Sebelum ini telah ramai yang memberi krit1ikan terhadap video muzik terbaru Aida jebat yang berjudul Parah. Pakaian penari dalam video muzik tersebut kelihatan sangat sekksi dan tak sesuai buat tatapan ramai.
Rata-rata netizen menyamakan pakaian artis terbabit tersangatlah ‘parah’ sama seperti judul lagu barunya itu.
Malah ada juga yang menegur, gaya video tersebut diambil dari bawah ke atas sangatlah tidak sesuai kerana ia memperlihat beberapa bahagian wanita yang tidak sepatutnya.
Terbaru Ustazah Asma’ Harun seorang pendakwah bebas mula membuat satu hantaran di FB membuat teguran keatas ketidaksopanan video ini.
BUAT ADINDA ARTIS YANG DIHORMATI DAN DIKASIHI
Saya mendapat satu pertanyaan tentang diri seorang artis, lalu untuk kali pertama saya singgah di Page Rasmi beliau. Sungguh saya pernah suka dengan bakat dan dirinya.
Satu Musibah Yang Parah Ketika Di Negara Di Landa Pendemik covid-19
Sungguh, saya terkejut dan terduduk sayu, atau mungkin kerana saya yang ketinggalan banyak Video Klip Muzik seumpama ini. Namun seingat atau setahu saya, belum pernah saya melihat video klip muzik yang dihasilkan oleh artis Melayu Islam hingga tahap ini.
Ini satu Musibah Ummah yang PARAH, tatkala kita masih dalam belenggu cengkaman pandemik yang semakin PARAH, kalian menghasilkan sebuah video klip muzik yang menampilkan penyanyi dan penari iringan yang separuh bog3l, dengan rentak dan lenggok tarian yang menggairahkan seperti tarian lucah, maaf ia sungguh memalukan !
Sungguh dukacita ini bertambah, dalam situasi musibah pandemik dan pelbagai tanda akhir zaman dan kiamat semakin hampir, janganlah kalian menjadi sebahagian daripada penyubur fitnah Akhir Zaman.
Mohon Aida Jebat memadam Video Muzik Tersebut
Saya yakin kalian melakukan ini dalam keadaan tahu dan faham bahawa klip video muzik tersebut adalah sesuatu yang tidak wajar samada dari sudut Islam ataupun adat Melayu kita yang penuh sifat malu, lembut dan sopan. Ia jelas adalah satu dosa yang besar.
Saya menuliskan ini daripada hati yang kasih akan kamu dan rasa hormat pada suami kamu. Ingatlah bahawa kemasyhuran, kekayaan, kasih cinta, pengaruh, bakat dan kecantikan bukanlah satu anugerah apabila digunakan untuk maksiat, ia adalah musibah !
Semoga dirimu kuat untuk padam video tersebut, sebelum ia mengambil bahagian tenang hidupmu, saat tidur malam, dosa masih berjalan 😢. Saya pasti kos penghasilannya sangat tinggi, kerugian tak boleh lari, namun ia amat berbaloi untuk nilai SyurgaNya 🤲.
Sedarkah kita, Sungguh Maha Baiknya Allah SWT, walau kita berbuat sesuatu yang dimurkaiNya, Dia tetap memberikan segala yang kita mahu dan perlu. Maka balaslah kasih sayang Allah dengan mentaatiNya.
Meninjau ruangan komen
Sumber:FB Ustazah Asma’ Harun / Youtube / Editor Network Trending
Comments
Post a Comment