Tidak semua orang dilahirkan dengan kehidupan yang dilimpahi kemewahan harta. Terdapat juga kanak-kanak yang terpaksa melupakan waktu di sekolah dengan menanggung kepayahan yang dialami keluarganya.
Terpaksa jadi ‘suri rumah’ galas tanggungjawab ibu bapa…tak pernah mengeluh
Menerusi portal Sinar Harian, Nurul Farisha Mohd Ridzuan yang berusia 11 tahun terpaksa mengambil alih tugas menjaga pakai minum adik-beradik di rumah. Anak kedua daripada lima beradik ini tidak pernah mengeluh akan nasibnya. Dia malah sering menyediakan makanan buat isi rumah dengan hanya menggunakan dapur kayu sahaja.
Ibu bapa kena masuk lokap…tinggal bersama datuk dan nenek
Dalam pada itu, dia mengatakan bahawa kedua-dua orang tuanya telah masuk lokap kerana mengambil barang terlarang. Sejak pada itu, dia dan lima adik-beradik yang lain terpaksa tinggal bersama datuk dan nenek. Nurul Farisha juga memaklumkan bahawa datuknya ada masalah kesihatan manakala nenek pula bekerja bagi menyara kehidupan mereka.
Dah 2 tahun tak sekolah…tak pandai membaca dan menulis
Disebabkan kesempitan hidup yang dialami, budak perempuan ini juga sudah tidak bersekolah selama 2 tahun selepas berpindah dari rumah asalnya. Nurul Farisha yang teringin untuk bersekolah turut memberitahu bahawa dia tidak pandai menulis dan membaca seperti abang sulungnya.
Sumber: Viralnewsupdates
Comments
Post a Comment