Selepas menanti hampir 8 tahun untuk menimang cahaya mata, akhirnya, aktor kacak Jehan Miskin menimang cahaya mata lelaki selepas isteri tersayang selamat melahirkan pada 20 Februari 2021.
Penantian berakhir
Jehan telah memuat naik gambar memegang bayinya dengan menzahirkan rasa syukur dan mengucapkan selamat datang kepada putera sulungnya.
Dah ada nama anak
Pelakon itu juga telah memilih nama Axel Nova Rhee bin Jehan untuk cahaya mata pertamanya yang lahir pada hari kesembilan sambutan Tahun Baru Cina.
Alhamdulillah! Tahniah
Sehubungan dengan itu, Instagram Jehan telah dibanjiri dengan ucapan tahniah buatnya dan isteri tersayang, Julie Rhee diatas kehadiran orang baru dalam keluarga mereka.
Tak sabar nak jumpa baby
Selamat datang kedunia ‘keibubapaan’
Sumber: Ohmymedia
Comments
Post a Comment