan, Zahiril mula mendekati saya sejak tiga tahun lalu. Ketika itu, saya fikir belum masanya mencari pengganti.

“Pengajaran lalu mematangkan saya. Namun, sejak setahun lalu, dia bersungguh-sungguh mahu ‘memancing’ saya.

“Sikap budiman Zahiril menjadi antara sebab hati saya tersentuh. Dia lelaki pertama berani beritahu ibu dia mahu berkahwin dengan saya,” jelasnya.

Syanie pernah berkahwin pada 1996 dan bercerai pada 2002. Manakala perkahwinan kedua pula pada 2014, namun berpisah dua tahun kemudian.

Sumber: BH Online (Zaidi Mohamad) , Instagram @thelane.my

Comments

Popular Article

Isu Pelajar Dihina Dah Settle, Rupanya Pensyarah Sendiri Bantu Dapatkan Laptop?

Rentetan tularnya satu klip video kontroversi seolah-olah memperlekeh pelajar dari keluarga berstatus B40, seorang pensyarah kontrak kini sedang disiasat oleh pihak universiti awam di Perak. Hasil maklumat terkini mendapati sesi kuliah online tersebut sebenarnya berlangsung pada semester lalu, namun ramai pihak tertanya-tanya apakah motif ia hanya dimuat naik di laman Twitter semalam. @uitm_channel Kenyataan Naib Canselor berkenaan Isu Pelajar B40 ♬ original sound - Universiti Teknologi MARA Meskipun tuan badan belum perjelaskan cerita sebenar…ramai mula henti kecam lepas tahu kisah sebaliknya  Meskipun pihak empunya badan belum tampil menjelaskan situasi sebenar, namun kemarahan netizen tanpa disangka-sangka sudah semakin reda. Walaupun kenyataan pensyarah tersebut dikecam masyarakat seluruh negara, tetapi ramai mula hormat kepadanya semula lepas mengetahui kisah sebalik video berkenaan. Ini video tahun lepas, kawan sekelas yang tularkan…dia padam akaun lepas dah jadi viral  M

'Dia tak mabuk, tak guna phone, pakai seat belt bukti dia memandu dengan penuh tanggungjawab' - Netizen buat petisyen, desak bebaskan Sam Ke Ting

Susulan keputusan Mahkamah Tinggi Johor Bharu menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000 kerana menyebabkan kematian 8 remaja berbasikal lajak di jalan raya pada jam 3 pagi, ramai netizen menyuarakan bantahan terhadap keputusan itu. Satu petisyen juga telah diwujudkan untuk mendapatkan sokongan ramai bagi mendesak pihak berkenaan membebaskan Sam Ke Ting daripada pertuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja terbabit.  "Seperti yang dinyatakan oleh Majistret Siti Hajar Ali dalam penghakimannya pada 2019, Sam tidak berada di bawah pengaruh alkohol, tidak menggunakan telefon bimbit dan memakai tali pinggang keledar semasa memandu, membuktikan bahawa dia memandu dengan penuh tanggungjawab dan berhati-hati.  "Tetapi keadaan gelap, jalan berbukit-bukau dan berliku-liku di mana pemandu tidak dapat menjangkakan ada geng basikal lajak di jalan raya pada jam 3 pagi.  "Kami rakyat Malaysia berasa ngeri dengan hukuman yang dikenakan terhad

“Anak Speech Delay, Padan Muka” – Cikgu Ayu Mohon Maaf Ayat Guris Hati Ibu Bapa

Cikgu Ayu pada semalam sempat berkongsikan pendapatnya di TikTok ekoran isu seorang anak murid dibuang dari tadika lantaran terkencing di dalam kelas,. Beliau turut memberikan teguran secara terbuka khususnya buat sebilangan ibu bapa yang tidak menyedari tentang kepentingan mengajar anak untuk menguruskan diri sendiri sekiranya terasa hendak membuang air. Akan tetapi, kelantangan itu malah mengguris hati ramai pihak. Kalau yang faham, saya punya penerangan tu untuk parents jangan MALAS  Justeru itu, pendidik pra-sekolah ini sempat menjelaskan beliau menujukan peringatan tersebut kepada golongan ibu bapa yang bersikap malas sahaja. Kenyataan berbunyi “Anak speech delay, padan muka” pula tidak lain tidak bukan merupakan ulasan kepada perangai segelintir penjaga yang gemar membiarkan cahaya mata mereka terdedah dengan gajet secara kerap tanpa kawalan. @cikguayu_imtecer Reply to @mama.imanandikram klu yg faham i punya penerangan tu..untuk parents yg MALAS! OK. #cikguayusempoi ♬ bunyi a