Anjing biasanya dipelihara untuk menjaga keselamatan pemilik. Haiwan itu ditelakkan di rumah mahupun kedai untuk tujuan melindungi pemilik.
Menerusi posting di laman Facebook, lain pula yang berlaku apabila seekor anjing langsung tidak bergerak dan hanya mematikan diri meskipun berlaku rompakan
Menerusi laporan Next Shark, rompakan tersebut bukanlah sebenar kerana itu hanya dilakukan untuk ujian keselamatan di sebuah kedai emas terletak di Chang Ma, Thailand. Meskipun hanya latihan, lelaki yang terbabat dalam ujian itu merupakan seorang anggota polis.
Tambah pemilik kedai, mungkin anjing bernama Lucky itu sudah cukup mengenali anggota polis yang sering membuat rondaan sehingga dia hanya membiarkan dan tidak menyerang atau menyalak ketika rompakan itu berlaku.
“Saya merasa sangat kelakar melihat Lucky tidak mencuba apa-apa dan terus tidur. Semasa saya kongsi video tersebut di laman Lucky, saya tak sangka ia akan menjadi viral,” katanya.
Lucky dikatakan anjing yang aktif dan pandai mendengar arahan jika dia memintanya melakukan sesuatu. Namun, latihan ini gagal sepenuhnya kerana Lucky tidak memberikan apa-apa respon. Tetapi pemilik kedai emas itu percaya anjing peliharaannya itu akan melakukan sesuatu jika rompakan benar-benar berlaku.
Sumber: Borakdaily
Comments
Post a Comment