Usia hampir 30 tak kahwin lagi, makcik ramai2 doakan gadis jumpa jodoh Skip to main content

Usia hampir 30 tak kahwin lagi, makcik ramai2 doakan gadis jumpa jodoh

Golongan bujang pasti sudah jenuh menerima soalan ‘cepu emas’ yang berbunyi ‘bila nak kahwin?’, lebih-lebih lagi waktu ahli keluarga dan saudara-mara berkumpul ramai-ramai, betul tak?

Kadang-kadang, boleh sakit kepala jadinya bila terpaksa melayan soalan sensitif macam ni walaupun individu yang bertanya berniat baik atas dasar prihatin terhadap empunya diri.

Bagaimanapun, berbeza pula dengan apa yang terjadi pada keluarga seorang usahawan yang dikenali sebagai Nur Iylia Malek ini

Oleh kerana Iylia masih belum mendirikan rumah tangga pada usia 29 tahun, makciknya sanggup membacakan doa agar dia dipertemukan jodoh dengan lelaki soleh secepat mungkin.

Menerusi sebuah rakaman video dikongsi menerusi aplikasi TikTok, kelihatan makciknya sedang menadah tangan berdoa kepada Allah SWT agar anak saudaranya berjumpa jodoh sambil diaminkan oleh sanak-saudara lain.

Doa jodoh!

@nuriyliamalek

##doajodoh ##doaku ##fypmalaysia🇲🇾

♬ original sound - iyliamalek

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menyifatkan Iylia cukup bertuah kerana dikelilingi sanak-saudara yang ‘sporting’ dan tidak bertanyakan soalan sensitif bertalu-talu terhadap dirinya.

Selain berharap agar doa makciknya itu dimakbulkan, ada juga warganet yang menawarkan diri untuk ‘masuk meminang’ Iylia. Amboi sempat lagi ya!

Untung makcik tak toksik

Okay lah berdoa, dari bertanya2 buat sakit hati


Alhamdulillah, macam itulah baru bagus. Doakan yang baik-baik… Bukannya asyik bertanya ‘bila nak kahwin’ berulang kali, lagipun jodoh kan rahsia Tuhan.

Sumber: TikTok Nur Iylia Malek

Comments

Popular Article

Isu Pelajar Dihina Dah Settle, Rupanya Pensyarah Sendiri Bantu Dapatkan Laptop?

Rentetan tularnya satu klip video kontroversi seolah-olah memperlekeh pelajar dari keluarga berstatus B40, seorang pensyarah kontrak kini sedang disiasat oleh pihak universiti awam di Perak. Hasil maklumat terkini mendapati sesi kuliah online tersebut sebenarnya berlangsung pada semester lalu, namun ramai pihak tertanya-tanya apakah motif ia hanya dimuat naik di laman Twitter semalam. @uitm_channel Kenyataan Naib Canselor berkenaan Isu Pelajar B40 ♬ original sound - Universiti Teknologi MARA Meskipun tuan badan belum perjelaskan cerita sebenar…ramai mula henti kecam lepas tahu kisah sebaliknya  Meskipun pihak empunya badan belum tampil menjelaskan situasi sebenar, namun kemarahan netizen tanpa disangka-sangka sudah semakin reda. Walaupun kenyataan pensyarah tersebut dikecam masyarakat seluruh negara, tetapi ramai mula hormat kepadanya semula lepas mengetahui kisah sebalik video berkenaan. Ini video tahun lepas, kawan sekelas yang tularkan…dia padam akaun lepas dah jadi viral  M

'Dia tak mabuk, tak guna phone, pakai seat belt bukti dia memandu dengan penuh tanggungjawab' - Netizen buat petisyen, desak bebaskan Sam Ke Ting

Susulan keputusan Mahkamah Tinggi Johor Bharu menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000 kerana menyebabkan kematian 8 remaja berbasikal lajak di jalan raya pada jam 3 pagi, ramai netizen menyuarakan bantahan terhadap keputusan itu. Satu petisyen juga telah diwujudkan untuk mendapatkan sokongan ramai bagi mendesak pihak berkenaan membebaskan Sam Ke Ting daripada pertuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja terbabit.  "Seperti yang dinyatakan oleh Majistret Siti Hajar Ali dalam penghakimannya pada 2019, Sam tidak berada di bawah pengaruh alkohol, tidak menggunakan telefon bimbit dan memakai tali pinggang keledar semasa memandu, membuktikan bahawa dia memandu dengan penuh tanggungjawab dan berhati-hati.  "Tetapi keadaan gelap, jalan berbukit-bukau dan berliku-liku di mana pemandu tidak dapat menjangkakan ada geng basikal lajak di jalan raya pada jam 3 pagi.  "Kami rakyat Malaysia berasa ngeri dengan hukuman yang dikenakan terhad

“Anak Speech Delay, Padan Muka” – Cikgu Ayu Mohon Maaf Ayat Guris Hati Ibu Bapa

Cikgu Ayu pada semalam sempat berkongsikan pendapatnya di TikTok ekoran isu seorang anak murid dibuang dari tadika lantaran terkencing di dalam kelas,. Beliau turut memberikan teguran secara terbuka khususnya buat sebilangan ibu bapa yang tidak menyedari tentang kepentingan mengajar anak untuk menguruskan diri sendiri sekiranya terasa hendak membuang air. Akan tetapi, kelantangan itu malah mengguris hati ramai pihak. Kalau yang faham, saya punya penerangan tu untuk parents jangan MALAS  Justeru itu, pendidik pra-sekolah ini sempat menjelaskan beliau menujukan peringatan tersebut kepada golongan ibu bapa yang bersikap malas sahaja. Kenyataan berbunyi “Anak speech delay, padan muka” pula tidak lain tidak bukan merupakan ulasan kepada perangai segelintir penjaga yang gemar membiarkan cahaya mata mereka terdedah dengan gajet secara kerap tanpa kawalan. @cikguayu_imtecer Reply to @mama.imanandikram klu yg faham i punya penerangan tu..untuk parents yg MALAS! OK. #cikguayusempoi ♬ bunyi a